12/06/2026
LAWATAN PEMANTAUAN KERJA PENGARAH RISDA NEGERI PAHANG KE PEJABAT RISDA DAERAH MARAN
Pejabat RISDA Daerah Maran telah menerima lawatan kerja daripada Pengarah RISDA Negeri Pahang, Encik Abdul Aziz bin Awang, dalam satu sesi lawatan pemantauan yang memberi tumpuan kepada pengukuhan pelaksanaan program serta penyampaian perkhidmatan kepada pekebun kecil di peringkat daerah.
Antara intipati utama yang dibincangkan ialah:
• Data profiling pekebun kecil berdasarkan data banci tahun 2023 bagi memastikan ketepatan maklumat serta keberkesanan perancangan program pembangunan.
• Pencapaian usaha menyantuni pekebun kecil secara inklusif sehingga Jun 2026 sebagai indikator keberkesanan pelaksanaan program turun padang dan intervensi bantuan.
• Format Pemantauan Kemajuan Pekebun Kecil bertemakan “Mensejahtera Komuniti, Memperkasa Komoditi” sebagai pendekatan pemantauan yang lebih sistematik, tersusun dan menyeluruh.
• Strategi “Anchor Buyer” peringkat PRD Maran bagi memperkukuh rantaian pemasaran serta memastikan jaminan pasaran yang lebih stabil dan mampan kepada pekebun kecil.
Semoga lawatan pemantauan kerja ini dapat memperkukuh kefahaman, meningkatkan komitmen serta menyemarakkan kesepaduan seluruh warga RISDA dan pekebun kecil dalam merealisasikan agenda transformasi organisasi secara berkesan dan berterusan.