Sekolah Henry Gurney Melaka

Sekolah Henry Gurney Melaka Dirasmikan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British pada
19 Julai 1950. Sekolah ini ditadbir mengikut model Sistem Borstal yang diamalkan di England.

SEKOLAH HENRY GURNEY TERIMA LAWATAN KONVOI BERMOTOSIKAL PENJARA BENTONGTelok Mas, Melaka – Sekolah Henry Gurney Telok Ma...
13/06/2026

SEKOLAH HENRY GURNEY TERIMA LAWATAN KONVOI BERMOTOSIKAL PENJARA BENTONG

Telok Mas, Melaka – Sekolah Henry Gurney Telok Mas telah menerima kunjungan istimewa daripada Konvoi Bermotosikal Penjara Bentong yang melibatkan seramai 26 orang anggota pada program lawatan yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Konvoi tersebut telah diketuai oleh PKK Azuwan Hafiz Bin Ahmad, Timbalan Pengarah Penjara Bentong. Ketibaan konvoi telah disambut oleh TPP Mohd Kamil Bin Ruslan, Ketua Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Penjara Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka sebelum para peserta dibawa melawat sekitar kawasan dan kemudahan yang terdapat di sekolah berkenaan.

Lawatan tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memberi peluang kepada anggota konvoi untuk melihat sendiri persekitaran dan perkembangan yang terdapat di Sekolah Henry Gurney Telok Mas.

Sepanjang lawatan, rombongan telah diberi penerangan mengenai fungsi serta peranan Sekolah Henry Gurney dalam usaha membentuk sahsiah dan menyediakan pendidikan kepada penghuni sekolah. Program berkenaan berlangsung dengan lancar dan diakhiri dengan sesi bergambar sebagai tanda kenangan serta simbolik hubungan erat antara kedua-dua institusi.

Dengan kehadiran Konvoi Bermotosikal Penjara Bentong ini diharapkan dapat terus memperkukuhkan jalinan kerjasama serta semangat kekitaan dalam kalangan warga Jabatan Penjara Malaysia.

MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL SUKAN MADANI  ANTARA KLUSTER PERINGKAT PROSPEK SEKOLAH HENRY GURNEY TELOK MAS MELAKATELOK MAS,...
10/06/2026

MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL SUKAN MADANI ANTARA KLUSTER PERINGKAT PROSPEK SEKOLAH HENRY GURNEY TELOK MAS MELAKA

TELOK MAS, 09 Jun 2026 – Majlis Penutupan Karnival Sukan Madani Antara Kluster Peringkat Prospek Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas, Melaka Tahun 2026 telah berlangsung dengan meriah melibatkan penyertaan daripada empat kluster iaitu Kluster Sukan, Kluster Akademik, Kluster Muzik dan Kluster TVET . Penganjuran karnival ini bertujuan memupuk semangat kesukanan, perpaduan serta gaya hidup sihat dalam kalangan prospek di samping mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang olahraga.

Majlis Perasmian Penutupan karnival telah disempurnakan oleh PKP Triyo Kurniawan Bin Kusmadi, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka yang diiringi oleh PP Muhamad Safuan Bin Zubir, Timbalan Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Dengan kehadiran Pengarah ini telah menyerlahkan komitmen pihak pengurusan dalam menyokong pembangunan sahsiah dan potensi prospek melalui aktiviti sukan yang sihat dan berdaya saing.

Sepanjang penganjuran karnival, pelbagai acara balapan dan padang telah dipertandingkan dengan semangat kesukanan yang tinggi. Objektif utama penganjuran adalah sebagai persediaan awal dalam menyediakan atlet-atlet berpotensi bagi pemilihan acara balapan dan padang ke peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) dan Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) Melaka. Program ini turut menjadi platform untuk mengenal pasti bakat serta meningkatkan tahap kecergasan fizikal dalam kalangan prospek.

Pada majlis tersebut, Kluster Sukan telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan setelah berjaya mengumpul mata tertinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Diharapkan penganjuran Karnival Sukan Madani ini akan terus menjadi medan pembangunan bakat dan kecemerlangan sukan dalam kalangan prospek serta melahirkan atlet yang mampu mengharumkan nama Sekolah Henry Gurney Telok Mas di peringkat yang lebih tinggi.

PROGRAM KESEDARAN DAN INTERVENSI KESIHATAN KAKITANGAN SEKOLAH HENRY GURNEY TELOK MAS MELAKA 2026 (KOSPEN WOW – WELLNESS ...
09/06/2026

PROGRAM KESEDARAN DAN INTERVENSI KESIHATAN KAKITANGAN SEKOLAH HENRY GURNEY TELOK MAS MELAKA 2026 (KOSPEN WOW – WELLNESS OF WORKERS)

Telok Mas, 8 Jun 2026 – Unit Klinik, Sekolah Henry Gurney Telok Mas telah menganjurkan Program Kesedaran dan Intervensi Kesihatan Kakitangan Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka 2026 (KOSPEN WOW – Wellness of Workers) bertempat di Dewan Seroja, Sekolah Henry Gurney Telok Mas. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan warga kerja serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Turut sama dalam program ini adalah PKP Triyo Kurniawan bin Kusmadi, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut termasuk saringan kesihatan yang melibatkan pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah, kolesterol serta pengiraan Indeks J***m Badan (BMI). Selain itu, turut diadakan saringan kesihatan mental dan saringan tuberkulosis (TB) bagi membantu pengesanan awal masalah kesihatan yang berpotensi dihadapi oleh kakitangan.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah dengan kehadiran Dr. Wong Yoong Cheng, Pegawai Perubatan UD14, yang telah memberikan konsultasi kesihatan kepada para kakitangan. Sesi konsultasi tersebut memberi peluang kepada warga kerja mendapatkan nasihat perubatan secara terus berkaitan tahap kesihatan masing-masing serta langkah-langkah pencegahan yang sesuai bagi mengekalkan kesejahteraan diri.

Penganjuran Program KOSPEN WOW ini diharapkan dapat melahirkan warga kerja yang lebih peka terhadap kesihatan fizikal dan mental, seterusnya mewujudkan persekitaran kerja yang sihat, produktif dan sejahtera selaras dengan usaha memperkasakan budaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam.

08/06/2026

Intercluster Sport peringkat prospek SHGTM tahun 2026
08 Jun 2026, Isnin (Pembukaan)
09 Jun 2026, Srlasa ( Penutupan)

LAWATAN KERJA UNIT INTEGRITI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) KE SEKOLAH HENRY GURNEY TELOK MAS MELAKA
04/06/2026

LAWATAN KERJA UNIT INTEGRITI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) KE SEKOLAH HENRY GURNEY TELOK MAS MELAKA

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA DAN PROGRAM IBADAH KORBAN BERKELOMPOK PERINGKAT SEKOLAH HENRY GURNEY TELOK MAS, MELAKA TAHU...
27/05/2026

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA DAN PROGRAM IBADAH KORBAN BERKELOMPOK PERINGKAT SEKOLAH HENRY GURNEY TELOK MAS, MELAKA TAHUN 2026| 1447H

27 Mei 2026| Rabu

Program Ibadah Korban bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah, malah menyuburkan semangat kerja berpasukan dan gotong royong dalam kalangan umat Islam. Sambutan ini dimulakan dengan Solat Sunat Aidiladha yang telah dijalankan di Surau Al Barakah yang telah diimamkan oleh Ustaz Jamaludin Bin Abdul Rashid, Pembantu Hal Ehwal Agama institusi ini. Sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka dengan kerjasama Surau Al-Barakah tidak ketinggalan dalam melaksanakan amalan bagi program tersebut. Sebanyak 01 ekor lembu korban berjaya ditumbang pagi ini bagi melaksanakan program ibadah tersebut. Program ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kerja SHG Telok Mas, Melaka. Turut hadir memeriahkan program adalah PKP Triyo Kurniawan bin kusmadi, Pengrah Sekolah Henry Gurney Telok Mas,Melaka. Program ini diakhiri dengan agihan daging korban kepada asnaf dan kakitangan SHG Telok Mas, Melaka serta jamuan tengahari.

26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H/2026M

26 Mei 2026, Selasa Program Ziarah Kebajikan kakak kepada SM Zulkefli bin Ishak,  telah meninggal dunia lebih kurang jam...
26/05/2026

26 Mei 2026, Selasa Program Ziarah Kebajikan kakak kepada SM Zulkefli bin Ishak, telah meninggal dunia lebih kurang jam 10.00 malam semalam 25 Mei 2026, Isnin dan akan dikebumikan selepas solat zohor di Kampung Paya Rumput, Melaka. Program dihadiri oleh SI Zainal Abidin, SM Zainudin, Sjn Uzairi, Wdr Mohamad Farid, Wdr Muhammad Danial dan Wdr Nur Izuan. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah,semoga roh arwahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.... amin.

PROGRAM PELEPASAN PROSPEK CUTI SEMENTARA IHSAN MADANI (KEPULANGAN YANG DINANTI) SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 202625 Mei 2...
26/05/2026

PROGRAM PELEPASAN PROSPEK CUTI SEMENTARA IHSAN MADANI (KEPULANGAN YANG DINANTI) SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2026

25 Mei 2026 | Isnin

Program Pelepasan Prospek Cuti Sementara Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 2026 telah diadakan di Sekolah Henry Gurney Telok Mas bagi memberi peluang kepada prospek yang layak untuk pulang bercuti dan bersama keluarga tercinta sempena sambutan Aidiladha.

Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh PKP Triyo Kurniawan Bin Kusmadi selaku Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas. Seramai 15 orang prospek telah menerima kelulusan daripada Komisioner Jeneral Penjara untuk mengikuti Program Pelepasan Penghuni Cuti Sementara Ihsan Madani.

Turut hadir dalam program tersebut ialah TPP Nurhaziera binti Amin Nordin, Ketua Bahagian Korektif SHGTM, Kip Muhammad Fakhrul Azrie Bin Muhamad Zubir, Pegawai Pejabat Pendaftar serta SM Haniza Binti Ismail yang telah memberikan penerangan berkaitan syarat-syarat serta peraturan Program Pelepasan Penghuni Cuti Sementara kepada prospek dan waris yang terlibat.

Program ini diharap dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, meningkatkan motivasi diri prospek serta memberi peluang kedua kepada mereka untuk kembali bermasyarakat dengan lebih positif selaras dengan aspirasi Ihsan Madani

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH PENJARA NEGERI PAHANG - 25 Mei 2026, Isnin bertempat Dewan Melati, Penjara Penor tela...
25/05/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH PENJARA NEGERI PAHANG - 25 Mei 2026, Isnin bertempat Dewan Melati, Penjara Penor telah diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Pahang. Pihak Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka telah menjemput Pasukan Pancaragam dan Bag Paip bagi majlis rasmi tersebut. Seramai 22 orang prospek Pasukan Pancaragam, Pasukan Pancaragam dan Pasukan Bag Paip Jabatan di pimpin di bawah Insp. Azza Afiq Affifi bin Azman, Pegawai Pasukan Pancaragam.

Address

Malacca City
75460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Henry Gurney Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share