Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka Facebook Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka (JKMNM) 1. Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar jabatan.

2.

Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.

3. Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang.


4. Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik.

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐‰๐Ž๐ ๐‚๐Ž๐€๐‚๐‡ (๐“๐„๐‘๐๐”๐Š๐€) ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka (JKMN Melak...
10/09/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐‰๐Ž๐ ๐‚๐Ž๐€๐‚๐‡ (๐“๐„๐‘๐๐”๐Š๐€) ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka (JKMN Melaka) dengan kerjasama PERKESO Negeri Melaka telah menganjurkan Kursus Asas Job Coach (Terbuka) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 pada 7 hingga 10 September 2026 bertempat di Dewan Kenangan, Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka.

Seramai 32 orang peserta menyertai kursus ini yang terdiri daripada wakil NGO, agensi kerajaan, PERKESO, hospital, MENTARI, petugas dan penyelia Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta majikan.

Kursus ini memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran peserta dalam melaksanakan peranan sebagai Job Coach, khususnya dalam menyediakan sokongan pekerjaan secara sistematik kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

Pengisian kursus turut memberi penekanan kepada keperluan individu, tempat kerja dan majikan bagi memastikan sokongan pekerjaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Pelaksanaan kursus ini juga menyokong usaha memperkukuh Program Penempatan dan Sokongan Pekerjaan (PPJC) melalui peningkatan bilangan Job Coach yang terlatih dan kompeten di peringkat negeri.

Majlis Perasmian Penutup Kursus Asas Job Coach (Terbuka) telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hajah Halyjah binti Muhamad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka. Turut hadir ialah YBhg. Encik Akashah bin Shuiami yang mewakili Pengarah PERKESO Negeri Melaka.

Semoga kursus ini dapat memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan, NGO, institusi dan pihak majikan dalam memperluas peluang pekerjaan serta meningkatkan sokongan pekerjaan yang inklusif kepada golongan OKU.

๐‘ฑ๐‘ฒ๐‘ด๐‘ต ๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚: ๐‘บ๐’‚๐’๐’•๐’–๐’ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ช๐’†๐’Œ๐’‚๐’‘
๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚ ๐‘บ๐’‚๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘น๐’‚๐’Œ๐’š๐’‚๐’•

YB Datoโ€™ Sri Hajah Nancy Haji Shukri,
YB Puan Lim Hui Ying,
Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Kerajaan Negeri Melaka,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka,
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,
YB Datuk Hajah Kalsom Noordin,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka








๐‰๐Š๐Œ๐ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ & ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐๐„๐‘๐”๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐„๐Œ๐€๐’ ๐ŸงถโœจPembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) terus diperkasakan me...
10/09/2026

๐‰๐Š๐Œ๐ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ & ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐๐„๐‘๐”๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐„๐Œ๐€๐’ ๐Ÿงถโœจ

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) terus diperkasakan melalui kolaborasi antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka (JKMN Melaka) dan Kolej Komuniti Bukit Beruang menerusi Kursus Kraftangan yang diadakan di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bukit Baru.

Program ini dilaksanakan dalam enam siri bermula 8 September hingga 20 Oktober 2026, dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang, dengan memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran baharu dalam bidang kraftangan secara praktikal dan berstruktur.

Selain mengisi masa lapang dengan aktiviti yang produktif, kursus ini turut menjadi ruang untuk mengembangkan kreativiti, meningkatkan keyakinan diri serta memperkasa kemahiran dan potensi dalam menghasilkan produk kraftangan yang mempunyai nilai.

Kerjasama strategik antara JKMN Melaka dan Kolej Komuniti Bukit Beruang ini membuka peluang kepada peserta untuk aktif belajar, berkarya dan meneroka kemahiran baharu, selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Semoga inisiatif ini dapat menyokong usaha memperkasa warga emas agar kekal aktif, produktif dan berkebolehan, di samping menggalakkan penglibatan dalam aktiviti yang bermanfaat.

๐‘ฑ๐‘ฒ๐‘ด๐‘ต ๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚: ๐‘บ๐’‚๐’๐’•๐’–๐’ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ช๐’†๐’Œ๐’‚๐’‘
๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚ ๐‘บ๐’‚๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘น๐’‚๐’Œ๐’š๐’‚๐’•

YB Datoโ€™ Sri Hajah Nancy Haji Shukri
YB Puan Lim Hui Ying ๆž—ๆ…ง่‹ฑ
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kerajaan Negeri Melaka
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka,
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Hajah Kalsom Noordin
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka








๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐Œ๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐Š๐Œ๐Sesi Amanat dan Suai Kenal bersama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarak...
10/09/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐Œ๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐Š๐Œ๐

Sesi Amanat dan Suai Kenal bersama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, YBrs. Puan Hajah Halyjah binti Muhamad, telah berlangsung pada 7 September 2026 bertempat di Wisma Kebajikan, JKMN Melaka, melibatkan 12 orang pegawai lantikan kontrak Kerajaan Negeri Melaka.

Sesi ini menjadi ruang untuk menyampaikan hala tuju jabatan, penerapan nilai integriti, tadbir urus serta peranan dan tanggungjawab sebagai penjawat awam dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Dalam majlis yang sama, pegawai lantikan baharu turut menyempurnakan Upacara Mengangkat Sumpah serta menandatangani Surat Aku Janji dan Dokumen Akta Rahsia Rasmi sebagai sebahagian daripada proses pelantikan dan tanggungjawab dalam perkhidmatan.

Surat Aku Janji dan Dokumen Akta Rahsia Rasmi yang telah ditandatangani kemudiannya diserahkan kepada YBrs. Puan Hajah Halyjah binti Muhamad, dengan disaksikan oleh Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah JKMN Melaka.

Amanat yang disampaikan menjadi panduan dan suntikan semangat kepada pegawai lantikan baharu untuk melaksanakan tugas dengan amanah, berintegriti, profesional dan penuh komitmen, selaras dengan tanggungjawab JKMN Melaka dalam memberikan perkhidmatan kebajikan yang terbaik kepada masyarakat.

Selamat datang dan selamat berkhidmat kepada semua pegawai lantikan baharu. Semoga terus melangkah dengan penuh dedikasi dalam menggalas amanah sebagai warga JKMN Melaka. ๐Ÿค๐Ÿป

๐‘ฑ๐‘ฒ๐‘ด๐‘ต ๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚: ๐‘บ๐’‚๐’๐’•๐’–๐’ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ช๐’†๐’Œ๐’‚๐’‘
๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚ ๐‘บ๐’‚๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘น๐’‚๐’Œ๐’š๐’‚๐’•

YB Datoโ€™ Sri Hajah Nancy Haji Shukri
YB Puan Lim Hui Ying ๆž—ๆ…ง่‹ฑ
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kerajaan Negeri Melaka
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka,
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Hajah Kalsom Noordin
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka








๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐‰๐Š๐Œ๐ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐Ÿ‘‹๐ŸปSeramai 12 orang pegawai lantikan kontrak Kerajaan Negeri Melaka telah melapor...
10/09/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐‰๐Š๐Œ๐ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐Ÿ‘‹๐Ÿป

Seramai 12 orang pegawai lantikan kontrak Kerajaan Negeri Melaka telah melapor diri di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka (JKMN Melaka) pada 1 September 2026 dan mengikuti Sesi Orientasi Pegawai Lantikan Baharu sehingga 4 September 2026.

Pegawai lantikan baharu terdiri daripada Pegawai Jurupulih Carakerja, Gred U9; Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Gred S5; serta Pembantu Pembangunan Masyarakat, Gred S1 yang akan ditempatkan di bahagian dan daerah berkaitan.

Sesi orientasi ini memberikan pendedahan awal berkaitan fungsi dan peranan jabatan, struktur organisasi, tatakelola serta skop tugas sebagai persediaan sebelum memulakan penempatan di bahagian masing-masing.

Selamat datang dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai lantikan baharu. Semoga dapat menjalankan amanah dengan penuh integriti, profesionalisme dan komitmen dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

๐‘ฑ๐‘ฒ๐‘ด๐‘ต ๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚: ๐‘บ๐’‚๐’๐’•๐’–๐’ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ช๐’†๐’Œ๐’‚๐’‘
๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚ ๐‘บ๐’‚๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘น๐’‚๐’Œ๐’š๐’‚๐’•

YB Datoโ€™ Sri Hajah Nancy Haji Shukri
YB Puan Lim Hui Ying ๆž—ๆ…ง่‹ฑ
Jabatan Kebajikan Masyarakat ,
Kerajaan Negeri Melaka
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka,
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Hajah Kalsom Noordin
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka








07/09/2026

๐—Ÿ๐—œ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” | KEPRIHATINAN AB RAUF BERMAKNA BUAT KELUARGA SHAHARI

๐Ÿ“ฐ Media: Melaka Hari Ini
๐Ÿ“… Tarikh: 7 September 2026

Kehadiran Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ke kediaman pesara tentera, Shahari Abu, 84, yang terlantar akibat angin ahmar, cukup memberi makna buat keluarganya.

Shahari telah menghidap angin ahmar hampir 20 tahun dan terlantar sejak kira-kira enam tahun lalu. Beliau turut berdepan masalah kesihatan lain dan menerima perhatian menerusi Program Ziarah Kasih Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat DUN Sungai Udang.

Dalam kunjungan tersebut, YAB Ketua Menteri turut meluangkan masa bertanya khabar keluarga serta menyampaikan sumbangan kit makanan kepada rakyat yang memerlukan.

๐‘ฑ๐‘ฒ๐‘ด๐‘ต ๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚: ๐‘บ๐’‚๐’๐’•๐’–๐’ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ช๐’†๐’Œ๐’‚๐’‘
๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚ ๐‘บ๐’‚๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘น๐’‚๐’Œ๐’š๐’‚๐’•

YB Dato' Sri Hajah Nancy Haji Shukri
YB Puan Lim Hui Ying ๆž—ๆ…ง่‹ฑ
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kerajaan Negeri Melaka
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Hajah Kalsom Noordin
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka








๐ŸŽ‰ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐ŸŽ‰Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahi...
04/09/2026

๐ŸŽ‰ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐ŸŽ‰

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada

๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐‚๐ก๐ž ๐Œ๐ฎ๐ซ๐š๐ ๐’๐š๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ข๐ง ๐‘๐š๐ฆ๐ฃ๐š๐ง
Ketua Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat

Semoga YBhg. Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, rahmat dan keberkatan oleh Allah SWT. Semoga terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan kebajikan demi kesejahteraan rakyat.

๐ŸŽ‚ Selamat menyambut ulang tahun kelahiran, YBhg. Datuk!
Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang dalam melaksanakan amanah.

๐‘บ๐’†๐’•๐’–๐’๐’–๐’” ๐’Š๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’” ๐’…๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚
๐’€๐‘ฉ๐’“๐’”. ๐‘ท๐’–๐’‚๐’ ๐‘ฏ๐’‚๐’‹๐’‚๐’‰ ๐‘ฏ๐’‚๐’๐’š๐’‹๐’‚๐’‰ ๐’ƒ๐’Š๐’๐’•๐’Š ๐‘ด๐’–๐’‰๐’‚๐’Ž๐’‚๐’…
๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘ฑ๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’ƒ๐’‚๐’‹๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’š๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’‚๐’• ๐‘ต๐’†๐’ˆ๐’†๐’“๐’Š ๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚
๐’”๐’†๐’“๐’•๐’‚ ๐’”๐’†๐’๐’–๐’“๐’–๐’‰ ๐’˜๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚ ๐’Œ๐’†๐’“๐’‹๐’‚ ๐‘ฑ๐‘ฒ๐‘ด ๐‘ต๐’†๐’ˆ๐’†๐’“๐’Š ๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚

๐‘ฑ๐‘ฒ๐‘ด๐‘ต ๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚: ๐‘บ๐’‚๐’๐’•๐’–๐’ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ช๐’†๐’Œ๐’‚๐’‘
๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚ ๐‘บ๐’‚๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘น๐’‚๐’Œ๐’š๐’‚๐’•

YB Datoโ€™ Sri Hajah Nancy Haji Shukri
YB Puan Lim Hui Ying ๆž—ๆ…ง่‹ฑ
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kerajaan Negeri Melaka
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Hajah Kalsom Noordin
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka








๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Œ๐„๐๐‰๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ31 ๐‘‚๐‘”๐‘œ๐‘  2026 | ๐ป๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘– ๐พ๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘ ๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘’-69๐Ÿ“๐ท๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘”, ๐‘€๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘˜๐‘ŽSemangat patriotism...
01/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Œ๐„๐๐‰๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 ๐‘‚๐‘”๐‘œ๐‘  2026 | ๐ป๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘– ๐พ๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘ ๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘’-69
๐Ÿ“๐ท๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘”, ๐‘€๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž

Semangat patriotisme terus terpancar apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka (JKMN Melaka) telah menyertai Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung semalam di Dataran Klebang, Melaka.

Kontinjen JKMN Melaka diketuai oleh Encik Muhammad Shah Ruhiel bin Husin, dengan kekuatan seramai 54 orang anggota yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JKMN Melaka, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) serta institusi kebajikan.

Penyertaan ini mencerminkan kebersamaan, kesetiaan dan kecintaan warga JKMN Melaka terhadap tanah air, di samping menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan warga kerja.

Lebih daripada sekadar sebuah perbarisan, penyertaan ini menjadi simbol komitmen warga kebajikan untuk terus berdiri bersama rakyat dan melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi.

Sebagai agensi yang sentiasa mendampingi masyarakat, JKMN Melaka akan terus komited dalam **menyantuni, melindungi dan memperkasa golongan yang memerlukan**, demi kesejahteraan rakyat.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐‘บ๐‘จ๐‘ป๐‘ผ ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฑ๐‘ฌ๐‘ต โ€ข ๐‘บ๐‘จ๐‘ป๐‘ผ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ด๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ป โ€ข ๐‘บ๐‘จ๐‘ป๐‘ผ ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ฏ

๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘บ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ! ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ! ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ!

๐‘ฑ๐‘ฒ๐‘ด๐‘ต ๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚: ๐‘บ๐’‚๐’๐’•๐’–๐’ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ช๐’†๐’Œ๐’‚๐’‘
๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚ ๐‘บ๐’‚๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘น๐’‚๐’Œ๐’š๐’‚๐’•

YB Datoโ€™ Sri Hajah Nancy Haji Shukri
YB Puan Lim Hui Ying
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kerajaan Negeri Melaka
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Kalsom Noordin
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka








๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‘๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69, marilah kita bersama-sa...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
๐Ÿ‘๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghargai nikmat keamanan dan keharmonian yang menjadi asas kekuatan negara.

Marilah kita terus menyemai rasa cinta akan tanah air, mempererat hubungan sesama masyarakat dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih sejahtera, inklusif dan prihatin.

Sebagai warga yang sentiasa mendukung aspirasi Malaysia MADANI, marilah kita terus melangkah bersama dengan semangat kebersamaan, saling menghormati dan menyantuni masyarakat demi kesejahteraan rakyat.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Ayuh kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat patriotisme dan terus suburkan rasa cinta kepada Malaysia!

๐‘บ๐’†๐’•๐’–๐’๐’–๐’” ๐’Š๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’” ๐’…๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚
๐’€๐‘ฉ๐’“๐’”. ๐‘ท๐’–๐’‚๐’ ๐‘ฏ๐’‚๐’‹๐’‚๐’‰ ๐‘ฏ๐’‚๐’๐’š๐’‹๐’‚๐’‰ ๐’ƒ๐’Š๐’๐’•๐’Š ๐‘ด๐’–๐’‰๐’‚๐’Ž๐’‚๐’…
๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘ฑ๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’ƒ๐’‚๐’‹๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’š๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’‚๐’• ๐‘ต๐’†๐’ˆ๐’†๐’“๐’Š ๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚
๐’”๐’†๐’“๐’•๐’‚ ๐’”๐’†๐’๐’–๐’“๐’–๐’‰ ๐’˜๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚ ๐’Œ๐’†๐’“๐’‹๐’‚ ๐‘ฑ๐‘ฒ๐‘ด ๐‘ต๐’†๐’ˆ๐’†๐’“๐’Š ๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚

๐‘ฑ๐‘ฒ๐‘ด๐‘ต ๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚: ๐‘บ๐’‚๐’๐’•๐’–๐’ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ช๐’†๐’Œ๐’‚๐’‘
๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚ ๐‘บ๐’‚๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘น๐’‚๐’Œ๐’š๐’‚๐’•

YB Datoโ€™ Sri Hajah Nancy Haji Shukri
YB Puan Lim Hui Ying ๆž—ๆ…ง่‹ฑ
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kerajaan Negeri Melaka
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Hajah Kalsom Noordin
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka

Address

Wisma Kebajikan, MITC
Malacca City
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+6062324716

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka:

Shortcuts

Share