22/07/2020
Pihak MPKK Tanjung Minyak dengan ini, ingin memaklumkan bahawasanya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Telah digantung tugas selepas pertukaran Kerajaan.Pada 8 Julai 2020, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad telah mengumumkan penstrukturan semula kepada nama JPKK dan dengan rasmi nya MPKK Tanjung Minyak yg dilantik untuk sesi 2020 turut terbubar.
Oleh yang demikian, Saya Azlim Bin Azit selaku mantan MPKK Tg Minyak dan semua ahli majlis MPKK Tg Minyak ingin mengucapkan jutaan terima kasih keatas semua ahli penduduk kawasan Tanjung Minyak yg memberi kerjasama yg tidak ternilai serta sokongan padu. Semoga inisiatif serta usaha yang kami lakukan dapat memberi impak positif kepada masyarakat.
Dengan penuh rasa rendah diri pihak kami memohon jutaan kemaafan kepada semua jika ada silap dan salah serta didoakan Kampung Tg Minyak akan Terus Berwibawa seperti mana moto MPKK Tanjung Minyak iaitu 'Merealisasikan Komuniti Yg Berwibawa'
SEKIAN. TERIMA KASIH.
Ikhlas dari kami,
1)Azlim bin Azit. -Mantan Pengerusi
2Raziman Ibrahim.
3)Noor Hanita Tajuddin
4)Razali Ab Kadir
5)Azlanshah Jamaluddin
6)Saizan Abdul Rahman
7)Ibrahim Basiron
8)Al Basyariah Abd Latif
9)Murnie Abdul Karim
10)Marnida Saer
11)Ismail Yahya
12)Mohd Ezzaidi
13)Ahmad Farid Abu Hassan