Perbadanan Melaka - MCORP

Perbadanan Melaka - MCORP Perbadanan Melaka (MCORP)
(1)

14/09/2026

Berapa lama dah bersama MCORP? πŸ‘€

Ada yang baru beberapa tahun, ada yang dah lebih sedekad mencurahkan khidmat dan pengalaman.

Kali ni, kita tengok p**a versi β€œthrowback” warga kerja MCORP mengikut tempoh perkhidmatan masing-masing.

Walau berbeza tahun dan pengalaman, setiap warga kerja memainkan peranan dalam perjalanan dan perkembangan MCORP.




πŸ‡²πŸ‡Ύ NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN MELAKA MAJU JAYAWarga kerja Perbadanan Melaka (MCORP) meneruskan rutin mingguan dengan ber...
14/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN MELAKA MAJU JAYA

Warga kerja Perbadanan Melaka (MCORP) meneruskan rutin mingguan dengan bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya pada setiap hari Isnin, jam 10.00 pagi.

Pelaksanaan ini mencerminkan semangat patriotisme, kecintaan terhadap negara dan negeri serta memperkukuh nilai kebersamaan dalam kalangan warga kerja MCORP.

Semoga semangat yang diterapkan terus menjadi dorongan kepada seluruh warga kerja dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh komitmen, seiring usaha menyumbang kepada kemajuan Negeri Melaka.




MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH GREAT MERCHANT INLAND PORT (GMIP)11 September 2026 - Mesyuarat Lembaga Pengarah Great Merchan...
11/09/2026

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH GREAT MERCHANT INLAND PORT (GMIP)

11 September 2026 - Mesyuarat Lembaga Pengarah Great Merchant Inland Port (GMIP) telah berlangsung bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan serta hala tuju syarikat.

Mesyuarat ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan GMIP dapat diselaraskan dengan baik, selaras dengan objektif serta aspirasi yang telah ditetapkan.

Semoga segala perancangan yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan lancar dan terus memberi impak positif kepada pembangunan serta kemajuan Negeri Melaka.




MAJLIS AMANAT DAN PERJUMPAAN YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA BERSAMA KETUA JABATAN11 September 2026 - Majlis Amanat...
11/09/2026

MAJLIS AMANAT DAN PERJUMPAAN YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA BERSAMA KETUA JABATAN

11 September 2026 - Majlis Amanat dan Perjumpaan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bersama Ketua Jabatan telah berlangsung sebagai platform penyampaian amanat serta perkongsian hala tuju dalam memperkukuh pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan di Negeri Melaka.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Turut hadir sama, YBhg. Datuk Mohd Yusof bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka (MCORP).

Semoga amanat dan perkongsian yang disampaikan menjadi panduan dalam memperkukuh kerjasama, meningkatkan kecekapan serta memastikan agenda pembangunan Negeri Melaka terus dilaksanakan dengan berkesan.




JUMAAT BARAKAH | PELABURAN BUKAN SEKADAR KEUNTUNGANPelaburan yang berkualiti bukan sahaja merancakkan pertumbuhan ekonom...
11/09/2026

JUMAAT BARAKAH | PELABURAN BUKAN SEKADAR KEUNTUNGAN

Pelaburan yang berkualiti bukan sahaja merancakkan pertumbuhan ekonomi, malah membuka peluang pekerjaan, membangunkan bakat tempatan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

MCORP terus komited memudah cara pelaburan yang strategik dan mampan demi memacu kemajuan Negeri Melaka serta memberi manfaat kepada generasi kini dan akan datang.

Pelaburan hari ini, manfaat untuk masa hadapan.




10/09/2026

πŸ”— RANTAIAN HALAL BERMULA DARIPADA PEMBEKAL! 🌱

Tahukah anda? Pembekal memainkan peranan penting dalam memastikan jaminan halal kekal terpelihara sepanjang rantaian bekalan. 🀝

Pembekal yang bertanggungjawab perlu memastikan:
βœ… Bahan mentah adalah halal dan selamat
βœ… Mempunyai sijil halal yang sah bagi produk yang berkaitan
βœ… Mematuhi keperluan dan standard halal yang ditetapkan
βœ… Bekerjasama dengan pelanggan bagi memastikan kesinambungan jaminan halal

πŸ’‘ Ingat! Status halal bukan hanya bergantung kepada produk akhir, tetapi bermula daripada sumber bahan mentah dan setiap peringkat dalam rantaian bekalan.

🀝 Pembekal yang bertanggungjawab, jaminan halal yang lebih terjamin!

πŸ“Œ Ikuti Melaka Halal Hub untuk lebih banyak perkongsian berkaitan halal.

π’π„πŒπ€πŠ 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 πˆππƒπ„πŠπ’ ππ„ππ‚π„πŒπ€π‘ 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 (πˆππ”)Orang ramai, khususnya masyarakat di negeri Melaka, dinasihatkan supaya sentiasa...
10/09/2026

π’π„πŒπ€πŠ 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 πˆππƒπ„πŠπ’ ππ„ππ‚π„πŒπ€π‘ 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 (πˆππ”)

Orang ramai, khususnya masyarakat di negeri Melaka, dinasihatkan supaya sentiasa peka dan mendapatkan maklumat terkini mengenai bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di kawasan masing-masing.

πŸ“Œ Bacaan IPU semasa boleh disemak melalui Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) di laman rasmi Jabatan Alam Sekitar:

πŸ”— https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main

Sekiranya bacaan kualiti udara berada pada tahap tidak sihat, orang ramai dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti di luar, memakai pelitup muka yang bersesuaian dan sentiasa menjaga kesihatan.

Sentiasa peka. Semak maklumat terkini. Utamakan kesihatan.






MyEQMS is a public portal under the Environment Quality Monitoring Programme (EQMP)

MESYUARAT PRESTASI KEWANGAN KUMPULAN SYARIKAT MCORP10 September 2026 - Mesyuarat Prestasi Kewangan Kump**an Syarikat MCO...
10/09/2026

MESYUARAT PRESTASI KEWANGAN KUMPULAN SYARIKAT MCORP

10 September 2026 - Mesyuarat Prestasi Kewangan Kump**an Syarikat MCORP telah diadakan sebagai platform bagi menilai pencapaian dan kedudukan kewangan semasa setiap syarikat di bawah Kump**an MCORP.

Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pembentangan prestasi kewangan, pencapaian semasa serta perancangan strategik dalam usaha memperkukuh keupayaan dan prestasi setiap syarikat.

MCORP akan terus memperkukuh sinergi bersama Kump**an Syarikat dalam memacu pertumbuhan yang mampan, meningkatkan daya saing serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negeri Melaka.




Address

PERBADANAN MELAKA (MCORP), ARAS 4-11, MENARA MITC, Jalan KONVENSYEN, KOMPLEKS MITC,, MELAKA
Malacca City
75450

Opening Hours

Monday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Tuesday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 07:30 - 12:15
14:45 - 17:30

Telephone

+6062324433

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Melaka - MCORP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Melaka - MCORP:

Shortcuts

Share