07/04/2026
🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙
Alhamdulillah, pada hari yang penuh keberkatan ini, warga Sekolah Tunas Bakti Marang telah bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan suasana penuh kegembiraan, kemesraan dan ukhuwah yang erat.
Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan Aidilfitri, malah turut mengeratkan silaturahim antara warga institusi serta menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan penghuni.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini secara langsung mahupun tidak langsung.
Semoga semangat kebersamaan ini terus mekar dan menjadi kenangan terindah buat kita semua.
🌟 Maaf Zahir & Batin 🌟
Ikhlas daripada:
Warga Sekolah Tunas Bakti Marang