Balai Polis Banda Hilir

Balai Polis Banda Hilir PDRM

SISTEM  E-REPORTING PDRMhttp://ereporting.rmp.gov.my/index.aspxSistem e-Reporting PDRM adalah satu perkhidmatan yang dis...
15/01/2024

SISTEM E-REPORTING PDRM

http://ereporting.rmp.gov.my/index.aspx

Sistem e-Reporting PDRM adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh PDRM untuk membolehkan orang awam untuk membuat laporan polis secara online, yang tidak melibatkan kes-kes jenayah atau/dan yang tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis.

Sistem e-Reporting ini adalah terhad kepada Warga Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dan hendaklah mendaftar dalam sistem ini serta boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang mempunyai capaian talian internet.

Jenis aduan e-Reporting:-
1. Hilang/Tercicir Kad Pengenalan.
2. HIlang/Tercicir Lesen Memandu.
3. Hilang/Tercicir Kad Kredit/ATM.
4. Hilang Telefon Bimbit.
5. Hilang Komputer Riba (Laptop).
6. Hilang Cukai Jalan.
7. Pembantu Rumah Lari - Tujuan permohonan pembatalan permit pembantu rumah sahaja.
8. Kehilangan, kerosakan peralatan atau dokumen akibat bencana alam.

Kemudahan ini disediakan khas untuk membuat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen atau barang-barang yang tidak berkait dengan kesalahan jenayah sahaja.

15/01/2024

TANGKAPAN KES PENAGIH DADAH OLEH TASK FORCE BALAI POLIS BANDA HILIR

Melaka Tengah, 12 Januari 2024 - Task Force Balai Polis Banda Hilir, IPD Melaka Tengah telah berjaya menahan dan menangkap (1) lelaki warga tempatan berumur 27 tahun yang mana sabjek terlibat dalam aktiviti penagihan dadah. Hasil ujian saringan awal air kencing dapati sabjek positif dadah jenis "METH”.

Sabjek telah disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 kerana memaksukkan dadah kedalam badan. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih rm5,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun.

Tangkapan ini merupakan salah satu usaha PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah ini.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang. Sebarang maklumat jenayah boleh disalurkan terus melalui FB Polis Melaka Tengah atau hubungi talian 06-284 1999.



Address

Balai Polis Banda Hilir
Malacca City
75000

Telephone

+6062845222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Banda Hilir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Polis Banda Hilir:

Share