Pejabat Daerah Dan Tanah Maran

Pejabat Daerah Dan Tanah Maran PEJABAT DAERAH DAN TANAH MARAN OFFICIAL FACEBOOK PAGE

PDT Maran Bentang Projek Inovasi ‘Sistem PINTAS’ di Konvensyen KIKSA PahangMARAN, 10 Jun 2026 – Pejabat Daerah dan Tanah...
11/06/2026

PDT Maran Bentang Projek Inovasi ‘Sistem PINTAS’ di Konvensyen KIKSA Pahang

MARAN, 10 Jun 2026 – Pejabat Daerah dan Tanah Maran terus memperkukuh budaya inovasi apabila kumpulan IDEA Ventures mewakili jabatan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Sektor Awam Pahang (KIKSA Pahang) menerusi pembentangan projek inovasi secara dalam talian.

Kumpulan berkenaan mempertaruhkan projek Sistem PINTAS, iaitu sebuah sistem data bersepadu yang menggabungkan maklumat daripada beberapa agensi utama termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Maran bagi membantu pengurusan dan penyelarasan maklumat ketika berlakunya bencana.

Kumpulan IDEA Ventures diketuai oleh Mohd Syaiful Azli bin Ab. Rahman dengan bimbingan fasilitator, Hamidah binti Hassan. Ahli kumpulan terdiri daripada Mohd Redzuan bin Mohd Bajuri, Norshafikah binti Rosdi, Noaziah binti Mt Tan, Rafizah binti Mustafar Kamal, Nor Imran bin Mohamed Arshad, Hafiy bin Shaharudin, Nur Izzati Syazwani binti Abd Halim dan Wan Mohamad Akmal Hakim bin Wan Mohamad Razali.

Turut hadir memberikan sokongan dan semangat kepada pasukan ialah Pegawai Daerah Maran, Che Wan Muhammed Salleh bin Wan Adnan, yang mengikuti sesi pembentangan tersebut.

Sepanjang sesi pembentangan, kumpulan IDEA Ventures menjelaskan objektif pembangunan Sistem PINTAS, kaedah pelaksanaannya serta impak yang dijangka mampu meningkatkan kecekapan pengurusan maklumat dan penyelarasan tindakan semasa menghadapi situasi bencana.

Sistem itu dibangunkan bagi memastikan data berkaitan mangsa, lokasi dan keperluan bantuan dapat diakses dengan lebih cepat dan tepat oleh agensi terlibat, sekali gus membantu mempercepatkan proses membuat keputusan dan penyampaian bantuan kepada masyarakat.

Pembentangan berjalan lancar hasil persediaan rapi, komitmen tinggi serta kerjasama erat yang ditunjukkan oleh semua ahli kumpulan. Penyertaan dalam konvensyen tersebut membuktikan komitmen PDT Maran dalam menggalakkan budaya inovasi dan kreativiti ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, berkesan dan berimpak tinggi kepada rakyat.

MAKLUMAN WAKTU OPERASI KAUNTERPEJABAT DAERAH DAN TANAH MARANSebarang Pertanyaan Sila Hubungi:No Tel : 09-4771500Emel   :...
05/06/2026

MAKLUMAN WAKTU OPERASI KAUNTER
PEJABAT DAERAH DAN TANAH MARAN

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:
No Tel : 09-4771500
Emel : [email protected]

02/06/2026
01/06/2026
Selamat menyambut dan menunaikan ibadah korban 1447H kepada seluruh umat Islam.Aidiladha membawa pengertian besar tentan...
26/05/2026

Selamat menyambut dan menunaikan ibadah korban 1447H kepada seluruh umat Islam.

Aidiladha membawa pengertian besar tentang nilai pengorbanan yang tulus demi agama, keluarga serta masyarakat.

Semoga segala pengorbanan yang dilakukan mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT, serta menjadi simbol keikhlasan, ketaatan dan semangat kasih sayang sesama insan.

Pahang1st: Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan

Tulus Ikhlas daripada:

Tuan Che Wan Muhammad Salleh bin Wan Adnan
Pegawai Daerah Maran Dan Seluruh Warga Kerja Pejabat Daerah Dan Tanah Maran




MENJUNJUNG KASIH TUANKUKEBERANGKATAN KEBAWAH DULI PADUKA MULIA(KDPM) TENGKU MAHKOTA PAHANG KE DAERAH MARAN MARAN, 26 Mei...
26/05/2026

MENJUNJUNG KASIH TUANKU

KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI PADUKA MULIA(KDPM) TENGKU MAHKOTA PAHANG KE DAERAH MARAN

MARAN, 26 Mei 2026 (Selasa)- Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Taman Sri Jaya Makmur, Maran, Pahang bagi melawat dan mengurniakan sumbangan kepada penduduk yang terkesan dengan bencana banjir kilat yang berlaku pada 25 Mei 2026 yang lalu.

Sebanyak 47 buah rumah penduduk telah dilanda banjir kilat yang berlaku pada lebih kurang jam 7.00 petang pada 25 Mei 2026. Pengurniaan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh KDPM Tengku Mahkota Pahang dan disusuli dengan lawatan ke beberapa rumah yang terlibat.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Dato’ Jisshealyz bin Hamzah, Penyelaras DUN Luit, Tuan Che Wan Muhammad Salleh bin Wan Adnan, Pegawai Daerah Maran, YDH DSP Nor Azman bin Yusof, Timbalan Ketua Polis Daerah Maran mewakili Ketua Polis Daerah Maran serta pimpinan dan penduduk setempat.

Hari Hol Negeri Pahang merupakan saat penuh penghargaan dan kenangan buat seluruh rakyat Pahang dalam mengenang jasa ser...
22/05/2026

Hari Hol Negeri Pahang merupakan saat penuh penghargaan dan kenangan buat seluruh rakyat Pahang dalam mengenang jasa serta legasi pemerintahan Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Al-Marhum, menempatkan baginda dalam kalangan insan beriman dan beramal soleh serta mengurniakan kedudukan yang tinggi di sisi-Nya.

Segala jasa, kebijaksanaan dan kasih sayang Al-Marhum terhadap rakyat serta negeri Pahang akan terus terpahat dalam sejarah dan kekal dikenang sepanjang masa.

Al-Fatihah.

Program Hebahan Inisiatif Pahang Perluas Maklumat Bantuan Kerajaan NegeriMARAN, 20 Mei 2026 – Program Hebahan Inisiatif ...
20/05/2026

Program Hebahan Inisiatif Pahang Perluas Maklumat Bantuan Kerajaan Negeri

MARAN, 20 Mei 2026 – Program Hebahan Inisiatif Pahang (HIP) peringkat daerah Maran diadakan bagi memperluaskan pemahaman masyarakat mengenai pelbagai inisiatif dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada rakyat.

Program yang berlangsung pada pukul 9 pagi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Maran itu dirasmikan oleh Pegawai Daerah Maran, Che Wan Muhammed Salleh bin Wan Adnan.

Turut hadir sebagai dif kehormat ialah Pengarah Unit Perancangan Operasi dan Data Strategik, YH Dato’ Haji Wan Salman bin Wan Ismail, Al-Fadhil Qadhi Daerah Maran, Encik Mohd Zainudin bin Zakaria, Setiausaha Majlis Daerah Maran, Sr Mazaitun Hani binti Zainon, serta Penolong Pegawai Tadbir (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia), Cik Madianatul Arafah binti Ahmad Rosdi.

Dalam program tersebut, sesi penerangan mengenai Inisiatif Pahang disampaikan oleh YH Dato’ Haji Wan Salman bin Wan Ismail bersama Cik Madianatul Arafah binti Ahmad Rosdi, yang menghuraikan pelbagai bentuk bantuan serta kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri kepada rakyat.

Antara tujuan utama program itu adalah bagi membantu menyebarluaskan pemahaman secara lebih mendalam mengenai inisiatif kerajaan negeri selain memperkenalkan penambahbaikan dari segi kebolehsampaian pelbagai bantuan kepada masyarakat.

Melalui program hebahan ini, maklumat mengenai bantuan dan kaedah mendapatkan bantuan diharapkan dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi, sekali gus memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh golongan yang memerlukan.

“Guru Bitara, Nadi Negara”Setinggi-tinggi penghargaan buat semua guru yang tidak pernah lelah mencurahkan ilmu, membentu...
16/05/2026

“Guru Bitara, Nadi Negara”

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua guru yang tidak pernah lelah mencurahkan ilmu, membentuk sahsiah serta membimbing anak-anak bangsa menuju masa depan yang gemilang. Dedikasi, kesabaran dan keikhlasan para pendidik menjadi sinar yang menerangi langkah generasi kini dan akan datang.

Setiap ilmu yang disampaikan merupakan sumbangan berharga yang terus mengalir manfaatnya sepanjang zaman.

Semoga seluruh warga pendidik sentiasa dikurniakan kekuatan, kesihatan yang baik serta keberkatan dalam usaha mendidik dan membentuk generasi pewaris negara.

Selamat Hari Guru 2026
Terima kasih cikgu, jasamu sentiasa dihargai dan dikenang sepanjang masa.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas :
Pegawai Daerah Maran dan seluruh warga
Pejabat Daerah dan Tanah Maran

Address

PEJABAT DAERAH DAN TANAH MARAN
Maran
26500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Dan Tanah Maran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Dan Tanah Maran:

Share