FELDA Puteri Malu - Jengka 13

FELDA Puteri Malu - Jengka 13 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from FELDA Puteri Malu - Jengka 13, Government Organization, Pejabat FELDA Jengka 13 (Puteri Malu), Maran.

11/09/2026

Pertandingan Keceriaan Tugu Blok (Solar) Fasa 2

Blok manakah bakal menjadi Johan tahun ni?
11/09/2026

Blok manakah bakal menjadi Johan tahun ni?




SELAMAT MENYAMBUT πŸ‡²πŸ‡Ύ HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡ΎDaripada Pengurusan dan Kepimpinan Rancangan FELDA Jengka 13 (Puteri Malu)
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT πŸ‡²πŸ‡Ύ HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Daripada Pengurusan dan Kepimpinan Rancangan FELDA Jengka 13 (Puteri Malu)

Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―ΩSalam Maulidur Rasul 1448 HijrahBersempena dengan hari yang penuh kemuliaan i...
25/08/2026

Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω

Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah

Bersempena dengan hari yang penuh kemuliaan ini, marilah kita bersama-sama menunjukkan rasa cinta kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda dengan menghayati perjalanan sirah Baginda serta meneladani kemuliaan akhlaknya dalam setiap aspek kehidupan.

Rasulullah SAW bersabda:

β€œSesiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sebanyak sepuluh kali.”
(Riwayat Muslim)

Semoga setiap selawat yang dilafazkan dan setiap kebaikan yang dilaksanakan menjadi bukti kecintaan kita kepada Rasulullah SAW serta asbab untuk memperoleh rahmat Allah SWT dan syafaat Baginda di akhirat kelak.

β€œMadani Dihayati Ummah Diberkati”


Salam Aidilfitri 1447H πŸŒ™Ikhlas daripada Samsuri bin Mohamad, Pengurus FELDA Jengka 13.Maaf Zahir & Batin 🀝✨
21/03/2026

Salam Aidilfitri 1447H πŸŒ™

Ikhlas daripada Samsuri bin Mohamad, Pengurus FELDA Jengka 13.

Maaf Zahir & Batin 🀝✨





Pengurusan Rancangan FELDA Jengka 13 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Jengka 13 🫰🏻
21/03/2026

Pengurusan Rancangan FELDA Jengka 13 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Jengka 13 🫰🏻


PENYERAHAN BARANGAN KELENGKAPAN PROGRAM SELAMAT DATANG KE SEKOLAH 2026Tarikh        : 13 Mac 2026 (Jumaat)Tempat      : ...
17/03/2026

PENYERAHAN BARANGAN KELENGKAPAN PROGRAM SELAMAT DATANG KE SEKOLAH 2026

Tarikh : 13 Mac 2026 (Jumaat)
Tempat : Dewan Semalu SK(F)J13

FELDA dengan kerjasama Yayasan FELDA dan FGV Holdings Berhad selaku penyumbang utama kelengkapan persekolahan, telah menyediakan set kelengkapan persekolahan bagi Program Selamat Datang ke Sekolah Tahun 2026 untuk pelajar Tahun 1 di FELDA.

πŸŒ™ Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak πŸŒ™Pengurusan Rancangan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Muba...
18/02/2026

πŸŒ™ Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak πŸŒ™

Pengurusan Rancangan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh penduduk dan komuniti FELDA Jengka 13.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan ketenangan buat kita semua. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amalan, mengeratkan silaturahim serta menyemai semangat kebersamaan dalam komuniti kita.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi medan untuk kita memperbaiki diri, memperkukuhkan perpaduan dan meningkatkan rasa prihatin sesama jiran.

✨ Selamat berpuasa dan semoga segala amal ibadah diterima Allah SWT. ✨

Ikhlas daripada,
Pengurusan Rancangan FELDA Jengka 13


Selamat Tahun Baru Cina 2026 🧧🐎Semoga tahun ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ...
16/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina 2026 🧧🐎

Semoga tahun ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah kepada keluarga peneroka Jengka 13 berbangsa Tionghua dan seluruh masyarakat Tionghua di Malaysia amnya.

Semoga semangat perpaduan dan keharmonian terus kukuh dalam komuniti kita.

Ikhlas daripada
Pengurusan FELDA Jengka 13


πŸŒŸππ„ππˆπ‹π€πˆπ€π 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐖𝐀𝐍 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 (𝐀𝐔𝐅) πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ π‰π„ππ†πŠπ€πŸŒŸ(Tahun Penilaian 2025)9 Februari 2026 | IsninUsahawan ...
10/02/2026

πŸŒŸππ„ππˆπ‹π€πˆπ€π 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐖𝐀𝐍 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 (𝐀𝐔𝐅) πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ π‰π„ππ†πŠπ€πŸŒŸ(Tahun Penilaian 2025)

9 Februari 2026 | Isnin

Usahawan FELDA Jengka 13 telah terpilih untuk dinilai bagi mencari calon AUF 2026 mewakili FELDA Wilayah Jengka. Hanya 1 Calon AUF terbaik bagi setiap kategori sahaja yang akan mewakili wilayah ke peringkat seterusnya.

Anugerah Usahawan FELDA (AUF) merupakan sebuah program anugerah berprestij yang bertujuan mengiktiraf pencapaian usahawan dalam kalangan warga peneroka FELDA. Inisiatif ini juga mencerminkan usaha berterusan FELDA dalam melahirkan usahawan yang berwibawa, berdaya maju serta menjadi contoh dan inspirasi kepada pembangunan keusahawanan FELDA.

Uahawan yang mewakili FELDA Jengka 13 adalah seperti berikut:

πŸ† Kategori Perniagaan
- AMF Enterprise (Perniagaan Kerepek Pisang - Pn. Khairul Nisak binti Mat Piah)

πŸ† Kategori Luar Rancangan
- Butik Norfa Bandar Pusat Jengka (Butik Pengnatin, Noraini binti Abdul Rahim)

Terima kasih kepada Panel Penilai dari Cawangan Pembangunan Ekonomi Komuniti FELDA Wilayah Jengka iaitu Pn. Farah Syazwani binti Hasbullah (Penolong Pengarah Kanan) & Pn. Nur Abidah Binti Kasman (Penolong Pengarah). Turut serta Penyelaras Usahawan Rancangan, En. Muhammad Alif Azri bin Shukri.

Semoga Usahwan kita layak ke peringkat seterusnya.




Address

Pejabat FELDA Jengka 13 (Puteri Malu)
Maran
26420

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60387444902

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FELDA Puteri Malu - Jengka 13 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share