Polis Daerah Marang

Polis Daerah Marang *INI BUKAN LAMAN RASMI*Terbuka kepada semua warga Malaysia tak kira dimana berada bagi menyalurkan segala maklumat untuk buat tindakan susulan segera.

(TAB Borang Aduan)Telephone:096182222 (4 Line)Fax:096183732 N:5.12.53.86 , E:103.12.04.65 === Adalah apa yang dipaparkan dalam laman ini samada kenyataan, komen, catatan, arahan atau apa2 yang tekandung atau dikeluarkan didalamnya adalah TIDAK RASMI dan hanyalah bersifat makluman/pengetahuan sahaja. ===

Pada tahun 1993 IPD Marang telah dipisahkan pentadbiran dengan IPD K/Trg yang sebelum ini dit

adbirkan oleh OCPD K/Trg. Dari ekoran persempadanan Majlis Daerah dan Politik (Parlimen) maka ujud pentadbiran baru dinamakan Ibu Pejabat Polis Daerah Marang. Pada 01/04/2007 Ibu Pejabat ini telah berpindah kePejabat Baru ditempat sekarang yang sebelum ini ditebing sungai Marang berhampiran dengan jambatan sungai Marang. Dimana merupakan tapak Balai Polis Marang yang lama. Balai-balai Polis Dibawah Pentadbiran IPD Marang :-
1.Balai Polis Marang (Bercantum Dengan IPD Marang)
2.Balai Polis Bukit Payung : 096191222 (Fax : 096191849)
3.Balai Polis Wakaf Tapai : 096802212
4.Balai Polis Merchang : 098321222
5.Pondok Polis Pengkalan Berangan : 096802214

Sebaik-baik doa dihari Arafah
26/05/2026

Sebaik-baik doa dihari Arafah

SEBAIK-BAIK DOA DI HARI ARAFAH ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Hari Arafah merupakan hari yang amat mulia di sisi Allah SWT serta menjadi antara waktu terbaik untuk umat Islam memperbanyakkan doa, zikir, istighfar dan memohon keampunan kepada-Nya.

Sabda Rasulullah SAW:

โ€œSebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah. Dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan serta para nabi sebelumku ialah:
ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ูŽู‡ูุŒ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽูŠู’ุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒ

Maksudnya: โ€œTiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Dan Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.โ€ (HR Tirmizi, 3585)

Marilah kita memanfaatkan kelebihan Hari Arafah dengan memperbanyakkan doa serta memohon keampunan dan rahmat daripada Allah SWT.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah, mengampuni dosa-dosa kita, serta mengurniakan rahmat, keberkatan dan kesejahteraan kepada kita semua.




20/05/2026

19/05/2026-Pemeriksaan PTKPN A117 Balai Polis Polis Merchang telah dimulakan dengan amanat yang disampaikan oleh YDH Supt. Mohd Sofian bin Hj Redzuan kepada Ketua Polis Balai dan PRP Balai Polis Merchang. YDH Tuan KPD menekankan aspek displin dan integriti serta pentingnya penyeliaan dalam menjalankan tugasan seharian,serta keutamaan penyeliaan melalui SKDD serta beliau turut mengingatkan sikap untuk saling menghormati di antara satu sama lain dan menjalankan tugas sepertimana yang telah diarahkan. Seterusnya, pemeriksaaan diteruskan dengan pemeriksaan kawad serta pemeriksaan utama lain meliputi aset , bangunan, pemeriksaan buku-buku/dokumen/fail, fail SKDD, senjata serta kenderaan

20/05/2026-Lebih kurang jam 1800h-1900hrs, pemantauan oleh pasukan trafik BSPT IPD Marang telah menjalankan rondaan hasi...
20/05/2026

20/05/2026-Lebih kurang jam 1800h-1900hrs, pemantauan oleh pasukan trafik BSPT IPD Marang telah menjalankan rondaan hasil aduan orang awam berkaitan kegiatan lumba haram/berkumpul main motor di sekitar Kampung Gondang - Sungai Serai. Nasihat telah disampaikan kepada komuniti setempat untuk menyalurkan maklumat dan tindakan tegas undang undang akan diambil jika didapati terlibat dalam kegiatan tidak bermoral ini

20/05/2026

Mesyuarat Majlis Permuafakatan antara pihak Pejabat Pendidikan Daerah Marang (PPD) bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Marang (PDRM) siri 1/2026 telah berlangsung pada 19/05/2026 bertempat di bilik mesyuarat utama PPD Marang dengan jayanya dan Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YDH En. Kamarulzaman bin Ismail, Ketua PPD Marang bersama YDH Supt. Mohd Sofian bin Haji Redzuan, Ketua Polis Daerah Marang serta turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan di kedua-dua agensi.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara pihak Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Pendidikan Daerah Marang khususnya dalam aspek keselamatan serta pengurusan disiplin di sekolah-sekolah sekitar daerah Marang. Selain itu, mesyuarat turut menjadi medium bagi meningkatkan kesedaran keselamatan melalui perkongsian maklumat dan taklimat berkaitan isu semasa seperti jenayah, dadah, keselamatan trafik, buli serta jenayah komersial yang melibatkan pelajar dan warga pendidik.

Dalam masa yang sama, perbincangan turut memberi fokus kepada penyelarasan strategi pencegahan jenayah, keselamatan jalan raya serta pengurusan disiplin pelajar di peringkat daerah. Mesyuarat ini juga bertujuan mewujudkan saluran komunikasi yang lebih berkesan antara pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak berkuasa bagi memastikan setiap isu berkaitan pelajar dapat ditangani secara lebih efisien dan menyeluruh, di samping membuka ruang kepada cadangan-cadangan baharu demi penambahbaikan bersama.

Semoga hasil permuafakatan ini dapat mempertingkatkan lagi tahap keselamatan sekolah serta memperkukuhkan usaha dalam melahirkan persekitaran pendidikan yang selamat, harmoni dan kondusif untuk seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat.






07/05/2026
06/05/2026

6 Mei 2026-Pemeriksaan PTKPN A117 Balai Polis Polis Wakaf Tapai telah dimulakan dengan amanat yang disampaikan oleh YDH Supt. Mohd Sofian bin Hj Redzuan kepada Ketua Polis Balai dan PRP Balai Polis Wakaf Tapai yang mana beliau menekankan aspek displin dan integriti serta pentingnya penyeliaan dalam menjalankan tugasan harian. Seterusnya, pemeriksaaan diteruskan dengan pemeriksaan kawad serta pemeriksaan utama lain meliputi aset, bangunan, pemeriksaan buku-buku/dokumen/fail, fail SKDD, senjata serta kenderaan

30/04/2026

๐ŸŽ“ *Jom Ke UNIKOP: Jelajah Pantai Timur 2026* ๐ŸŽ“

Keputusan SPM 2025 sudah diumumkan, kini masa terbaik untuk merancang masa depan!

Kami menjemput anda ke program *"Jom ke UNIKOP: Jelajah Pantai Timur"* untuk mengetahui peluang pengajian & laluan kerjaya yang ditawarkan.

๐Ÿ“… *2 Mei 2026 (Sabtu)*
๐Ÿ“ *Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, Terengganu*
๐Ÿ•˜ *9.00 pagi โ€“ 3.00 petang*

โœจ *Tawaran Istimewa:*
* Bayaran Pendahuluan hanya RM100
* Biasiswa & PTPTN disediakan
* Tablet, asrama & bas shuttle PERCUMA
* Kelas Bahasa Inggeris & Program Asasi PERCUMA
* Laluan pantas ke Ijazah Scotland (1.5 tahun)

๐Ÿ“Œ *Tempat adalah terhad โ€” daftar sekarang!*
๐Ÿ‘‰ https://forms.gle/ESHEnWjQAfs3sxAr6

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan:
Cik Hazwanie 011-29393989 / Puan Zaiton 013-3882556

Address

Jalan Kuala Terengganu/Dungun
Marang
21600

Telephone

+6096182222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Marang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category