22/10/2025
Surat Akuan (SD) ini jelas menunjukkan sokongan penuh kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, bukannya usaha untuk menjatuhkan beliau. *Kandungan SD tersebut menyatakan secara terang bahawa:*
1. SD menyokong keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU yang *memberi mandat* kepada *Tan Sri Muhyiddin* untuk menyusun *succession plan* (pelan peralihan kepimpinan) satu langkah strategik yang menunjukkan keyakinan terhadap kebijaksanaan dan kepimpinan beliau.
2. *Sokongan terhadap pelan peralihan* itu turut disertai penghargaan dan pengiktirafan terhadap jasa Tan Sri Muhyiddin, yang dianggap sebagai negarawan dan pemimpin berwawasan. SD menegaskan bahawa pelan tersebut *perlu dilaksanakan secara teratur* untuk menjamin kelangsungan parti, bukan untuk menggugat kedudukan Presiden.
3. Cadangan yang dikemukakan dalam SD ini bersifat strategik dan dalaman, bertujuan memperkukuh struktur kepimpinan agar *parti kekal stabil* serta memastikan *Tan Sri Muhyiddin* terus menjadi *figura utama* sama ada *sebagai Pengerusi atau Penasihat parti.*
4. *Tidak ada sebarang unsur atau niat menjatuhkan Presiden dalam kandungan SD tersebut.* Sebaliknya, ia menzahirkan kesetiaan dan keprihatinan terhadap kesinambungan legasi kepimpinan Tan Sri Muhyiddin agar BERSATU kekal kukuh dan berdaya saing menghadapi PRU akan datang.
*Oleh itu, dakwaan bahawa Datuk Wan Saiful mengumpul SD untuk menjatuhkan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah tidak berasas dan satu salah tafsir terhadap kandungan sebenar dokumen ini.*
Sebaliknya, SD ini adalah satu manifestasi sokongan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin, di samping menunjukkan hasrat untuk memastikan peralihan kepimpinan berlaku secara terancang, harmoni, dan terhormat selaras dengan nilai profesionalisme serta semangat setiakawan dalam parti.