KELAB SUKAN & KEBAJIKAN JBS Melaka

KELAB SUKAN & KEBAJIKAN JBS Melaka Official Fan Page for staff and anyone who are interested to follow and share current info & activities by KESUKE

Belasungkawa Program Kacau Bubur Lambuk Dan Iftar Ramadan JBSNM 1443H
18/04/2022

Belasungkawa Program Kacau Bubur Lambuk Dan Iftar Ramadan JBSNM 1443H

Selamat Menyambut Ulangtahun Ke-19 Bandaraya Melaka Bersejarah
14/04/2022

Selamat Menyambut Ulangtahun Ke-19 Bandaraya Melaka Bersejarah

Majlis Bacaan Surah Yaasin Dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Sdr. Mohd Aidil Mohamad Darus dari PBSD Jasin sempena Bula...
08/04/2022

Majlis Bacaan Surah Yaasin Dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Sdr. Mohd Aidil Mohamad Darus dari PBSD Jasin sempena Bulan Ramadan anjuran Kelab KESUKE JBS Melaka telah diadakan secara atas talian (Google Meet) pada 8 April 2022 (pagi Jumaat) bagi memohon kesejahteraan dan kesihatan yang baik buat semua warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan dipermudahkan urusan Puan Norazlin Sarun, Pegawai PBSD Melaka Tengah untuk melahirkan zuriat yang ke-6. Turut serta En. Khairul Adri Dato' Rosli, Penasihat KESUKE JBS Melaka. Semoga doa yang dimohon dimakbulkan oleh Allah SWT..Aaaminn..

Jawatankuasa KESUKE menzahirkan ucapan takziah kepada Cik Jalma binti Annas di atas pemergian ibu (mommy) tercinta iaitu...
08/04/2022

Jawatankuasa KESUKE menzahirkan ucapan takziah kepada Cik Jalma binti Annas di atas pemergian ibu (mommy) tercinta iaitu Puan Aminah Asali ke rahmatullah pd 8 April 2022 (Jumaat). Marilah kita sama-sama sedekahkan pahala bacaan Surah Al-Fatihah buat arwah, mudah-mudahan roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Al-Fatihah.

Didoakan semoga Cik Jalma sekeluarga sabar dan tabah menghadapi ujian berat ini. Di kesempatan ini juga pihak KESUKE mengucapkan selamat maju jaya kepada Cik Jalma yang baru seminggu bertukar ke Sabah setelah 14 tahun berkhidmat di JBS Negeri Melaka. Cik Jalma ni sangat rajin dan komited dgn kerja serta tugas yang diamanahkan. InshaAllah ke mana sahaja Cik Jalma ditempatkan pasti akan berjaya. Aaminn..

SESI KUNJUNG HORMAT KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN (KESUKE) JBS MELAKA KEPADA YBRS. PENGARAH JBS MELAKAAYER KEROH, 30 Mac 202...
31/03/2022

SESI KUNJUNG HORMAT KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN (KESUKE) JBS MELAKA KEPADA YBRS. PENGARAH JBS MELAKA

AYER KEROH, 30 Mac 2022 – Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUKE) JBS Melaka yang dipengerusikan oleh Encik Muhammad Abdul Hafidz Bin Mohd Amin, telah mengadakan kunjung hormat kepada YBrs. Encik Khairul Adri Bin Dato’ Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Sesi kunjung hormat ini diadakan bagi mengalu-alukan Tuan Pengarah ke JBS Melaka selaku Penasihat Kelab dan bersuai kenal bagi merapatkan ukhuwah silaturahim.
Antara perkara yang dibincangakan adalah perancangan Kelab untuk menambah dana bagi melaksanakan pelbagai aktiviti di samping menjaga kebajikan ahli. Tuan Pengarah juga mencadangkan beberapa perkara untuk diperhalusi dan dilaksanakan bagi memajukan lagi Kelab ini.
Turut hadir, Puan Norazlin Binti Sarun, Naib Pengerusi KESUKE, Encik Mohd Hazriq Bin Abu Zarin, Setiausaha KESUKE dan Puan Nurul Haida Binti Mohd Ghazali, Bendahari KESUKE. Sebagai tanda kenangan Pengerusi KESUKE menyampaikan sedikit cenderahati kepada Tuan Pengarah dan mengucapkan terima kasih di atas kesudian meluangkan masa untuk berjumpa dengan pihak Kelab. Semoga sokongan dan kerjasama baik Tuan Pengarah, Kelab KESUKE ini terus maju dan berjaya di masa akan datang.

13/03/2022

Perpisahan itu ada agar kita menghargai sebuah pertemuan.Ia mengajar kita untuk menghargai diri seseorang itu setelah dia tiada. Di dunia tiada yang kekal abadi selamanya.

Semoga BOSS Tuan Noorman Bin Ramlan akan sentiasa suksess dalam kerjaya disamping keluarga tercinta. Selamat jalan BOSS ku. Diri kamu akan sentiasa tersemat dalam hati kami.Bukan hanya ilmu sahaja diberikan, nasihat dan didikan yang dipupuk membentuk karektor diri kami yang terpancar hari ini.

“Walau pun jauh di mata tetap dekat di hati”

Ingatan tulus ikhlas dari;
KESUKE

Selamat menduduki peperiksaan SPM kepada anak-anak ahli Kelab Sukan dan Kebajikan KESUKE JBS Melaka. Semoga dipermudahka...
02/03/2022

Selamat menduduki peperiksaan SPM kepada anak-anak ahli Kelab Sukan dan Kebajikan KESUKE JBS Melaka. Semoga dipermudahkan segala urusan dan berjaya dengan cemerlang.

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada ahli kelab yang lahir pada Bulan Mac. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dim...
01/03/2022

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada ahli kelab yang lahir pada Bulan Mac. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.

Tulus Ikhlas daripada Ahli Jawatankuasa KESUKE Sesi 2022-2024.

Address

Malacca City
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KELAB SUKAN & KEBAJIKAN JBS Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KELAB SUKAN & KEBAJIKAN JBS Melaka:

Share