PERKESO Rehabilitation Centre

PERKESO Rehabilitation Centre A Rehabilitation Centre by the Social Security Organization of Malaysia (PERKESO). Also known as Pusat Rehabilitasi PERKESO.
(462)

Semangat patriotisme dan kebersamaan begitu terasa dalam Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026 yang berlangsung ...
15/09/2026

Semangat patriotisme dan kebersamaan begitu terasa dalam Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026 yang berlangsung meriah pada hari ini bersama seluruh warga Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Melaka. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sambutan dimeriahkan dengan kehadiran warga PRP yang tampil penuh semangat patriotik, mengenakan pakaian bertemakan warna Jalur Gemilang sebagai tanda cinta dan bangga terhadap tanah air tercinta. Acara dimulakan dengan Perarakan Kemerdekaan, sebelum para klien meneruskan pelbagai aktiviti serta persembahan menarik yang menceriakan suasana.

Kemuncak sambutan diteruskan dengan Upacara Pemotongan Kek, hasil dedikasi dan kerjasama warga vokasional bersama para klien, sebagai simbolik meraikan semangat kemerdekaan dan kebersamaan dalam keluarga besar PRP.

Tidak ketinggalan, kemeriahan turut diserikan dengan Booth Sukan Rakyat yang dianjurkan oleh setiap jabatan. Aktiviti ini bukan sahaja mencetuskan suasana ceria dan penuh gelak tawa, malah menjadi wadah dalam memperkukuh semangat perpaduan, kerjasama dan kekitaan dalam kalangan seluruh warga PRP.

Semoga sambutan ini terus menjadi wadah untuk menyemai rasa cinta kepada tanah air, mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam diri kita semua.

Selamat Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026!

Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati!





12/09/2026

Sekitar kunjungan rasmi H.E. UENO Kenichiro, Menteri Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun ke Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah.

Kunjungan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama Malaysia-Jepun melalui perkongsian pengetahuan dalam bidang rehabilitasi, kesihatan pekerjaan dan perlindungan sosial.

Semasa lawatan, delegasi turut berpeluang menyaksikan pendekatan rehabilitasi komprehensif serta penggunaan teknologi dan kemudahan berteknologi tinggi dalam membantu Orang Berinsurans (OB) mencapai pemulihan yang optimum.


LAWATAN KERJA PANEL PEGAWAI SKIM EX GRATIA BENCANA KERJA KEMENTERIAN KEWANGAN KE PUSAT REHABILITASI PERKESO SULTAN NAZRI...
10/09/2026

LAWATAN KERJA PANEL PEGAWAI SKIM EX GRATIA BENCANA KERJA KEMENTERIAN KEWANGAN KE PUSAT REHABILITASI PERKESO SULTAN NAZRIN SHAH (PRPSNS)

Pusat Rehabilitasi PERKESO berbesar hati menerima kunjungan Panel Pegawai Skim Ex Gratia Bencana Kerja, Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) M*F, YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim bin Ab Rahman.

Sesi lawatan kerja ini memberi peluang kepada delegasi untuk meninjau dengan lebih dekat kemudahan, fasiliti, perkhidmatan serta pendekatan rehabilitasi yang disediakan di Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah dalam menyokong proses pemulihan dan pengembalian fungsi Orang Berinsurans.

Lawatan ini turut menjadi platform perkongsian maklumat dan pandangan berkaitan pelaksanaan perkhidmatan rehabilitasi, di samping memperkukuh kefahaman serta hubungan strategik antara pihak yang terlibat dalam usaha memperkasakan kesejahteraan dan kebajikan penerima manfaat.

Semoga kunjungan ini dapat menyumbang kepada pengukuhan jaringan kerjasama serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan rehabilitasi yang lebih berkesan dan holistik.

Memperkasa rehabilitasi, menyokong pemulihan, demi kesejahteraan bersama.

LAWATAN DELEGASI BPJS KETENAGAKERJAAN INDONESIA KE PUSAT REHABILITASI PERKESOPusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Sh...
09/09/2026

LAWATAN DELEGASI BPJS KETENAGAKERJAAN INDONESIA KE PUSAT REHABILITASI PERKESO

Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah (PRPSNS) berbesar hati menerima kunjungan delegasi BPJS Ketenagakerjaan Indonesia yang diketuai oleh Bapak Dr. Ir. Saiful Hidayat, M.T., Direktur Utama BPJS Ketenagakerjaan.

Delegasi berkesempatan meninjau kemudahan, rawatan serta perkhidmatan rehabilitasi yang disediakan di PRPSNS.

Kunjungan ini turut menjadi platform untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam bidang rehabilitasi serta penggunaan teknologi dalam rawatan.

Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan hubungan serta membuka peluang kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam memperkasakan perkhidmatan rehabilitasi.

Bersama memperkasa rehabilitasi, demi kesejahteraan masyarakat serantau.

πŸ’‡β€β™‚οΈβœ‚οΈ PROGRAM CSR GUNTING RAMBUT PERCUMA BERSAMA HILLMEN HAIR ACADEMYβœ‚οΈπŸ’‡β€β™€οΈPusat Rehabilitasi PERKESO dengan kerjasama ...
07/09/2026

πŸ’‡β€β™‚οΈβœ‚οΈ PROGRAM CSR GUNTING RAMBUT PERCUMA BERSAMA HILLMEN HAIR ACADEMYβœ‚οΈπŸ’‡β€β™€οΈ

Pusat Rehabilitasi PERKESO dengan kerjasama Hillmen Hair Academy telah menjayakan Program CSR Gunting Rambut Percuma khas buat seluruh warga Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Program ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi peluang kepada warga PRP untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma, di samping mengeratkan hubungan dan kerjasama bersama rakan strategik.

πŸ“… 7 September 2026 (Isnin)
⏰ 9.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Salun Vokasional, Pusat Rehabilitasi PERKESO

Terima kasih diucapkan kepada Hillmen Hair Academy atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif seperti ini dapat terus diperkasakan bagi memberikan manfaat kepada warga Pusat Rehabilitasi PERKESO.

KerjasamaStrategik KomunitiPRP

SCI DAY 2026 .FROM AWARENESS TO ACTION.5 September 2026.Pusat Rehabilitasi PERKESO.Sempena SCI Day 2026, Pusat Rehabilit...
05/09/2026

SCI DAY 2026 .FROM AWARENESS TO ACTION.

5 September 2026.Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Sempena SCI Day 2026, Pusat Rehabilitasi PERKESO terus komited dalam meningkatkan kesedaran mengenai Spinal Cord Injury (SCI) serta memperkasa Orang Berinsurans (OB) dalam menjalani kehidupan yang lebih aktif, berdikari dan bermakna.

Program pada hari ini iaitu SCI MOVE: Mobility β€’ Optimisation β€’ Vitality β€’ Empowerment menghimpunkan seramai 18 orang OB bersama 14 orang warga kerja Pusat Rehabilitasi PERKESO dalam suasana yang penuh semangat, kebersamaan dan sokongan.

Memfokuskan pada perbezaan perspektif terhadap kesedaran yg mendalam terhadap Spinal Cord Injury selain mengenalpasti aspek tertentu dalam mencegah berlakunya Spinal Cord Injury.

Di kesempatan ini juga, kita memberi galakan untuk sama sama mengenal pasti potensi diri sebagai individu Spinal Cord Injury untuk bersiap sedia menghadapi cabaran luar bersama masyarakat.

SCI bukanlah pengakhiran, sebaliknya sebuah perjalanan yang memerlukan kekuatan, ketabahan, sokongan dan keyakinan. Setiap langkah kecil adalah satu pencapaian, dan setiap kemajuan membawa harapan kepada kehidupan yang lebih baik. πŸ’ͺ✨

Ayuh bersama-sama kita tingkatkan kesedaran, hapuskan stigma dan terus menyokong komuniti SCI untuk bergerak lebih jauh, hidup lebih bermakna dan mencapai potensi diri.

Selamat Menyambut SCI Day 2026!

π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—£π—¨π—¦π—£π—”π—‘π—œπ—§π—” π—£π—˜π—₯π—žπ—˜π—¦π—’ π—žπ—˜ 𝗣π—₯𝗣𝗦𝗑𝗦Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah (PRPSNS) berbesar hati menerima kunjung...
04/09/2026

π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—£π—¨π—¦π—£π—”π—‘π—œπ—§π—” π—£π—˜π—₯π—žπ—˜π—¦π—’ π—žπ—˜ 𝗣π—₯𝗣𝗦𝗑𝗦

Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah (PRPSNS) berbesar hati menerima kunjungan delegasi PUSPANITA PERKESO yang diketuai oleh Datin Sri Wahinah Binti Haroon Rasheed, Pengerusi PUSPANITA PERKESO ke Ipoh, Perak.

Delegasi berkesempatan melihat sendiri perjalanan rawatan dan pemulihan para klien, selain meluangkan masa melakukan aktiviti bersama mereka.

Kunjungan ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah memberi sokongan dan semangat kepada para klien dalam meneruskan perjalanan pemulihan mereka.

03/09/2026

STRESS TEST TREADMILL: MENILAI PRESTASI JANTUNG, MENYOKONG PROSES REHABILITASI πŸƒβ€β™‚οΈπŸ«€

Stress Test Treadmill merupakan salah satu kaedah penilaian yang digunakan bagi memantau tindak balas sistem kardiovaskular peserta semasa melakukan aktiviti fizikal secara terkawal.

Melalui penilaian ini, pasukan rehabilitasi dapat memperoleh maklumat berkaitan tahap toleransi senaman dan kapasiti fizikal peserta sebagai panduan dalam merancang program rehabilitasi yang bersesuaian, selamat dan berkesan.

Di Pusat Rehabilitasi PERKESO, setiap penilaian dilaksanakan secara sistematik bagi menyokong pemulihan fungsi serta membantu peserta mencapai tahap keupayaan fizikal yang optimum.

Menilai kemampuan, memperkukuh fungsi, membina keyakinan.

Pemulihan ReturnToWork MalaysiaMADANI

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69Malaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiPusat Rehabilitasi PERKESO dengan penuh s...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Pusat Rehabilitasi PERKESO dengan penuh semangat patriotisme mengucapkaSelamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semangat kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah dan perjuangan terdahulu, tetapi turut diterjemahkan melalui usaha membina masyarakat yang inklusif, berdaya tahan dan saling menyokong.

Sebagai sebuah institusi yang komited dalam memperkasa Orang Berinsurans (OB), Pusat Rehabilitasi PERKESO terus berusaha memberikan perkhidmatan rehabilitasi yang komprehensif bagi membantu OB kembali berdikari, produktif dan yakin melangkah ke hadapan.

Ayuh kita semarakkan semangat kemerdekaan dengan terus bersatu, berbakti dan membina Malaysia yang lebih sejahtera.

Merdeka! Merdeka! Merdeka !

Pusat Rehabilitasi PERKESO
Memperkasa Potensi, Membina Kembali Harapan.

Address

Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Lot PT7263 [H. S (D) 18923], Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya
Malacca City
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERKESO Rehabilitation Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PERKESO Rehabilitation Centre:

Shortcuts

Share