02/06/2026
๐จ RM49.26 JUTA NILAI RAMPASAN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperhebat operasi bersepadu di seluruh negara bagi membanteras ketirisan, penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan demi melindungi kesejahteraan rakyat serta kestabilan bekalan negara.
๐ฌ โKDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan strategik demi keselamatan rakyat dan kestabilan negara.โ
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Operasi penguatkuasaan dilaksanakan secara menyeluruh melibatkan pemeriksaan stor, premis, lori pengangkutan, gudang simpanan dan rantaian pengedaran barang kawalan termasuk diesel, petrol, minyak masak, tepung gandum serta pelbagai keperluan asas lain.
Antara fokus utama operasi termasuk:
โ
Membanteras ketirisan dan penyeludupan barang bersubsidi
โ
Memastikan bekalan keperluan asas rakyat kekal stabil
โ
Melindungi subsidi kerajaan daripada penyelewengan
โ
Memperkukuh operasi penguatkuasaan bersepadu seluruh negara
โ
Melaksanakan tindakan tegas tanpa kompromi terhadap pelanggaran undang-undang
KDN komited memastikan pendekatan Smart Enforcement dan operasi berasaskan risikan terus diperkasakan menerusi kerjasama strategik pelbagai agensi bagi menjamin keselamatan ekonomi serta kesejahteraan rakyat Malaysia.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri | 27 Mei 2026