20/11/2015
Alhamdulillah..
Jumaat 20 November 2015
Markaz PAS Cawangan Bukit Kulim
Usrah Ameerah cawangan Bukit Kulim
~Penyampaian cenderahati kepada ahli ameerah iaitu athirah ( 4A 1C ) dan irdina ( 4A 1B ) yg mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
Tajuk perbincangan usrah hari ning mengenai orang-orang yang dipikat syurga..
Syurga Allah sangat mahal dan tidak dapat dibeli dengan amal ibadah. Nabi SAW mengatakan tidak ada seorang pun masuk syurga dengan amal ibadahnya, tidak juga Nabi SAW. Sebaliknya seseorang masuk syurga kerana kurnia dan rahmat Allah SWT. Bayangkan amal ibadah Nabi pun tidak dapat membeli syurga, apa lagi amal ibadah kita.
Para sahabat sangat termotivasi bila Rasulullah menceritakan tentang syurga dan kenikmatannya, sehingga amal soleh mereka meningkat. Mereka juga sangat takut bila Nabi menceritakan tentang neraka dan azabnya, sehingga mereka menjauhi segala yang dimurkai Allah. Begitu juga bagi setiap mukmin, hendaklah termotivasi bila membaca ayat-ayat tentang syurga, dan meminta perlindungan kepada Allah apabila mendengar ayat-ayat tentang Neraka.
Inilah tujuan diceritakan kepada kita tentang syurga dan Neraka, iaitu agar kita berlumba-lumba mengejarnya dengan meningkatkan amal soleh. Nabi bersabda, โJika kamu meminta kepada Allah, mintalah Syurga Firdaus Al-Aโla (yang Tertinggi).โ (Sahih Al-Bukhari)
~semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang dijanjikan syurga oleh Allah..Aaminn..