Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka, Malaysia

Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka, Malaysia Kolej Komuniti Bukit Beruang : institusi pengajian teknikal di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. VISI kami adalah : Menjadi peneraju TVET yang unggul.

Kolej Komuniti Bukit Beruang adalah Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang menawarkan Pengajian Sepenuh Masa & Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). MISI kami :
1. Memberikan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf.
2. Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat.
3. Melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
4. Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak yang berkepentingan.

Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka akan mengadakan kursus seperti di atas pada ketentuan berikut :Tarikh   : 20 Jun 202...
12/06/2026

Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka akan mengadakan kursus seperti di atas pada ketentuan berikut :

Tarikh : 20 Jun 2026 (Sabtu)
Pendaftran : 8.00 pagi
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Kolej Komuniti Bukit Beruang
Yuran Kursus : RM 250.00/ Seorang termasuk
(bahan kursus & sijil
penyertaan)

Jika berminat boleh menghubungi Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat di talian 06-2332806 /06-2332837 / 0126350746,

Tempat adalah terhad.

10 Jun 2026, Kursus Micro - Credential Stand Alone - Pengenalan Mesin Jahit bagi modul MCSAJP03K004M1 & MCSAJP03K00M2 (J...
11/06/2026

10 Jun 2026, Kursus Micro - Credential Stand Alone - Pengenalan Mesin Jahit bagi modul MCSAJP03K004M1 & MCSAJP03K00M2 (Jenis-jenis Mesin Jahit & Cara pengendalian Mesin Jahit Industri) bertempat di Kolej Komuniti Bukit Beruang

Kursus ini telah di hadiri seramai 15 pelajar perempuan dari Pusat Tahfiz Baitul Hamalatul Quran

Objektif utama program ini adalah memberi pengenalan alat dan bahan dalam pengendalian mesin jahit dan cara pengendalian mesin jahit industri mengikut kaedah yang betul.

Penceramah : Cik Shabana binti Mohamad Yusoff
Pembantu : Pn. Norhaslina binti Shariff

Untuk maklumat lanjut berkaitan kursus pendek yang di tawarkan sila tekan link telegram di bawah

https://t.me/kursuspendekKKBBM
Telegram (https://t.me/kursuspendekKKBBM)

Kursus Pendek KKBBM
Group ini adalah medium sebaran maklumat berkaitan kursus yang di jalankan di KKBBM.







๐Ÿ†๐Ÿฅˆ KKBBM GEGAR FIRA 2026, RAIH PINGAT PERAK DALAM SUMO WARRIOR 1KG ๐Ÿฅˆ๐Ÿ†Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) telah m...
11/06/2026

๐Ÿ†๐Ÿฅˆ KKBBM GEGAR FIRA 2026, RAIH PINGAT PERAK DALAM SUMO WARRIOR 1KG ๐Ÿฅˆ๐Ÿ†

Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) telah membuktikan kecemerlangannya apabila berjaya meraih Pingat Perak dalam kategori Sumo Warrior 1kg pada 19th Malaysia FIRA Roboworld Cup 2026 yang berlangsung di Politeknik Kota Bharu, Kelantan dari 6 hingga 11 Jun 2026.

Kejohanan robotik bertaraf kebangsaan ini menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari institusi pendidikan seluruh negara untuk bersaing dalam bidang robotik, automasi dan inovasi teknologi. Dalam pertandingan tersebut, pasukan KKBBM telah menyertai dua kategori iaitu Sumo Warrior 1kg dan Sumo Warrior 3kg.

๐Ÿ… Pencapaian Pasukan KKBBM
๐Ÿฅˆ Pingat Perak โ€“ Kategori Sumo Warrior 1kg
๐Ÿ† 8 Pasukan Terbaik โ€“ Kategori Sumo Warrior 3kg daripada 20 pasukan yang bertanding

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, komitmen dan semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam kalangan peserta serta barisan pengurusan pasukan. Pencapaian ini turut membuktikan bahawa pelajar TVET mampu bersaing secara kompetitif serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran teknikal di peringkat kebangsaan.

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Barisan Pengurusan dan Jurulatih
๐Ÿ”น En. Mohd Yuzi Bin Abdul Kadir โ€“ Pengurus Pasukan
๐Ÿ”น Tn. Hj. Norasid Bin Majid โ€“ Jurulatih 1
๐Ÿ”น En. Izhan Rezafy Bin Saat โ€“ Jurulatih 2

๐Ÿ”ง Pegawai Teknikal Pertandingan
๐Ÿ”น Ts. Muhammad Zamani Bin Ismail

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ’ป Peserta (Sijil Teknologi Elektrik Semester 1)
๐Ÿ”น Joshua Jayaraj a/l Thamil Murugan
๐Ÿ”น Muammar Bin Mohd Sofi
๐Ÿ”น Muhamad Fikri Zikrullah Bin Sulaiman
๐Ÿ”น Muhammad Imran Bin Mohd Zuki
๐Ÿ”น Muhammad Fakhrullah Bin Yaman

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada seluruh pasukan atas dedikasi, disiplin dan kesungguhan yang telah mengharumkan nama KKBBM di pentas robotik kebangsaan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kolej untuk terus melakar kecemerlangan, memperkasa budaya inovasi serta menyemarakkan minat dalam bidang sains, teknologi dan robotik.
"Melakar Inovasi, Menjana Kecemerlangan."







11/06/2026

Jom warga Melaka dan semua yang menyaksikan promo ini untuk hadir ke MITC Melaka pada 10-12 Julai 2026 untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena Karnival TVET Negeri Melaka

11.6.2026Berlangsung Taklimat DH dan Ceupacs bersama warga kerja Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka
11/06/2026

11.6.2026
Berlangsung Taklimat DH dan Ceupacs bersama warga kerja Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka

11/06/2026
๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒJOM sama-sama meriahkan Karnival TVET Negeri....
11/06/2026

๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

JOM sama-sama meriahkan Karnival TVET Negeri....

๐—ฃ๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—จ๐—๐—จ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—•๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฆ๐— ๐—ž ๐—ฆ๐—ง. ๐—™๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—ฆ10 Jun 2026 (Rabu) - Bertempat di Sekolah Menengah Ke...
10/06/2026

๐—ฃ๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—จ๐—๐—จ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—•๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฆ๐— ๐—ž ๐—ฆ๐—ง. ๐—™๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—ฆ

10 Jun 2026 (Rabu) - Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Francis Melaka Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka hadir pada Pameran Halatuju Kerjaya Bidang Kemahiran Peringkat SMK St. Francis.

Hadir sama pelajar Kolej Komuniti Kota Melaka yang memberikan perkhidmatan gunting rambut. Sekalung penghargaan kepada pihak sekolah dan Cikgu Jen atas jemputan dan memberi peluang kepada pihak Kolej berkongsi maklumat berkaitan KKBBM kepada para pelajar SMK St. Francis.







Address

No. 23, Jalan BBI 1, Taman Bukit Beruang Indah Bukit Beruang Melaka
Malacca City
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062332770

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka, Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share