Pejabat Pendaftar UTeM

Pejabat Pendaftar UTeM Menjadi Pusat Rujukan dan Kecemerlangan Tadbir Urus Sumber Manusia

10 & 11 JUN 2026Bengkel Pemantapan Dokumen KIK UTeM yang diadakan di Dewan Jamuan VIP 1, Dewan Canselor UTeM. Bengkel in...
12/06/2026

10 & 11 JUN 2026

Bengkel Pemantapan Dokumen KIK UTeM yang diadakan di Dewan Jamuan VIP 1, Dewan Canselor UTeM. Bengkel ini sebagai persediaan kepada dua (2) kumpulan KIK UTeM yang akan menyertai Konvensyen Horizon Baharu KIK Peringkat Universiti Awam Kali Ke-18 pada Ogos 2026.

Objektif utama bengkel bertujuan memantapkan dokumen projek KIK agar lebih tersusun, komprehensif dan menepati kriteria penilaian konvensyen. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan mutu persembahan dan kemahiran penyampaian peserta agar projek KIK dapat disampaikan secara menarik, jelas dan berkesan.

Penceramah jemputan ialah Encik Muhammad Sobbri bin Zulkfely, Ketua Bahagian, Bahagian Pengurusan ICT dan R&D, Majlis Perbandaran Manjung.

9 JUN 2026 | SELASAProgram Citra Akademia Eksklusif Melalui Kolabrasi Strategik Antara Majlis Profesor Universiti, Pejab...
10/06/2026

9 JUN 2026 | SELASA

Program Citra Akademia Eksklusif Melalui Kolabrasi Strategik Antara Majlis Profesor Universiti, Pejabat Pendaftar dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK)

PROGRAM CITRA AKADEMIA EKSKLUSIF: “CREATING HIGH-IMPACT RESEARCH PROPOSALS FOR EXTERNAL FUNDING USING AI WITH STANFORD TOP 2% SCIENTISTS WORLDWIDE” DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

Program ini dirangka untuk memperkukuh budaya penyelidikan, inovasi dan kecemerlangan akademik melalui penyebaran ilmu serta perkongsian pengalaman penyelidikan dalam kalangan warga universiti. Program berbentuk International Research Guest Lecture & Sharing Session ini turut menyediakan platform kepada staf akademik, penyelidik dan pelajar pascasiswazah untuk memperoleh pendedahan berkaitan perkembangan penyelidikan semasa, teknologi terkini serta trend akademik di peringkat antarabangsa, di samping menggalakkan jaringan kolaborasi dan perkongsian kepakaran antara institusi.

Program dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Pasca Siswazah, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan kerjasama Pejabat Pendaftar & Majlis Profesor UTeM.

10 Jun 2026Sambungan Bengkel MyPortfolio Pejabat Pendafar yg diadakan di Bilik Latihan 1, PPPKStaf terlibat:1. Staf BSM2...
10/06/2026

10 Jun 2026
Sambungan Bengkel MyPortfolio Pejabat Pendafar yg diadakan di Bilik Latihan 1, PPPK

Staf terlibat:
1. Staf BSM
2. Staf BPB
3. Staf Keselamatan

8 JUN 2026Bengkel MyPortfolio Pejabat Pendaftar yang diadakan dii Bilik Latihan 2 PPPKStaf terlibat:1. Staf BGPO2. Staf ...
08/06/2026

8 JUN 2026
Bengkel MyPortfolio Pejabat Pendaftar yang diadakan dii Bilik Latihan 2 PPPK

Staf terlibat:
1. Staf BGPO
2. Staf BPA

Pejabat Pendaftar mengucapkan Salam Aidiladha 1447H/2026M kepada seluruh warga Universiti. “Semoga setiap ibadah korban ...
25/05/2026

Pejabat Pendaftar mengucapkan Salam Aidiladha 1447H/2026M kepada seluruh warga Universiti.

“Semoga setiap ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab untuk kita mendekatkan diri kepada-Nya”

20 MEI 2026 | RABU | 10.00 PAGIWEBINAR BUAL BICARA AMALAN HIDUP SIHAT:DIABETES...MANIS HANYA DI MULUT
20/05/2026

20 MEI 2026 | RABU | 10.00 PAGI

WEBINAR BUAL BICARA AMALAN HIDUP SIHAT:

DIABETES...MANIS HANYA DI MULUT

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN UTeM Siri B 2026 | 20 & 21 Mei 2026
20/05/2026

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN UTeM

Siri B 2026 | 20 & 21 Mei 2026

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN UTeM Siri A 2026 | 13 & 14 Mei 2026
14/05/2026

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN UTeM

Siri A 2026 | 13 & 14 Mei 2026

11 Mei 2026 | IsninInnalillahiwainnailaihirojiun...Berita duka mengenai pemergian Allahyarham En. Azlan bin Suparman, su...
12/05/2026

11 Mei 2026 | Isnin

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Berita duka mengenai pemergian Allahyarham En. Azlan bin Suparman, suami kepada Pn. Nor Hafizah binti Hamyadi, Ketua Pembantu Tadbir, Bahagian Governan & Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar telah kembali ke rahmatullah.

YBrs. En. Masdzarif bin Mahat , Ketua Pegawai Operasi, Pejabat Pendaftar berkesempatan menziarahi dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Program: Siri 1/2026 Citra Akademia Tajuk: Cerita & Cabaran dalam Dunia Akademik: Kepimpinan Penyelidikan & PenyeliaanPe...
12/05/2026

Program: Siri 1/2026 Citra Akademia

Tajuk: Cerita & Cabaran dalam Dunia Akademik: Kepimpinan Penyelidikan & Penyeliaan

Penceramah:YBrs. Prof. Dr. Zahriladha bin Zakaria (Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi))

Tarikh: 6 Mei 2026 (Rabu)

Tempat: Dewan Auditorium FTKIP, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Program ini bertujuan melaksanakan inisiatif Mentor Menti yang melibatkan semua staf akademik dengan fokus kepada perkongsian pengalaman dan cabaran dalam penyelidikan serta penyeliaan pelajar. Staf perlu mengimbangi pengajaran, penyelidikan dan pentadbiran di samping menghadapi persaingan geran dan penerbitan. Walaupun pelbagai cabaran wujud, kepimpinan dalam penyelidikan dan penyeliaan kekal penting dalam melahirkan penyelidik berkualiti serta memperkukuh kecemerlangan akademik institusi.

Address

UTeM Kampus Induk, Durian Tunggal Melaka
Malacca City

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendaftar UTeM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share