13/01/2026
Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.
Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa Pimpinan Parti Amanah Negara Negeri Sembilan merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Ke-78 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Tuanku yang berteraskan kebijaksanaan, keadilan dan kasih sayang, serta terus memayungi Negeri Sembilan dengan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan.
Didoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan usia yang berpanjangan, serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.