Majlis Daerah Marang Rasmi

Majlis Daerah Marang Rasmi Majlis Daerah Marang telah mewujudkan PAGE bagi memudahkan pengumuman dibuat melalui media sosial.

Majlis Daerah Marang (MDM) telah berjaya menganjurkan Program Local Agenda 21 (LA21) – Marang Briskwalk “Pantai Bersih, ...
14/06/2026

Majlis Daerah Marang (MDM) telah berjaya menganjurkan Program Local Agenda 21 (LA21)
– Marang Briskwalk “Pantai Bersih, Komuniti Sejahtera” 2026, sebuah inisiatif di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menekankan penglibatan aktif pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti dalam memupuk kelestarian alam sekitar serta gaya hidup sihat.

Program ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, YBrs. Encik Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood, dan turut dihadiri oleh Puan Nurul Aini binti Ibrahim, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kesejahteraan Komuniti, KPKT, bersama barisan kepimpinan daerah, wakil agensi kerajaan, NGO dan komuniti setempat.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan termasuk Senamrobik Komuniti, Marang Briskwalk dan Plogging Pantai, aktiviti penanaman pokok, pengurusan sisa pepejal dan e-waste, yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan pantai, memelihara ekosistem alam sekitar dan mengamalkan pengurusan sisa secara mampan.

Program ini turut memperkukuhkan elemen pendidikan komuniti melalui Taklimat Kesedaran “Pantai Bersih, Komuniti Sejahtera: Peranan Masyarakat Dalam Pencegahan dan Kawalan Wabak Denggi” yang disampaikan oleh Dr. Mohd Izwan bin Ghazali, Pegawai Perubatan Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Marang. Selain itu, peserta turut menyertai Kuiz Interaktif Kahoot! serta sesi cabutan bertuah yang mendapat sambutan menggalakkan.

Kemuncak program menyaksikan Gimik Perasmian yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Marang bersama wakil KPKT sebagai simbolik komitmen bersama dalam memperkukuhkan agenda kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti. Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada agensi yang terlibat sebagai tanda penghargaan atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

Pelaksanaan program ini berjaya mencapai objektif yang digariskan dengan memperkukuh kerjasama antara agensi dan komuniti, meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar, memupuk budaya hidup sihat serta menyokong pelaksanaan Local Agenda 21 (LA21) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) ke arah komuniti yang lebih lestari, sejahtera dan berdaya tahan. 🌿🌊✨





Tawaran Untuk Menyewa Premis Perniagaan Mykiosk dan Perkedaian Majlis Daerah Marang
09/06/2026

Tawaran Untuk Menyewa Premis Perniagaan Mykiosk dan Perkedaian Majlis Daerah Marang

IKLAN TAWARAN SEBUTHARGA [ Tarikh : 09 JUN 2026 ]Tawaran ini dipelawa kepada kontraktor yang layak dan berdaftar dalam g...
09/06/2026

IKLAN TAWARAN SEBUTHARGA [ Tarikh : 09 JUN 2026 ]
Tawaran ini dipelawa kepada kontraktor yang layak dan berdaftar dalam gred serta pengkhususan yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja sebagaimana lampiran.

PENDAFTARAN SEBUTHARGA melalui google form https:bawah :
https://forms.gle/YLbMNMe1ezNQiDYY8
Peringatan :
1. Slip tranksaksi hendaklah dibuktikan semasa pendaftaran sebutharga.
2. Tempoh jualan dan pendaftaran mulai 09/06/2026, jam 11.00pagi hingga 14/06/2026, jam 12.00 tgh. Tarikh tutup peti sebutharga Adalah 15/06/2026, jam 12.00 tgh. Bayaran lambat tidak diterima.
3. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN , MDM di talian 09-618 2366/ 68 atau email: [email protected]

MAJLIS ANGKAT SUMPAH DAN PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN AHLI MAJLIS MAJLIS DAERAH MARANG BAGI SESI 2026–20288 Jun 2026 (...
08/06/2026

MAJLIS ANGKAT SUMPAH DAN PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN AHLI MAJLIS MAJLIS DAERAH MARANG BAGI SESI 2026–2028

8 Jun 2026 (Isnin) – Seramai 20 orang Ahli Majlis Majlis Daerah Marang telah mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan bagi Sesi 2026–2028 dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Casuarina, Majlis Daerah Marang.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Ustaz Sulaiman bin Sulong, Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, serta YBrs. Encik Mohd Sabri bin Zakaria, Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang.

Pelantikan Ahli Majlis bagi sesi baharu ini mencerminkan komitmen berterusan Majlis Daerah Marang dalam memperkukuh tadbir urus kerajaan tempatan serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Ahli-ahli Majlis yang dilantik akan memainkan peranan penting sebagai penghubung antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti dalam menyokong agenda pembangunan daerah secara menyeluruh.

Majlis Daerah Marang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Ahli Majlis yang dilantik dan berharap amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, profesionalisme serta komitmen yang tinggi demi kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan daerah Marang.





DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka ...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 Hijrah.

"Allah Peliharakan Sultan"
"Daulat Tuanku"

Ikhlas Daripada:
Yang Dipertua dan Seluruh Warga Kerja
Majlis Daerah Marang

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M Ikhlas Daripada Yang Dipertua, Ahli-ahli Majlis & Seluruh Warga Kerja Majlis Dae...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M Ikhlas Daripada Yang Dipertua, Ahli-ahli Majlis & Seluruh Warga Kerja Majlis Daerah Marang.

SELAMAT MENYAMBUT HARI ARAFAH 1447HSelasa 9 Zulhijjah 1447H bersamaan 26 Mei 2026M. Ikhlas Daripada Yang Dipertua dan se...
25/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI ARAFAH 1447H

Selasa 9 Zulhijjah 1447H bersamaan 26 Mei 2026M. Ikhlas Daripada Yang Dipertua dan seluruh Warga Kerja Majlis Daerah Marang.

21/5/2026 (Khamis) - Sesi Perbincangan Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, YBrs. Encik Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood ...
24/05/2026

21/5/2026 (Khamis) - Sesi Perbincangan Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, YBrs. Encik Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood bersama YBrs. Encik Mas Midyawan bin Yahya, Pengarah Bahagian Pembangunan Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Seterusnya, Sesi Lawatan Naziran untuk Sumbangan Membantu Kadar bagi Negeri Terengganu telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang, Marang dan Klinik Desa Jambu Bongkok, Marang.





Selamat Menyambut Hari Kelahiran diucapkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), YBhg. Dato’ Mohd Fadzl...
19/05/2026

Selamat Menyambut Hari Kelahiran diucapkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), YBhg. Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali. Ikhlas daripada Yang Dipertua, Ahli-Ahli Majlis dan seluruh Warga Kerja Majlis Daerah Marang

Notis Penutupan Premis Perniagaan Sempena Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1447H/2026M
19/05/2026

Notis Penutupan Premis Perniagaan Sempena Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1447H/2026M

Address

Majlis Daerah Marang
Marang
21600

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Sunday 07:30 - 18:00

Telephone

+6096182366

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Marang Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Daerah Marang Rasmi:

Share