DUN AYER KEROH -N16

DUN AYER KEROH -N16 PERIKATAN NASIONAL DUN AYER KEROH

01/01/2025
22/12/2024
21/12/2024
29/04/2024

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU) BAHAGIAN HANG TUAH JAYA BAGI TAHUN 2024 _______________________

‎Alhamdulillah sempena Hari Raya Aidilfitri, Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU) Bahagian Hang Tuah Jaya pimpinan Ketua Bahagian - Tuan Mohd Azrudin Md Idris telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri BERSATU Hang Tuah Jaya bagi tahun 2024 pada 28 April 2024 (Ahad) bersamaan 19 Syawal 1445H pada jam 2.00 petang hingga 6.00 petang bertempat di Perkarangan Pejabat BERSATU Bahagian Hang Tuah Jaya Melaka, Kota Fesyen MITC, Ayer Keroh, Melaka ;

Majlis Sambutan Aidilfitri ini telah dihadiri hampir 1,000 tetamu terdiri dari Kepimpinan Perikatan Nasional (BERSATU dan PAS) dari Melaka dan Negeri Sembilan serta Ahli-Ahli BERSATU, PAS, GERAKAN serta Penyokong Perikatan Nasional ;

Antara Kepimpinan Perikatan Nasional (BERSATU) yang hadir ialah Pengerusi Perikatan Nasional Melaka merangkap Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Melaka serta ADUN Bemban - YB Dr. Mohd Yadzil Yaakub, Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Sembilan merangkap Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Negeri Sembilan serta ADUN Labu - YB Tuan Muhammad Hanafiah Abu Baker Abu Baker bersama Setiausaha Perikatan Nasional Negeri Sembilan merangkap Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sembilan - Tuan Muhammad Noraffendy Mohd Salleh Salleh , Setiausaha Kerja Perikatan Nasional / BERSATU Negeri Melaka - Tuan Hasrul Hassan, ADUN Sungai Udang - Dr. Muhammaf Aleff Yusof Kazem Kazem serta Mantan ADUN Pengkalan Batu - YBhg. Datuk Norhizam Hassan Baktee ;

Manakala Kepimpinan BERSATU Melaka yang hadir terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian BERSATU Negeri Melaka ialah Tuan Zamzuri Arifin (Alor Gajah), Tuan Ramlan Meon (Tangga Batu), YBhg. Datuk Hishammuddin Abdul Karim (Kota Melaka) serta Kepimpinan BERSATU Bahagian-Bahagian Negeri Melaka ;

Turut hadir Kepimpinan PAS Melaka terdiri daripada Yang Dipertua PAS Kawasan Hang Tuah Jaya - Tuan Haji Muhamat Puhat, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka - Al-Fadhil Ustaz Sudin Nooh, Ketua Pemuda PAS Hang Tuah Jaya - Ustaz Muhammad Al Afiz Yahya, Jawatankuasa serta Ahli-ahli PAS Kawasan ;

Terima Kasih diucapkan kepada Pengarah Program yang juga Ahli Jawatankuasa Bahagian BERSATU Hang Tuah - Tuan Haji Jeffri Ibrahim serta Sekretariat Program terdiri daripada Jawatankuasa Bahagian, Jawatankuasa ARMADA / Srikandi serta Ahli-ahli BERSATU Bahagian Hang Tuah Jaya yang sudi membantu persiapan dan perjalanan majlis ini ;

Turut tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada para penyumbang Menu Majlis Sambutan Aidilfitri ini terdiri daripada Jawatankuasa Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan dan Ahli-Ahli BERSATU. Hanya Allah SWT sahaja dapat membalasnya ;

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Address

Malacca City
75450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DUN AYER KEROH -N16 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share