Ustaz Sulaiman Sulong

Ustaz Sulaiman Sulong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan. Pemimpin masyarakat, pendakwah, pemidato.

Minda Presiden Pas…Insya Allah terus maju.
01/06/2026

Minda Presiden Pas…Insya Allah terus maju.

Minda Presiden PAS

PAS TIDAK DITENGGELAMKAN SELAGI BERSAMA ISLAM

Kitab suci al-Quran menjadi petunjuk yang bermukjizat dan sunnah Rasulullah SAW terus menjadi qudwah (ikutan) yang tidak boleh diubah dalam perjalanan politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak penubuhan yang ditetapkan dalam perlembagaannya, menunjukkan bagaimana beramal dengan al-Quran yang tetap dipelihara Allah.

Al-Quran melaporkan bahawa inilah pegangan semua anbiya’ dan auliya’ pada zaman dahulu yang diteruskan oleh nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT:

فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ ١١٢ وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ١١٣

“Maka, tetaplah kamu di jalan yang benar (Islam) sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat berserta kamu, serta janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya, Dia Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (112) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api Neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberikan pertolongan. (113)” [Surah Hud: 112–113]

Allah menceritakan Nabi Nuh AS beristiqamah bersama petunjuk Allah (Islam) selama hampir 1,000 tahun. Firman Allah SWT:

وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَلَبِثَ فِيهِمۡ أَلۡفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمۡسِينَ عَامٗا فَأَخَذَهُمُ ٱلطُّوفَانُ وَهُمۡ ظَٰلِمُونَ ١٤

“Dan sesungguhnya, Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka dia tinggal antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. Maka, mereka ditimpa banjir besar dan mereka ialah orang-orang yang zalim.” [Surah al-‘Ankabut: 14]

Selepas taufan, Nuh AS hidup beberapa ratus tahun lagi memimpin kaumnya.

Seterusnya, Allah SWT menceritakan Nabi Musa dan Nabi Harun AS menentang Firaun (raja) yang paling zalim dan ganas dalam sejarah dunia:

وَقَالَ مُوسَىٰ رَبَّنَآ إِنَّكَ ءَاتَيۡتَ فِرۡعَوۡنَ وَمَلَأَهُۥ زِينَةٗ وَأَمۡوَٰلٗا فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّواْ عَن سَبِيلِكَۖ رَبَّنَا ٱطۡمِسۡ عَلَىٰٓ أَمۡوَٰلِهِمۡ وَٱشۡدُدۡ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ فَلَا يُؤۡمِنُواْ حَتَّىٰ يَرَوُاْ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَلِيمَ ٨٨ قَالَ قَدۡ أُجِيبَت دَّعۡوَتُكُمَا فَٱسۡتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَآنِّ سَبِيلَ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ ٨٩

“Musa berkata, ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah memberi Firaun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia! Wahai Tuhan Kami — akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau! Wahai Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka dan kunci matilah hati mereka, maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat seksaan yang pedih!’ (88) Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, telah diperkenankan permohonan kamu berdua, sebab itu tetaplah kamu berdua di jalan yang lurus dan janganlah sekali-kali kamu mengikuti jalan orang-orang yang tidak mengetahui.’ (89)” [Surah Yunus: 88–89]

Allah mewajibkan mereka beristiqamah atas perjuangan yang terbuka dan dilarang berganjak. Para ulama’ menyatakan mereka beristiqamah selama 40 tahun sebelum diberikan kemenangan dengan Firaun ditenggelamkan bersama bala tenteranya. Nabi Musa dan Nabi Harun AS bersama kaum mereka pun meneruskan perjalanan supaya berjihad menegakkan negara di tanah suci Palestin yang dibuka oleh Nabi Ibrahim AS. Allah tidak mengizinkan Bani Isra’il menduduki Palestin apabila mereka meninggalkan kitab Allah (Taurat).

Maka, Rasulullah SAW beristiqamah bersama Islam yang wajib ditegakkan sehingga menolak tawaran menjadi raja dan pemimpin. Baginda menegaskan kepada bapa saudaranya, Abu Talib yang membawa tawaran itu:

يَا عَمُّ، وَاَللَّهِ ‌لَوْ ‌وَضَعُوا ‌الشَّمْسَ ‌فِي ‌يَمِينِي، وَالْقَمَرَ فِي يَسَارِي عَلَى أَنْ أَتْرُكَ هَذَا الْأَمْرَ حَتَّى يُظْهِرَهُ اللَّهُ، أَوْ أَهْلِكَ فِيهِ، مَا تَرَكْتُهُ.

“Wahai bapa saudara tersayang, demi Allah, sekiranya mereka meletakkan (memberiku kuasa lagi dengan) matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini (Islam berkuasa), sehinggalah Allah memenangkannya atau aku mati dalam perjuangannya, nescaya aku tidak meninggalkan perjuangan ini!” [Ibn Hisham, al-Sirah al-Nabawiyyah, jld. 1, hlm. 266]

Sehinggakan, Baginda SAW dihalau kemudiannya berhijrah ke Madinah bersama Islam, lalu menegakkan negaranya. Firman Allah SWT:

ٱلَّذِينَ أُخۡرِجُواْ مِن دِيَٰرِهِم بِغَيۡرِ حَقٍّ إِلَّآ أَن يَقُولُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُۗ وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠ ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١

“(Iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata, ‘Tuhan kami hanyalah Allah.’ Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi, dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya, Allah pasti menolong orang yang menolong-Nya (agama-Nya). Sesungguhnya, Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (40) (Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma‘ruf, dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan. (41)” [Surah al-Hajj: 40–41]

Madinah menjadi sebuah negara masyarakat majmuk yang dipimpin oleh Islam.

Prinsip “رَبُّنَا ٱللَّهُ” ialah seluruh alam diciptakan Allah, bermaksud wajib Islam yang datang daripada Allah untuk mentadbir alam. Firman Allah SWT:

أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ ٨٣

“Maka, adakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah (Islam), padahal kepada-Nyalah menyerahkan diri segala yang di langit dan di bumi, baik dengan s**a mahupun terpaksa, dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan.” [Surah Ali ‘Imran: 83]

Islam ialah al-din (petunjuk yang wajib kepada seluruh alam) yang dilaksanakan dengan menyerah diri kepada Allah (Islam), sama ada secara fitrah (naluri) ataupun taklif (diwajibkan secara pilihan tanpa paksaan).

Islam ialah perjuangan terbuka para anbiya’ dan pengikut mereka, serta merupakan amalan terbaik di sisi Allah kepada kump**an terpilih dengan hidayah-Nya. Firman Allah SWT:

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ ٣٣ وَلَا تَسۡتَوِي ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِي بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُۥ عَدَٰوَةٞ كَأَنَّهُۥ وَلِيٌّ حَمِيمٞ ٣٤ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٖ ٣٥ وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ نَزۡغٞ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٣٦

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang Islam (yang menyerah diri).’ (33) Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. (34) Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar. (35) Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (36)” [Surah Fussilat: 33–36]

Perjuangan Islam adalah berterus terang tanpa bersembunyi dalam berdakwah pada tajuknya. Adapun pendekatannya sentiasa berubah mengikut keadaan semasa.

Hanya Islam sahaja ketetapan Allah kepada semua anbiya’. Firman Allah SWT:

وَمَن يَرۡغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبۡرَٰهِـۧمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفۡسَهُۥۚ وَلَقَدِ ٱصۡطَفَيۡنَٰهُ فِي ٱلدُّنۡيَاۖ وَإِنَّهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ لَمِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ ١٣٠ إِذۡ قَالَ لَهُۥ رَبُّهُۥٓ أَسۡلِمۡۖ قَالَ أَسۡلَمۡتُ لِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ١٣١ وَوَصَّىٰ بِهَآ إِبۡرَٰهِـۧمُ بَنِيهِ وَيَعۡقُوبُ يَٰبَنِيَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ١٣٢ أَمۡ كُنتُمۡ شُهَدَآءَ إِذۡ حَضَرَ يَعۡقُوبَ ٱلۡمَوۡتُ إِذۡ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعۡبُدُونَ مِنۢ بَعۡدِيۖ قَالُواْ نَعۡبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ ءَابَآئِكَ إِبۡرَٰهِـۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗا وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ١٣٣

“Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang soleh. (130) Ketika Tuhannya berfirman kepadanya, ‘Islamlah (tunduk patuhlah)!’ Ibrahim menjawab, ‘Aku Islam (tunduk patuh) kepada Tuhan semesta alam.’ (131) Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian p**a Ya‘qub. (Ibrahim berkata), ‘Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam!’ (132) Adakah kamu hadir ketika Ya‘qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika dia berkata kepada anak-anaknya, ‘Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?’ Mereka menjawab, ‘Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Isma‘il, dan Ishaq, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya Islam (tunduk patuh) kepada-Nya.’ (133)” [Surah al-Baqarah: 130–133]

Semua anbiya’ berterus terang bahawa mereka itu berjenama Islam. Maka, PAS tetap bersama tajuk Islam dan memilih pendekatan demokrasi yang memberikan kebebasan bersuara yang berpandukan Islam. Suara PAS tetap Islam tanpa disembunyikan dan menolak semua perkara yang berlawanan dengan Islam, termasuk dalam amalan demokrasi Barat. Inilah pendekatan para anbiya’ dan auliya’ pilihan Allah yang memilih pendekatan secara damai dan tidak ada paksaan.

PAS tidak berganjak dalam berjenama Islam secara terbuka di hadapan semua pihak, termasuk dalam bekerjasama dengan pihak bukan Islam berpandukan firman Allah SWT:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (p**a) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu serta membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8–9]

Apabila kaum Yahudi dan kaum Musyrikin melanggar dasar Islam yang dimeteraikan, maka kerjasama dibatalkan.

PAS tidak pernah mengkhianati kerjasama dengan pihak lain mengikut sempadan Allah SWT dan ajaran Rasulullah SAW.

PAS bekerjasama dengan semua pihak sejak mula ditubuhkan sebelum kemerdekaan menentang penjajahan, dan selepas kemerdekaan bagi mengisi kemerdekaan dengan teguh atas prinsip Islamnya dan membatalkan kerjasama apabila mahu diheret keluar daripada landasannya.

PAS membatalkan kerjasama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) bersama Pakatan Rakyat (PR) apabila suara dan perkataan Islam diminta untuk disembunyikan serta berlakunya tentangan terhadap Islam yang menjadi dasar dan matlamat PAS.

PAS menolak kalangan anggota PAS sendiri yang mengambil pendekatan mujamalah (toleransi atau mengambil hati) supaya menyembunyikan cita-cita negara Islam dan pelaksanaan Islam bagi meneruskan kerjasama dengan pihak lain.

PAS banyak mengambil pengalaman daripada beberapa gerakan Islam di beberapa negara yang mengambil pendekatan mujamalah sehingga membuang label Islamnya, lalu ditukar kepada perkataan keadilan, kemerdekaan, islah, amanah, dan sebagainya.

Ada kump**an Islam yang meletakkan jenama sekularisme Islam, bahkan ada yang mengadakan perjanjian dengan pihak lain atas jaminan tidak menegakkan ‘Islamic State’ seperti di Turkiye sehingga memperoleh kemenangan yang besar dalam pilihan raya, namun akhirnya terikat dan hanyut terlibat dalam normalisasi terhadap negara haram Israel dan tidak berdaya menunaikan kewajipan jihad bersama rakyat Palestin. Perkara ini menjadikan mereka tergelincir daripada landasan perjuangan Islam yang asal.

Di Maghribi (Morocco) p**a, kump**an Islam menang besar dengan bersikap lunak, namun kemudian ditolak rakyat kerana kecewa bersama politik yang tidak istiqamahnya.

Ketegasan PAS dalam istiqamah bersama Islam menjadikannya gagal diheret dan dipergunakan dalam permainan politik yang tidak ikhlas bersama Islam. Semua pihak yang mahukan PAS menjadi tangga tujuan politik mereka berkonsepkan oportunis akan meninggalkan PAS dengan menerjunkan diri, sehingga terhumban tanpa tangga ataupun dicampak dan tersungkur keluar dalam keadaan membawa diri yang hilang tujuannya dan pasti tenggelam dalam gelombang politik yang sentiasa bergelora.

Namun begitu, bahtera PAS tidak tenggelam, walaupun pernah kehilangan kerusi dan pemimpinnya silih berganti mengikut ketetapan Allah SWT:

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣

“Antara orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa-apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka antara mereka ada yang gugur, dan antara mereka ada (p**a) yang menunggu-nunggu, dan mereka tidak mengubah (janji mereka).” [Surah al-Ahzab: 23]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 15 Zulhijjah 1447 / 1 Jun 2026

[Bil: 37 / 2026]

Susulan berlaku kejadian pokok tumbang menghempap sebuah rumah di Binjai Rendah semalam, satu perbincangan telah diadaka...
30/05/2026

Susulan berlaku kejadian pokok tumbang menghempap sebuah rumah di Binjai Rendah semalam, satu perbincangan telah diadakan pada malam tadi bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

Seawal pagi ini, JPKK Binjai Rendah bersama penduduk setempat telah berganding bahu melaksanakan kerja-kerja gotong-royong membersihkan kawasan terlibat, termasuk kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang.

Usaha ini dilaksanakan bagi memastikan kawasan kembali selamat serta memudahkan urusan penghuni rumah yang terkesan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas komitmen, tenaga dan kerjasama yang diberikan. Semangat kebersamaan ini menjadi lambang kekuatan masyarakat dalam menghadapi setiap ujian.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan segala jasa baik diberi ganjaran oleh Allah SWT.



30/05/2026

Susulan kejadian pokok tumbang menghempap rumah semalam, kerja-kerja pembersihan dan pengalihan pokok di Binjai Rendah telah dijalankan siang tadi.



29/05/2026

“Dalam sekelip mata… suasana tenang selepas Maghrib bertukar detik cemas yang s**ar dilupakan.”

Sekitar jam 8 malam tadi, kediaman saudara Zulkiply Abd Ghani di Binjai Rendah diuji apabila sebatang pokok besar tumbang akibat ribut lalu menghempap rumahnya.

Ketika kejadian berlaku, dia bersama kakaknya berada di dalam rumah. Zulkiply p**a sedang menyiapkan kerja di dalam bilik sebelum dikejutkan dengan dentuman kuat apabila pokok tiba-tiba rebah menimpa kediaman mereka.

Kayu dan dahan besar tertusuk hingga ke celah rumah. Dalam keadaan panik dan cemas, dia sempat menyelamatkan diri dengan keluar melalui celah-celah pokok yang menghempap rumah.

Lebih menyentuh hati, adiknya juga tinggal bersama di situ bersama keluarga, namun kebetulan p**ang ke kampung bercuti beraya. Jika tidak, kemungkinan keadaan boleh menjadi lebih buruk.

Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan dilaporkan walaupun sebahagian rumah mengalami kerosakan teruk dan pecah akibat impak pokok tumbang tersebut.

Sesungguhnya, ada ketika Allah SWT hadirkan ujian untuk memperlihatkan besarnya perlindungan-Nya…
yang tinggal bukan sekadar kerosakan rumah, tetapi rasa syukur kerana nyawa masih dipanjangkan.



“Di celah senyum para tetamu dan redup doa daripada keluarga,terjalin sebuah kisah baru…kisah tentang dua insan yang dip...
29/05/2026

“Di celah senyum para tetamu dan redup doa daripada keluarga,
terjalin sebuah kisah baru…
kisah tentang dua insan yang dipertemukan Allah,
untuk saling memimpin menuju bahagia.”

Alhamdulillah, berkesempatan hadir meraikan Majlis Sambut Menantu keluarga Azman Bin Tubin dan Roslina Binti Hadi di Kg Alor Wan Syed yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan kemesraan.

Semoga Afnan Iman dan Nurul Natasha dikurniakan rumah tangga yang dipenuhi mawaddah wa rahmah, dipanjangkan kasih sayang, dimurahkan rezeki serta sentiasa berada dalam lindungan dan keberkatan-Nya.



29/05/2026

“Pagi tadi, suasana di Kampung Durian Penjara diselubungi hening yang s**ar diterjemah dengan kata-kata…

Langkah demi langkah hadir memenuhi ruang rumah arwah Allahyarham Ismail Bin Staffa, atau lebih mesra dikenali sebagai Pok Wey Nor, bagi menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir buat insan yang telah kembali menghadap Ilahi.

Tiada lagi sapaan dan senyuman yang biasa menyambut di halaman rumah itu…
yang tinggal hanyalah doa-doa yang diangkat penuh sayu, agar segala sakit yang ditanggung menjadi penghapus dosa, dan roh arwah ditempatkan bersama insan-insan beriman.

Al-Fatihah buat Allahyarham.”



“Dalam langkah yang sederhana, tersimpan doa yang besar…dua hati disatukan bukan sekadar atas nama cinta,tetapi juga res...
28/05/2026

“Dalam langkah yang sederhana, tersimpan doa yang besar…
dua hati disatukan bukan sekadar atas nama cinta,
tetapi juga restu keluarga dan keberkatan daripada Yang Maha Esa.”

Alhamdulillah, sempat hadir meraikan Majlis Kesyukuran Perkahwinan puteri kepada Aziz Bin Ibrahim dan Ruzila Binti Mohamed di Kg Temala Hilir dalam suasana penuh ceria, santun dan ukhuwah.

Semoga pasangan pengantin, Nur Anis Alia dan Muhammad Afiq Asyraaf dikurniakan rumah tangga yang mawaddah, sakinah wa rahmah, dipenuhi rezeki yang baik, kasih sayang yang berkekalan serta kebahagiaan hingga ke syurga.


27/05/2026

Raya korban bukan sekadar daging yang diagih, tetapi tanda syukur atas rezeki yang diberi. Ia mengajar erti ikhlas dalam memberi, reda dalam berkorban, dan kasih sesama insan tanpa memilih siapa.

Di sebalik sembelihan, tersembunyi nilai keimanan yang menyatukan hati-hati umat.


Di antara tujuan ibadah korban adalah untuk mendekatkan rezeki kepada mereka yang jarang merasa, menyantuni golongan fak...
27/05/2026

Di antara tujuan ibadah korban adalah untuk mendekatkan rezeki kepada mereka yang jarang merasa, menyantuni golongan fakir dan asnaf agar turut merasai nikmat daging pada hari yang penuh keberkatan ini.

Di JPKK Cerang Cina, amanah agihan daging korban yang disalurkan telah disempurnakan dengan tertib dan penuh tanggungjawab, melibatkan kerjasama erat antara jawatankuasa dan petugas lapangan.

Bukan sekadar agihan, tetapi sebuah usaha kecil yang membawa makna besar, apabila rezeki yang datang tidak hanya singgah di satu rumah, tetapi menyentuh banyak hati yang lama menunggu rasa cukup.

Moga setiap peluh yang jatuh, setiap langkah yang diatur, menjadi saksi keikhlasan di sisi Allah SWT, dan menjadi bekalan amal buat semua yang menunaikan amanah ini.



“Dari tangan yang mengagih, sampai ke rumah-rumah yang menerima…di situlah hadirnya makna kasih, kebersamaan dan amanah ...
27/05/2026

“Dari tangan yang mengagih, sampai ke rumah-rumah yang menerima…
di situlah hadirnya makna kasih, kebersamaan dan amanah yang dipikul bersama.”

Alhamdulillah, amanah agihan lembu korban di JPKK Jambu Bongkok Darat telah selesai diuruskan hingga selesai siang tadi.

Terima kasih kepada seluruh jawatankuasa, petugas dan penduduk kampung yang sama-sama menjayakan urusan ini dengan penuh muafakat dan tertib.

Moga setiap titis keringat dan khidmat yang diberikan menjadi amal kebajikan di sisi Allah SWT, serta amanah yang dipertanggungjawabkan dapat disempurnakan sebaiknya untuk manfaat rakyat.



Address

Jalan Pengkalan Berangan
Marang
21040

Telephone

+60129835111

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ustaz Sulaiman Sulong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share