16/11/2024
SERAHAN LAPORAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MARANG,TERENGGANU 2035
16 November 2024, Satu sesi serahan rasmi Laporan Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Marang, Terengganu 2035 yang telah diperakukan oleh Datuk Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa telah dibuat di dalam Majlis Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2024.
Sesi Serahan rasmi RT ini telah disampaikan oleh YBrs. TPr Haji Hassan bin Yaakob Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) kepada YBrs Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh@ Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang dan YBrs TPr Dr. Abu Bakar bin Mat, Pengarah, PLANMalaysia Terengganu.
Laporan yang diserahkan ini akan dicetak untuk tujuan pewartaan dan digunakan sebagai dokumen rasmi kawalan perancangan dan pembangunan Daerah Marang Sehingga Tahun 2035.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Pasukan Kajian, khasnya Majlis Daerah Marang dan PLANMalaysia Terengganu kerana memberi kerjasama yang cukup padu sepanjang kajian ini dijalankan
Sekian Terima Kasih