Perkep Kontinjen Melaka

Perkep Kontinjen Melaka Pєɾsɑтυɑɳ Kєlυɑɾɠɑ Pσlιs ɑтɑυ lєвιɦ ɗιƙєɳɑlι sєвɑɠɑι PERKEP ditubuhkan ρɑɗɑ 03 0ɠσs 1968.

Pɑɠє ιɳι ɑɗɑlɑɦ ɗιmιlιƙι σlєɦ PERKEP Kσɳтιɳʝєɳ Mєlɑƙɑ.

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇📍 MELAKA | 14 September ...
14/09/2026

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇

📍 MELAKA | 14 September 2026 (Isnin) – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka, YBhg. Datin Wira Diana Aini binti Mokter telah mengadakan ziarah kematian ke atas Allahyarham Sjn 127112 Izdihar bin Suhaidi, 54 tahun, anggota Balai Polis Melaka Tengah, pada jam 1.15 petang di Jabatan Forensik Hospital Melaka.

Allahyarham telah disahkan meninggal dunia pada jam 10.05 pagi, 14 September 2026 di Wad Kecemasan Zon Merah, Hospital Melaka selepas mengalami komplikasi kesihatan.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Sungai Emas, Kota Tinggi, Johor.

Dalam ziarah tersebut, YBhg. Datin Wira Pengerusi telah menyampaikan sumbangan Tabung Kasih PERKEP kepada waris Allahyarham sebagai tanda keprihatinan dan sokongan PERKEP Kontinjen Melaka. Beliau turut menyampaikan ucapan takziah serta memberikan kata-kata semangat kepada ahli keluarga agar tabah dan sabar dalam menghadapi ujian serta kehilangan insan tersayang.

Turut hadir ialah Setiausaha PERKEP Kontinjen Melaka, DSP Masyunida binti Yunus; Ketua Biro Agama, DSP Zaleha binti Salim; Ketua Biro Komunikasi Korporat, Puan Belinda Seow Young Fung; KBIPS Melaka Tengah merangkap Setiausaha PERKEP Melaka Tengah, ASP Norilawati binti Shahor; Ketua Polis Balai Melaka Tengah, ASP Sundar a/l Ramasamy; AJK- AJK PERKEP Melaka serta pegawai dan anggota Balai Polis Melaka Tengah dan Kebajikan Kontinjen Melaka.

Seluruh warga PERKEP Kontinjen Melaka merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham serta mendoakan semoga roh Allahyarham Sjn 127112 Izdihar bin Suhaidi dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.


𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐌𝐄𝐄-𝐃𝐎𝐔𝐁𝐋𝐄 𝐃𝐄𝐂𝐊𝐄𝐑, 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀📍 MELAKA | 14 September 2026 (Isnin)...
14/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐌𝐄𝐄-𝐃𝐎𝐔𝐁𝐋𝐄 𝐃𝐄𝐂𝐊𝐄𝐑, 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

📍 MELAKA | 14 September 2026 (Isnin) – Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka, YBhg. Datin Wira Diana Aini binti Mokter telah mengetuai Lawatan Sambil Belajar PERKEP Kontinjen Melaka ke Kilang Mamee-Double Decker, Ayer Keroh, Melaka yang berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang.

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan serta pengalaman kepada ahli-ahli PERKEP mengenai operasi dan proses pengeluaran produk makanan, di samping mengeratkan hubungan serta memperkukuhkan kerjasama antara PERKEP Kontinjen Melaka dengan pihak Mamee-Double Decker.

Ketibaan rombongan PERKEP Kontinjen Melaka telah disambut mesra oleh Pengurus Sumber Manusia Mamee, Mr. Simon. Program kemudiannya dimulakan dengan sesi penerangan dan tayangan video yang disampaikan oleh beliau mengenai latar belakang syarikat, perkembangan perniagaan, produk-produk yang dihasilkan serta pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak Mamee.

Antara produk yang dihasilkan ialah mi segera, makanan ringan dan minuman. Rombongan turut dimaklumkan mengenai perancangan Mamee untuk memperluaskan rangkaian produknya dengan pengeluaran produk pasta dalam masa terdekat.

Seterusnya, rombongan PERKEP dibawa melawat ke bahagian production process line bagi melihat dengan lebih dekat proses pembuatan mi segera, bermula daripada peringkat pemprosesan sehingga ke peringkat pembungkusan produk.

Sepanjang sesi tersebut, penerangan mengenai proses pengeluaran dan operasi kilang telah disampaikan oleh Pengurus Kilang, Mr. Han Yoong Hock bersama YBhg. Datuk Wira Gary Choo Kok Sen, Pengarah Eksekutif merangkap Pengarah Kanan Pembuatan Mamee-Double Decker. Rombongan turut berpeluang melihat sendiri penggunaan teknologi serta sistem pengeluaran yang dilaksanakan bagi memastikan kualiti dan kecekapan dalam proses pembuatan produk.

Sesi lawatan diakhiri dengan ucapan daripada YBhg. Datuk Wira Gary Choo Kok Sen, yang kemudiannya disusuli dengan ucapan balas oleh YBhg. Datin Wira Diana Aini binti Mokter, Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka.

Dalam ucapannya, YBhg. Datin Wira Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Mamee-Double Decker atas kesudian menerima kunjungan rombongan PERKEP Kontinjen Melaka serta layanan mesra yang diberikan sepanjang lawatan berlangsung.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan pihak Mamee terhadap pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan PERKEP Kontinjen Melaka serta berharap hubungan baik dan kerjasama strategik yang telah terjalin dapat terus diperkukuhkan pada masa akan datang.

Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, YBhg. Datin Wira Diana Aini binti Mokter turut menyampaikan cenderamata kepada pihak Mamee-Double Decker.

Lawatan ini turut disertai oleh Ketua Biro Agama, DSP Zaleha binti Salim; Ketua Biro Komunikasi Korporat, Puan Belinda Seow Yung Foung ; Setiausaha PERKEP Kontinjen Melaka, DSP Masyunida binti Yunus; Penolong-Penolong Ketua Biro serta ahli-ahli PERKEP Kontinjen Melaka dengan jumlah keseluruhan kehadiran seramai 30 orang.

Secara keseluruhannya, lawatan sambil belajar ini telah memberikan pengalaman serta pengetahuan baharu kepada ahli-ahli PERKEP Kontinjen Melaka, khususnya berkaitan proses pengeluaran, pengurusan operasi dan perkembangan industri makanan.

Program ini juga menjadi platform dalam mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan jaringan kerjasama antara PERKEP Kontinjen Melaka dengan pihak Mamee-Double Decker. Diharapkan hubungan baik yang terjalin ini akan terus berkekalan dan membuka lebih banyak ruang kerjasama menerusi pelbagai program serta aktiviti yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak pada masa akan datang.


11/09/2026
𝐊𝐄𝐍𝐃𝐔𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐘𝐔𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍 & 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔PERKEP Malaysia akan me...
11/09/2026

𝐊𝐄𝐍𝐃𝐔𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐘𝐔𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍 & 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

PERKEP Malaysia akan mengadakan Kenduri Kesyukuran & Hari Keluarga PERKEP Malaysia sempena Program Jelajah Wira Madani Tahun 2026, yang mana PERKEP Kontinjen Melaka telah dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran program pada tahun ini.

Program ini diadakan sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga PERKEP dan keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM), di samping memupuk semangat kebersamaan, kesejahteraan serta keharmonian institusi kekeluargaan.

Butiran program adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 19 September 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang
📍 Tempat: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang program, antaranya Gerai Jualan Rahmah, Gerai Jualan Makanan dan Minuman, Acara Sukaneka Keluarga, Aktiviti Kanak-Kanak, Pertandingan Memasak Master Chef, Rewang Kesyukuran serta Cabutan Bertuah.

Seluruh warga PDRM, ahli PERKEP Malaysia serta keluarga dijemput hadir bagi memeriahkan program ini dan bersama-sama menyemarakkan tema:

“Keluarga Bahagia, Pasukan Sejahtera.”








Sumber : PERKEP Malaysia

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐔𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐘𝐔𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍 & 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔📍 MELAKA, 7 S...
07/09/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐔𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐘𝐔𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍 & 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

📍 MELAKA, 7 September 2026 (Isnin) | 10.30 pagi – Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mempengerusikan Mesyuarat Program Kenduri Kesyukuran & Hari Keluarga PERKEP Malaysia Sempena Jelajah Wira MADANI Tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Gerakan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan oleh urusetia program, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Melaka, ACP Aniesa Hanum binti Ahamad, berkaitan atur cara serta persiapan pelaksanaan Program Kenduri Kesyukuran & Hari Keluarga PERKEP Malaysia Sempena Program Jelajah Wira MADANI Tahun 2026.

PERKEP Kontinjen Melaka telah dipilih sebagai Tuan Rumah untuk melaksanakan program berkenaan yang dijadualkan akan berlangsung pada 19 September 2026 (Sabtu), bermula jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang, bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

Dalam mesyuarat tersebut, Ketua Polis Melaka telah memberikan beberapa arahan serta penambahbaikan yang perlu diberi perhatian dan dilaksanakan oleh setiap jawatankuasa bagi memastikan segala persiapan dapat diselaraskan dengan baik serta program dapat berlangsung dengan lancar dan teratur.

Turut dimaklumkan bahawa raptai penuh program akan diadakan pada 18 September 2026 (Jumaat), jam 3.00 petang sebagai persediaan akhir sebelum berlangsungnya program.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Ahmad Jefferi bin Abdullah; semua Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah; Setiausaha PERKEP Kontinjen Melaka; Setiausaha PERKEP Pusat bersama Ahli Jawatankuasa; serta semua Penolong Ketua Biro PERKEP Kontinjen Melaka.

Ketua Polis Melaka turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kehadiran wakil-wakil daripada JPJKK Bukit Aman dan PERKEP Pusat Bukit Aman atas komitmen dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam membuat persiapan bagi menjayakan program ini.

Beliau berharap agar segala perancangan dan persiapan yang telah disusun dapat dilaksanakan dengan sebaiknya serta Program Kenduri Kesyukuran & Hari Keluarga PERKEP Malaysia Sempena Jelajah Wira MADANI Tahun 2026 dapat berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif penganjurannya.




𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍  𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2026 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀Melaka # 31 Ogos 2026 – Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira D...
31/08/2026

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2026 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

Melaka # 31 Ogos 2026 – Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Dzulkhairi Mukhtar bersama isteri, Pengerusi Perkep Kontinjen Melaka, Datin Wira Diana Aini Mokter, telah hadir memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Persiaran Jalan Pantai, Klebang, Melaka.

Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama isteri, YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab
Rahman. Ketibaan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka dan isteri telah disambut oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersama isteri, YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Abdul Aziz.

Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka berlangsung meriah dengan penyertaan seramai 12,000 peserta yang terdiri daripada jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan serta Negeri, pasukan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Turut mengambil bahagian ialah badan bukan kerajaan (NGO), badan beruniform, sekolah dan institusi pengajian tinggi, persatuan komuniti serta wakil syarikat swasta dan sektor korporat.

Bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, sambutan ini turut dimeriahkan dengan perarakan pelbagai kenderaan daripada agensi dan organisasi, melibatkan aset keselamatan, kenderaan teknikal, perkhidmatan awam serta kenderaan berhias. Selain itu, lintas hormat udara yang menampilkan pesawat pejuang Sukhoi dan pesawat angkut taktikal C-130H Hercules turut menjadi antara tarikan utama sambutan.

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka bukan sahaja mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang kemerdekaan, malah turut menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan serta kecintaan terhadap tanah air.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Ahmad Jefferi Abdullah, Ketua- Ketua Jabatan dan Ketua-ketua Polis Daerah Melaka.

Sumber : Polis Melaka


𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔Melaka # 30 Ogos 2026 – Ketua P...
30/08/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Melaka # 30 Ogos 2026 – Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Dzulkhairi Mukhtar bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka, Datin Wira Diana Aini Mokter, telah menghadiri Majlis Sambutan Ambang Merdeka Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 yang berlangsung di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotisme itu turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, bersama YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Abdul Aziz, serta para jemputan.

Majlis dimulakan dengan persembahan tarian Selamat Datang sebelum diteruskan dengan pelbagai pengisian pentas yang menampilkan keunikan budaya dan etnik di negara ini, sekali gus mencerminkan perpaduan serta keharmonian rakyat. Kemuncak sambutan pada malam tersebut ialah acara Kiraan Detik Ambang Merdeka, diikuti pertunjukan bunga api serta laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali sebagai simbolik semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Ahmad Jefferi Abdullah, Ketua- Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Polis Daerah Melaka.

Sumber : Polis Melaka


𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔📍Melaka, 29 Ogos 2026(Sabtu)...
29/08/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

📍Melaka, 29 Ogos 2026(Sabtu) – Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Dzulkhairi Mukhtar bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka, Datin Wira Diana Aini Mokter, telah menghadiri Majlis Melaka Berselawat Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 yang berlangsung di Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka serta YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka dan para jemputan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ratib Al-Attas dan Asmaul Husna, diikuti solat Maghrib dan Isyak sebelum diteruskan dengan Majlis Melaka Berselawat yang dipimpin oleh Habib Syech bin Abdul Qadir Assegaf serta tausiah oleh Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Muhammad Hatta bin Abd Rahim. Penganjuran majlis ini menjadi wadah dalam mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Dalam majlis ini juga, Polis Diraja Malaysia Melaka telah dianugerahkan sebagai Kontinjen Ceria Madani bagi kategori Agensi Kerajaan semasa Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka yang telah diadakan pada 25 Ogos 2026 bersamaan 12 Rabiul Awal 1448H yang lalu.

Turut hadir, Ketua- Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Polis Daerah Melaka.

Sumber : Polis Melaka


𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐉𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐃𝐀𝐍  𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐘𝐔𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀...
29/08/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐉𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐘𝐔𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

📍 Melaka | 28 Ogos 2026 (Jumaat) @ 2.30 petang - YBhg. Datin Wira Diana Aini binti Mokter, Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka, telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) sempena Program Hari Keluarga PERKEP dan Majlis Kesyukuran PERKEP Malaysia MADANI 2026 bertempat di Mess Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan daripada Setiausaha PERKEP Kontinjen Melaka berkaitan dengan perubahan tarikh program dan perubahan tempat memandangkan Negeri Melaka akan menghadapi Pilhanraya Negeri tidak lama lagi.

Dalam mesyuarat ini, perkara yang dibincangkan ialah mengenai perancangan dan pengisian aktiviti dalam program tersebut.

Mesyuarat ini diakhiri dengan sambutan hari lahir AJK PERKEP bulan Ogos 2026 iaitu Ketua Biro Agama, DSP Zaleha binti Salim dan Penolong Bendahari , Insp Jagdesh Kaur a/p Balbera Singh serta meraikan YBhg Datin Wira Pengerusi PERKEP yang telah menerima pingat Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M) pada Ulangtahun TYT Yang dipertua Negeri Melaka yang lalu.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua dan Penolong Ketua Biro PERKEP Kontinjen Melaka serta wakil-wakil Pengerusi PERKEP Daerah.

Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran dan berharap agar semua warga PERKEP memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi agar Program Hari Keluarga PERKEP dan Majlis Kesyukuran PERKEP Malaysia MADANI 2026 berjalan dengan baik dan lancar.


Address

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka
Malacca City
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep Kontinjen Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perkep Kontinjen Melaka:

Shortcuts

Share