Bahagian Kesihatan Pergigian Melaka

Bahagian Kesihatan Pergigian Melaka MULUT SIHAT PILIHAN SAYA SENYUMAN MILIK SEMUA

Mengekalkan sekurang-kurangnya 20 batang gigi yang berfungsi menjelang usia 60 tahun adalah sangat penting bagi menjamin...
10/09/2026

Mengekalkan sekurang-kurangnya 20 batang gigi yang berfungsi menjelang usia 60 tahun adalah sangat penting bagi menjamin kualiti hidup yang optimum buat warga emas. Memiliki jumlah gigi yang mencukupi bukan sahaja membantu proses pemakanan dan pengunyahan makanan dengan sempurna untuk kesihatan tubuh badan, malah ia memastikan pertuturan serta sebutan kekal jelas semasa berkomunikasi. Selain mengekalkan fungsi asas ini, penjagaan gigi asli yang baik turut menyokong keterampilan diri agar warga emas dapat terus tersenyum dengan yakin dan menjalani kehidupan harian dengan penuh bertenaga. Amalkan rutin penjagaan oral yang betul dan lakukan pemeriksaan berkala bagi memastikan senyuman sihat ini kekal sepanjang hayat .

🦷 PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DUN AYER LIMAU TAHUN 2026 πŸ¦·πŸ“… Tarikh: 6 September 2026 (Ahad)⏰ Masa: 6.30 pagi...
09/09/2026

🦷 PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DUN AYER LIMAU TAHUN 2026 🦷

πŸ“… Tarikh: 6 September 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 6.30 pagi – 3.00 petang
πŸ“ Lokasi: Dewan Terbuka Padang Datuk Setia, Ramuan China Besar

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Alor Gajah (PKPDAG) telah menyertai Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Ayer Limau Tahun 2026 dengan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan pergigian kepada masyarakat setempat.

Sepanjang program berlangsung, seramai 78 orang pesakit telah mendaftar untuk mendapatkan pemeriksaan pergigian, dengan penglibatan seramai 8 orang anggota pergigian dalam menjayakan program ini.

Program ini turut menerima kunjungan YB Datuk Ngwe Hee Sem dan Dr. Sabarina binti Omar, TPKN (Pergigian). Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas kunjungan serta sokongan yang diberikan kepada pasukan pergigian. 🦷✨

Sekalung penghargaan turut ditujukan kepada semua petugas dan pihak penganjur atas kerjasama, komitmen dan sokongan yang diberikan dalam memastikan kelancaran serta kejayaan program ini. πŸ‘πŸ»




*𝐂𝐃𝐄 πŒπŽπƒπ”π‹ 𝐈𝐊𝐎𝐍 π†πˆπ†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2026*Tajuk: Skop 6 - Dr Gigi Pastikan Yang OriTarikh: 9 September 2026Masa: 3:30 - 4:30 petan...
09/09/2026

*𝐂𝐃𝐄 πŒπŽπƒπ”π‹ 𝐈𝐊𝐎𝐍 π†πˆπ†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2026*
Tajuk: Skop 6 - Dr Gigi Pastikan Yang Ori
Tarikh: 9 September 2026
Masa: 3:30 - 4:30 petang
Pautan secara talian: https://meet.google.com/tgo-wsgr-obf
Penceramah: DR. KEE ZI QIN ( Pegawai Pergigian UG9 - Klinik Pergigian Ayer Keroh)
*Terbuka kepada Ikon Gigi dan Anggota Pergigian Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Melaka
*E-sijil ada disediakan*.

PROGRAM KOLABORASI ORAL DAN AGAMA (KOA) BERSAMA GEREJA METHODIST WESLEY, MELAKA TAHUN 2026🏘️ Gereja Methodist Wesley, Me...
07/09/2026

PROGRAM KOLABORASI ORAL DAN AGAMA (KOA) BERSAMA GEREJA METHODIST WESLEY, MELAKA TAHUN 2026

🏘️ Gereja Methodist Wesley, Melaka
πŸ“… 5 September 2026
⏰ 9:00 pagi - 3:00 petang

Pada 5 September 2026, Klinik Pergigian Tengkera telah mengadakan satu program kesihatan pergigian bersama Badan Agama Kristian. Program ini dihadiri oleh ahli jawatankuasa gereja yang terdiri daripada golongan kanak-kanak, dewasa dan warga emas.

Program ini bertujuan untuk:
🎯 Meningkatkan jaringan kolaborasi dengan badan agama
🎯 Menyampaikan mesej kesihatan pergigian kepada para penganut
🎯 Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan amalan kesihatan mulut yang baik

Aktiviti yang diadakan:
🚭 Pameran oral kanser dan pemeriksaan mulut sendiri
🦷 Pameran penjagaan kebersihan gigi
🎀 Ceramah Pergigian
😷 Pemeriksaan dan rawatan pergigian
πŸ”« Permainan Interaktif dan Pertandingan Mewarna

Semoga program seperti ini dapat diteruskan dan dilaksanakan lagi pada masa akan datang.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjayakan program pada hari ini.Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ikon gigi kita, Puan Sarifah Bte Nuraini, atas kesudian meluangkan masa dan bersama-sama memeriahkan program KOA ini.

Jangan lupa, jom lakukan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun demi memastikan kesihatan dan senyuman kita sentiasa terjaga! 🦷✨





🦷 PROGRAM JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) MASUK KAMPUNG SEMPENA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) D...
05/09/2026

🦷 PROGRAM JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) MASUK KAMPUNG SEMPENA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DUN TABOH NANING 🦷

πŸ“… Tarikh: 3 September 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Lokasi: Dewan Terbuka, Kampung Orang Asli Bukit Payung

Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Masuk Kampung merupakan salah satu inisiatif bagi mendekatkan perkhidmatan kesihatan serta menyampaikan mesej kesihatan kepada masyarakat di peringkat akar umbi, termasuk aspek kesihatan pergigian.

Seramai 12 orang anggota dari Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Alor Gajah (PKPDAG) telah terlibat dalam menjayakan program ini. Sepanjang program berlangsung, seramai 50 orang pengunjung telah mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat dan menimba ilmu berkaitan kesihatan pergigian melalui ruang pameran yang disediakan.

Para pengunjung turut berpeluang menyertai permainan edukatif berkaitan kesihatan pergigian, yang diadakan sebagai salah satu pendekatan interaktif untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan mulut.

Selain itu, seramai 34 orang pengunjung telah menjalani pemeriksaan pergigian, manakala 21 orang telah menerima rawatan pergigian pada hari program berlangsung.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:

🦷 Pemeriksaan dan rawatan pergigian
🦷 Pameran kesihatan pergigian dan kanser mulut
🦷 Permainan edukatif berkaitan kesihatan pergigian

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua petugas atas kerjasama, komitmen dan dedikasi yang telah diberikan dalam menjayakan Program Jelajah ANMS Masuk Kampung bersama komuniti Orang Asli Kampung Bukit Payung. πŸ‘πŸ»βœ¨

Turut hadir bagi memeriahkan program adalah Dr. Tuan Yuswana binti Tuan Soh, Pegawai Pergigian Daerah Alor Gajah, PJP Norhana binti Ramli dan PJP Tuan Isyariyante binti Tuan Ismail. Terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh pihak pentadbiran PKPD AG.

Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada komuniti serta meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan amalan penjagaan kesihatan pergigian dalam kalangan masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Payung. 🦷✨

PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 BERSAMA KOMUNITI TABOH NANINGπŸ—“ 29 Ogos 2026 (Sabtu)⏰️ 9.00 pagi – 6.00 petangπŸ“ Dewa...
01/09/2026

PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 BERSAMA KOMUNITI TABOH NANING

πŸ—“ 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰️ 9.00 pagi – 6.00 petang
πŸ“ Dewan Terbuka Taman Sri Naning, Alor Gajah, Melaka

Program MADANI KITA (PMK) Tahun 2026 bersama Komuniti Taboh Naning telah berlangsung dengan jayanya. Program ini merupakan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Ngwe Hee Sem, EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka merangkap Wakil Rasmi YAB Ketua Menteri Melaka.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara serta YB Datuk Hj. Zulkiflee bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin, Timbalan EXCO Kanan merangkap ADUN Taboh Naning.

🦷 Melalui Klinik Pergigian Bergerak, pelbagai perkhidmatan seperti pemeriksaan pergigian, rawatan penskaleran dan tampalan pergigian ringkas telah disediakan.

Seramai 91 orang pengunjung telah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pergigian sepanjang program berlangsung.

Sekalung penghargaan kepada semua pihak dan petugas yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha mendekatkan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada masyarakat dapat diteruskan demi kesejahteraan komuniti. 🦷✨





ππ„π‘π‡π€π“πˆπ€π ❗️❗️❗️NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK PERGIGIAN UMBAI UNTUK KERJA-KERJA PEMBAIKIAN LANTAI VINYL DI RUANG MENU...
28/08/2026

ππ„π‘π‡π€π“πˆπ€π ❗️❗️❗️

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK PERGIGIAN UMBAI UNTUK KERJA-KERJA PEMBAIKIAN LANTAI VINYL DI RUANG MENUNGGU SERTA LAIN LAIN KERJA BERKAITAN

♦️3 September 2026 ( Rabu) sehingga *6 November 2026 (Jumaat)

Dijangka buka semula pada 9 November 2026 (Isnin).

Pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan pergigian di klinik pergigian berdekatan.

1. Klinik Pergigian Ayer Molek: 06-2680233
2. klinik Pergigian Ujong Pasir: 06-2828813

dan klinik pergigian di seluruh negeri Melaka.

*Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa*

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Melaka Sihat
Kerajaan Negeri Melaka

🦷✨ PAMERAN & PEMERIKSAAN PERGIGIAN DI SRITI HARUN AR-RASYID βœ¨πŸ¦·πŸ“… Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)⏰ Masa: 8.00 pagi – 2.00 pe...
28/08/2026

🦷✨ PAMERAN & PEMERIKSAAN PERGIGIAN DI SRITI HARUN AR-RASYID ✨🦷

πŸ“… Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Tempat: SRITI Harun Ar-Rasyid

Klinik Pergigian Masjid Tanah berbesar hati menerima jemputan daripada pihak SRITI Harun Ar-Rasyid bagi menjayakan Program Pameran dan Pemeriksaan Pergigian sebagai salah satu usaha meningkatkan kesedaran murid mengenai kepentingan penjagaan serta kesihatan pergigian sejak usia muda. πŸ¦·πŸ’™

Seramai 7 orang anggota Klinik Pergigian Masjid Tanah telah terlibat dalam menjayakan program ini. Sepanjang program berlangsung, seramai 112 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 6 telah menerima pemeriksaan pergigian.

Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuk:

🦷 Pemeriksaan dan rawatan pergigian
🦷 Pameran kesihatan pergigian dan kanser mulut
🦾 Ceramah kesihatan pergigian

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SRITI Harun Ar-Rasyid atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dan membantu melancarkan aktiviti Kesihatan Pergigian sepanjang program berlangsung.

Tahniah dan syabas juga kepada semua petugas Klinik Pergigian Masjid Tanah yang telah memberikan khidmat terbaik dalam menjayakan program ini. πŸ‘πŸ»βœ¨

Semoga usaha sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang. Semoga program ini mampu menyemai kesedaran dalam kalangan murid untuk mengamalkan penjagaan kesihatan pergigian yang baik dan menjadikan senyuman sihat sebagai sebahagian daripada gaya hidup. 😁🦷

πŸ’™ Gigi Sihat, Senyum Ceria, Hidup Lebih Bermakna! πŸ’™

🦷✨ JOM RAMAI-RAMAI KE PROGRAM MADANI KITA! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒŸ Memaknai Harapan Rakyat πŸŒŸπŸ“’ Klinik Pergigian Bergerak akan memberikan *PER...
27/08/2026

🦷✨ JOM RAMAI-RAMAI KE PROGRAM MADANI KITA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

🌟 Memaknai Harapan Rakyat 🌟

πŸ“’ Klinik Pergigian Bergerak akan memberikan *PERKHIDMATAN PEMERIKSAAN & RAWATAN PERGIGIAN PERCUMA!* πŸŽ‰

πŸ“… 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang
πŸ“ Dewan Terbuka Taman Sri Naning, Alor Gajah, Melaka

🦷 Perkhidmatan yang disediakan:
βœ… Pemeriksaan pergigian
βœ… Rawatan penskaleran
βœ… Tampalan pergigian ringkas

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ TERBUKA KEPADA SEMUA!

πŸ“£ Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pergigian secara PERCUMA.

πŸ“£ **Jom periksa gigi! **






Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Melaka Sihat
YB NGWE HEE SEM
Kerajaan Negeri Melaka
Perpaduan Melaka

Address

Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Melaka, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Aras 3, Wisma Persekutuan
Malacca City
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062356655

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Kesihatan Pergigian Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share