Kawalselia Padi Dan Beras Melaka

Kawalselia Padi Dan Beras Melaka Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

04/02/2026

I made this amazing video with CapCut. Open the link to try it out: capcut.com/tools/desktop-video-editor

PENGEDARAN BERAS PUTIH TEMPATAN DI SEKITAR NEGERI MELAKA.SEBARANG TAMBAHAN PENGEDARAN BERAS PUTIH TEMPATAN AKAN DIKEMASK...
06/03/2025

PENGEDARAN BERAS PUTIH TEMPATAN DI SEKITAR NEGERI MELAKA.
SEBARANG TAMBAHAN PENGEDARAN BERAS PUTIH TEMPATAN AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.
SEBARANG SALAH LAKU BOLEH DILAPORKAN DI TALIAN :
06-2332752 (Kawalselia Padi Dan Beras Melaka)

02/03/2025
14/02/2025

Mengapa harga lantai belian padi tidak diselaraskan kepada RM1,800/tan sepertimana yang dituntut oleh Pesawah?

Seperti yang saya sebut semalam di Dewan Rakyat, banyak kilang padi Bumiputera terpaksa gulung tikar kerana tidak mempunyai modal pusingan yang cukup untuk membeli padi pada harga yang tinggi seperti RM1,800/tan yang berlaku dalam beberapa musim yang lepas.

Sebagai Kementerian yang bertanggungjawab untuk memastikan kelangsungan hidup keseluruhan rantaian sektor padi dan beras negara, maka Kementerian perlu mengambil kira semua faktor sebelum membuat sebarang keputusan.

Antara penyebab yang menjadikan pesawah menuntut harga RM1,800 itu adalah kerana kenaikan kos bajak, pengangkutan dan upah yang berkaitan dengan penyelarasan semula subsidi diesel sejak Jun tahun lalu.

Kementerian amat memahami tuntutan ini dan sebab itulah semalam, saya juga mengumumkan bahawa KPKM sedang dalam peringkat akhir perbincangan dengan KPDN dan M*F untuk memastikan penyedia perkhidmatan pembajakan, pengangkutan dan peralatan lain yang menggunakan diesel akan mendapat subsidi diesel.

Perkara ini agak mengambil masa untuk dimuktamadkan kerana berpuluh ribu jentera, kenderaan dan peralatan yang digunakan dalam sektor ini tidak ada dokumentasi yang lengkap dan kebanyakan hanya digunakan pada waktu tertentu. Misalnya jentera penuaian hanya digunakan pada waktu menuai. Manakala pam air persendirian hanya digunakan pada waktu ingin memasukkan air di dalam bendang dan bukannya diguna sepanjang masa. Jumlah penggunaannya perlu dikaji dengan terperinci sebelum jenis dan jumlah bantuan dapat ditentukan. Apapun, saya amat yakin, jalan penyelesaian untuk mendapatkan subsidi diesel ini akan dapat dimuktamadkan.

Saya juga yakin apabila bantuan diesel ini telah diberikan kepada penyedia perkhidmatan, maka kos pembajakan dan yang lain-lain juga akan turun. Untuk memastikan penurunan ini berlaku, KPKM boleh mengetatkan peraturan dan penguatkuasaan.

Selain itu, penentuan harga lantai belian padi juga perlu mengambil kira pelbagai faktor lain seperti pergerakan harga beras dunia dan kos pemprosesan beras kerana harga jualan beras tempatan masih dikawal.

Kesemua harga-harga ini (harga lantai, harga pintu gudang dan harga beras) berkait antara satu sama lain dan perlu diselaraskan dengan cermat agar tidak mendatangkan kesan buruk pada masa hadapan. Misalnya, jika harga beras import turun ke peringkat terendah seperti RM2,000 per tan, apakah kesannya jika harga beras tempatan p**a pada kadar RM3,600 per tan? Kemungkinan boleh berlaku padi tempatan tidak dibeli pengilang dan pengguna pun tidak berminat. Pada waktu itu, pesawah tentu akan tersepit sekali lagi.

Akhir sekali saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Madani tidak akan sesekali mengabaikan pesawah di negara ini. Segala jenis subsidi masih terus diberi. Malah jumlah peruntukannya juga ditambah setiap tahun demi kesejahteraan pesawah. Apa yang penting adalah semua pihak perlu berpadu tenaga untuk membantu pesawah meningkatkan hasil (yield) bagi menambah pendapatan pesawah.

Justeru saya amat berharap agar hero pesawah kita akan terus mengerjakan sawah mereka dan tidak meninggalkannya kerana kita tidak mahu apa yang telah berlaku kepada penanaman sayur yang dulu dikatakan rugi, tapi sekarang dikuasai oleh pendatang dan kini mereka yang mengaut keuntungannya.

Salam Jumaat. Semoga semuanya dalam lindungan dan keredhaan Allah SWT.

14/02/2025
Sesi Libat Urus Kawalselia Padi Dan Beras Melaka , Pengarah MARDI Dan Wakil Pesawah.
02/10/2024

Sesi Libat Urus Kawalselia Padi Dan Beras Melaka , Pengarah MARDI Dan Wakil Pesawah.

Check out KPB Melaka’s video.

19/04/2024

Pemeriksaan Beras Putih Tempatan Negeri Melaka pada 18/04/2024

Address

LOT 100, Jalan UJONG PASIR, KAMPUNG ATAP
Malacca City
75050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062332752

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kawalselia Padi Dan Beras Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kawalselia Padi Dan Beras Melaka:

Share