16/11/2025
Tarikh : 11-12 November 2025 (Selasa - Rabu)
Tempat : Penjara Sungai Udang
Unit Latihan Penjara Sungai Udang dengan Kerjasama daripada Institut Koreksional Malaysia (IKOM) telah mengadakan Kursus Asas Kawad Tongkat (Siri 1) Bagi Sarjan Mejar (SM) Penjara Sungai Udang, Melaka bagi tahun 2025.
Kursus ini merupakan satu inisiatif bagi memperkemaskan lagi pergerakan kawad, Pengenalan kepada Kawad Tongkat bagi kakitangan yang baru dinaikan Pangkat Kepada Sarjan Mejar (SM) disamping membentuk disiplin serta semangat berpasukan.
Kursus ini telah dikendalikan oleh Jurulatih Bertauliah iaitu SM Hasmawi Bin Hassan dari IKOM yang bertindak sebagai Jurulatih Kawad serta melaksanakan kelas Peranan Dan Tanggungjawab seorang Sarjan Mejar dalam Jabatan Penjara Malaysia.
Diharapkan pembelajaran yang diperolehi melalui Kursus ini dapat dimanfaatkan dalam tugasan seharian serta dapat menjadi contoh kepada kakitangan yang lain.