Angkatan Muda Keadilan Johor Bahru

Angkatan Muda Keadilan Johor Bahru Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Angkatan Muda Keadilan Johor Bahru, Political Party, PTD 75289, Jalan Harum Utama, Taman Perindustrian Sri Plentong, Permas Jaya, Masai.

2025 melabuhkan tirainya dengan pelbagai pengalaman, cabaran dan kenangan yang kita tempuhi bersama sebagai keluarga AMK...
31/12/2025

2025 melabuhkan tirainya dengan pelbagai pengalaman, cabaran dan kenangan yang kita tempuhi bersama sebagai keluarga AMK Johor Bahru. Setiap usaha, pengorbanan dan ukhwah yang terjalin sepanjang tahun ini menjadi asas kekuatan untuk kita terus melangkah ke hadapan.

Selamat Tahun Baru 2026 buat seluruh warga Johor Bahru. Mari kita terus berganding bahu, berpadu tenaga dan memperkukuh saf perjuangan demi rakyat Johor Bahru dan merealisasikan cita-cita Malaysia MADANI.



⚽ SANTAI FUTSAL SIRI 2.0 | Anjuran AMK Johor BahruAnak muda JB, jom turun futsal! πŸ’ͺSantai Futsal kembali lagi tempat kit...
23/10/2025

⚽ SANTAI FUTSAL SIRI 2.0 | Anjuran AMK Johor Bahru

Anak muda JB, jom turun futsal! πŸ’ͺ
Santai Futsal kembali lagi tempat kita lepaskan peluh, kumpul geng, dan nikmati semangat pasukan!

πŸ“… 23 Oktober 2025 (Khamis)
πŸ“ KC Futsal Larkin, Johor Bahru

Datang main, datang sokong janji meriah! πŸ”₯

Deepavali datang lagi, membawa sinar dan harapan baharu.Ia mengingatkan kita bahawa dalam setiap kegelapan, pasti ada ca...
20/10/2025

Deepavali datang lagi, membawa sinar dan harapan baharu.
Ia mengingatkan kita bahawa dalam setiap kegelapan, pasti ada cahaya dan dalam setiap cabaran, ada ruang untuk kebaikan dan ilmu.

Sebagai rakyat yang hidup dalam kepelbagaian, inilah masanya kita terus menghargai perbezaan dan mencari titik persamaan.
Sama-sama kita jadikan perayaan ini peluang untuk mengeratkan hubungan, berkongsi kebaikan, dan menyalakan semangat kebersamaan.

Semoga Deepavali tahun ini menyinari hati dengan ketenangan, fikiran dengan kebijaksanaan, dan hidup kita semua dengan damai serta kasih sayang.

Selamat Menyambut Hari Deepavali.
Deepavali Nal Vazhthukkal!



04/10/2025

Alhamdulillah, hari ini saya selaku Ketua AMK JB berkesempatan menyampaikan sumbangan berupa 2 buah kerusi roda kepada penduduk di Bakar Batu. Sumbangan ini daripada hasil keprihatinan dan sokongan Sdr Faezuddin, Ketua AMK Johor yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan masyarakat.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau atas keprihatinan ini dan terima kasih juga kepada Ketua Ranting Bakar Batu yang bersama-sama menjayakan penyampaian sumbangan ini. Semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada penerima serta menjadi inspirasi untuk kita terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Semalam Sdr. Faezuddin hadir di Johor Bahru, dan hari ini saya p**a berpeluang turun ke Pulai bagi bersama-sama menyerta...
07/09/2025

Semalam Sdr. Faezuddin hadir di Johor Bahru, dan hari ini saya p**a berpeluang turun ke Pulai bagi bersama-sama menyertai program pengisian minyak percuma.

Walaupun hujan turun sejak pagi, sambutannya tetap hangat. Kehadiran orang ramai dengan penuh semangat menjadi bukti bahawa masyarakat sentiasa positif apabila manfaat bersama dapat dirasai.

Dalam kesempatan ini, kami turut berkongsi mengenai dasar kerajaan berkaitan penurunan harga minyak petrol kepada RM1.99 seliter, serta memberikan penerangan ringkas berhubung Akta Pekerja Gig yang bakal memberi perlindungan dan keadilan yang lebih baik kepada golongan terlibat.

Semoga usaha ini dapat mengukuhkan fokus kita dalam menjaga kebajikan rakyat, mendengar denyut nadi kehidupan seharian mereka, di samping terus menerangkan dasar-dasar Kerajaan MADANI agar semua dapat memahami dan merasai manfaatnya secara langsung.




Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sdr. Ihsan Arif atas pelantikan sebagai Bendahari Majlis Pimpinan Negeri Angkat...
17/08/2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sdr. Ihsan Arif atas pelantikan sebagai Bendahari Majlis Pimpinan Negeri Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor. Semoga amanah yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, tanggungjawab dan komitmen demi memperkukuh peranan AMK Johor.

Terima kasih Sdr. Faezuddin Ketua AMK Johor kerana memberi kepercayaan kepada KAMK JB.

Semoga AMK Johor bagi penggal 2025-2028 terus cemerlang! Ikhlas daripada seluruh anggota AMK JB.




Tahniah Ketua & Timbalan Ketua AMK Johor!Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Sdr Faezuddin Puad atas pelan...
06/08/2025

Tahniah Ketua & Timbalan Ketua AMK Johor!

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Sdr Faezuddin Puad atas pelantikan sebagai Ketua AMK Johor dan Sdr Sharwin Subramani sebagai Timbalan Ketua AMK Johor.

Kami yakin kepimpinan ini mampu memperkukuh gerakan, menyatu tenaga dan menjulang idealisme perjuangan dengan lebih progresif dan berani.

AMK Johor Bahru akan terus berdiri teguh bersama saf kepimpinan negeri demi menjayakan agenda reformasi dan sedia tempur dalam menghadapi segala cabaran politik semasa bagi memastikan Presiden, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal menerajui kepimpinan negara untuk penggal yang kedua.

Ihsan Arif
Ketua AMK Johor Bahru

05/08/2025

Alhamdulillah, Santai Pickleball Siri 1.0 selesai dengan jayanya!
Terima kasih kepada semua anak muda yang hadir memeriahkan program malam tempoh hari. Kehadiran anda membuktikan sukan santai mampu menyatukan dan menguatkan jaringan sesama kita.

Insya-Allah, ini bukan yang terakhir. Nantikan lebih banyak aktiviti bermanfaat selepas ini.

Jumpa di Santai Siri 2.0! πŸ’ͺ🏼

24/07/2025

⚽️ Futsal PERCUMA – Sebab gym mahal!

Tiada yuran. Tiada politik.
Cuma bola, keringat & semangat kesukanan πŸ’ͺ

πŸ“ Gelanggang Futsal, Plot C Larkin Idaman
πŸ•˜ 9PM – 11PM setiap Jumaat

Anjuran Angkatan Muda Keadilan Johor Bahru – dari rakyat untuk rakyat

Sebarang Pertanyaan & Pendaftaran
Sila Hubungi : 011-15864870 Shazreeq, Biro Sukan AMK Johor Bahru


01/06/2025

Ziarah Kasih Madani bersama Ketua AMK Malaysia sdr Kamil Munim



Address

PTD 75289, Jalan Harum Utama, Taman Perindustrian Sri Plentong, Permas Jaya
Masai
81750

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share