Pejabat RISDA Daerah Marang/Kuala Terengganu

Pejabat RISDA Daerah Marang/Kuala Terengganu Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda)

Objektif : Pekebun Kecil Memperoleh Purata Pendapatan Kolektif RM4,395 Sebulan Sekeluarga Pada Akhir Tahun 2025

ILMU HARI INIIstilah tapak gajah digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bahagian pangkal pokok getah membesar sec...
13/05/2026

ILMU HARI INI

Istilah tapak gajah digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bahagian pangkal pokok getah membesar secara tidak normal dan membengkak berbanding bahagian batang atasnya, setepatnya pada leher cantuman.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh faktor fisiologi pembiakan pokok getah. Pokok getah komersial dihasilkan melalui teknik cantuman mata tunas antara pokok penanti (rootstock) dan klon atas (scion).

Jika genetik pokok penanti tidak serasi dengan klon atas, pengaliran makanan hasil fotosintesis terganggu lalu terkumpul di kawasan cantuman, menyebabkan bahagian bawah membengkak seperti kaki gajah.

Sebenar ia bukan isu besar tapi ia menjadi isu andai saranan tanaman dalam cuba dipraktikkan agar tapak kaki gajah konon diatasi. Ini gambar tapak kaki gajah yang perlu difahami, ia terhasil dari ketidak serasian mata tunas dan penanti, boleh jadi kualiti tunas bermasalah , atau penanti bermasalah dan benih ini wajar dibuang dari awal.

Sedang syor penanaman terlalu dalam secara umum kepada semua anak pokok adalah tidak tepat. Walau semua pokok klon dihasilkan secara cantuman, tidak semua akan wujud masalah kaki gajah @ ketidak serasian tunas dan penanti. Tapi semua pokok klon cantuman yang serasi itu tetap wujud sakat pembeza pada bahagian perantaraan, fahamkan?

Masalah sebenar benih semacam ini patut ditakai dari awal, ia dah nyata ciri bantut dan boleh dibuang. Saranan tanam dalam keterlaluan tiada berkaitan terutama pada benih cantuman yang cergas, konon untuk memaksimakan penorehan.

Bila masa torehan yang baik perlu kepada torehan rapat kepada permukaan tanah? Adakah mangkuk nak digali pada permukaan tanah setelah ditoreh secara maksima?

ALHAMDULILLAH ..PEKEBUN KECIL TEPOH TERUS TERSENYUM DENGAN HARGA GETAH MEMBERANGSANGKANTepoh,  7 Mei 2026 β€” Program Beli...
10/05/2026

ALHAMDULILLAH ..
PEKEBUN KECIL TEPOH TERUS TERSENYUM DENGAN HARGA GETAH MEMBERANGSANGKAN

Tepoh, 7 Mei 2026 β€” Program Belian Getah Skrap Bergerak RISDA Plantation di Kg.Lingai terus mendapat sambutan hangat daripada pekebun kecil getah sekitar apabila harga belian mencecah RM4.22/kg.

Sebanyak 1,092 kg getah skrap berjaya dikumpulkan menerusi program ini sekali gus membuktikan komitmen RISDA dalam membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil tanpa perlu membawa hasil ke depo.

Program ini juga menjadi pemangkin ke arah memartabatkan komuniti pekebun kecil getah dengan perkhidmatan yang lebih dekat, mudah dan menguntungkan.

πŸ“ž Hubungi RISDA Daerah Marang : 09-6181611 untuk maklumat lanjut.







RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah

PROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL (PKPK) PERINGKAT PEJABAT RISDA STESEN TEPOH TAHUN 2026Terima kasih diucapkan kepada sem...
10/05/2026

PROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL (PKPK) PERINGKAT PEJABAT RISDA STESEN TEPOH TAHUN 2026

Terima kasih diucapkan kepada semua pekebun kecil dan kakitangan yang telah sama-sama menjayakan program pada hari ini.
Diharapkan program ini memberi impak tinggi bagi meningkatkan pengeluaran getah negara sehingga mencapai 1 juta tan metric menjelang akhir tahun 2030, sekali gus membentuk ekosistem pekebun kecil yang berdaya tahan, makmur dan sejahtera.

Tarikh : 10 Mei 2026 (Ahad)
Tempat : DEWAN KG KESOM ALUR REKANG
PPPK : EN AHMAD REDZUAN BIN A.WAHAB






🌿 Berita Baik Pekebun!RISDA kini meningkatkan Bantuan Tanam Semula Getah daripada RM13,710 kepada RM20,000 sehektar! πŸ’°πŸ“ˆI...
29/04/2026

🌿 Berita Baik Pekebun!

RISDA kini meningkatkan Bantuan Tanam Semula Getah daripada RM13,710 kepada RM20,000 sehektar! πŸ’°πŸ“ˆ

Inilah peluang terbaik untuk tambah hasil, tingkatkan produktiviti dan jana pendapatan lebih stabil πŸ’ͺ

πŸ“ Jangan lepaskan peluang β€” mohon sekarang!







Rezeki getah tak pernah putus πŸ’ͺWalaupun skala kecil, tetap berbaloi bila jual dengan saluran yang betul.πŸ“ Kg. Lubuk Pand...
29/04/2026

Rezeki getah tak pernah putus πŸ’ͺ
Walaupun skala kecil, tetap berbaloi bila jual dengan saluran yang betul.

πŸ“ Kg. Lubuk Pandan
29 April 2026

Terima kasih kepada pekebun kecil yang terus setia bersama RISDA Plantation Sdn. Bhd dan RISDA Daerah Marang/Kuala Terengganu πŸ™Œ

Jual getah bukan sekadar jual β€” ini hasil usaha, keringat & maruah.

Nak jual getah?
Jom bersama RPSB & RISDA 🀝

πŸ“ž 09-6181611








Rezeki getah tak pernah putus πŸ’ͺWalaupun skala kecil, tetap berbaloi bila jual dengan saluran yang betul.πŸ“ Kg. Sungai Ika...
29/04/2026

Rezeki getah tak pernah putus πŸ’ͺ
Walaupun skala kecil, tetap berbaloi bila jual dengan saluran yang betul.

πŸ“ Kg. Sungai Ikan
29 April 2026

2008.80kg berjaya dijual dengan harga RM4.10/kg

Terima kasih kepada pekebun kecil yang terus setia bersama RISDA Plantation Sdn. Bhd dan RISDA Daerah Marang/Kuala Terengganu πŸ™Œ

Jual getah bukan sekadar jual β€” ini hasil usaha, keringat & maruah.

Nak jual getah?
Jom bersama RPSB & RISDA 🀝

πŸ“ž 09-6181611








Acu cuba try test
23/04/2026

Acu cuba try test

Assalamualaikum dan morning warga getah!

Saja nak test skill matematik korang harini. Dulu kat sekolah kemain lagi acah-acah terer Kertas 2, cuba try jawab soalan realiti sikit harini. 🀣

Dalam gambar. Anggaplah harga untuk 1 tong lateks tu dah siap kira semua (berat, DRC) = RM84.48.

Agak-agak boleh jawab tak?

Sapa salah kira tak dapat jawapan tepat, esok pukul 6 pagi aku kejut suruh pi menoreh. Cer komen jawapan korang πŸ‘‡

PROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL (PKPK) PERINGKAT PEJABAT RISDA STESEN BUKIT PAYONG TAHUN 2026Terima kasih diucapkan kep...
20/04/2026

PROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL (PKPK) PERINGKAT PEJABAT RISDA STESEN BUKIT PAYONG TAHUN 2026

Terima kasih diucapkan kepada semua pekebun kecil dan kakitangan yang telah sama-sama menjayakan program pada hari ini.

Diharapkan program ini memberi impak tinggi bagi meningkatkan pengeluaran getah negara sehingga mencapai 1 juta tan metric menjelang akhir tahun 2030, sekali gus membentuk ekosistem pekebun kecil yang berdaya tahan, makmur dan sejahtera

20 April 2026 (ISNIN)
Kg Lubuk Batu, Marang






PROGRAM PWPK PERINGKAT DAERAH MARANG/TERENGGANU.AKTIVITI SENAMROBIK & MESYUARAT PENUBUHAN PWPK KG JENANG
16/04/2026

PROGRAM PWPK PERINGKAT DAERAH MARANG/TERENGGANU.
AKTIVITI SENAMROBIK & MESYUARAT PENUBUHAN PWPK KG JENANG






Address

Bandar Marang
Marang
21600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096181611

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat RISDA Daerah Marang/Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat RISDA Daerah Marang/Kuala Terengganu:

Share