𝐒𝐞𝐤𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤, 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮𝐚𝐧, 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐈𝐒 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 - 𝐏𝟑,𝐔𝐏𝐄𝐍

  • Home
  • Malaysia
  • Malacca City
  • 𝐒𝐞𝐤𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤, 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮𝐚𝐧, 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐈𝐒 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 - 𝐏𝟑,𝐔𝐏𝐄𝐍

𝐒𝐞𝐤𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤, 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮𝐚𝐧, 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐈𝐒 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 - 𝐏𝟑,𝐔𝐏𝐄𝐍 Laman rasmi Seksyen Pemantauan dan Penilaian (P5), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)

Pihak Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Konvensyen Penilaian Pembangunan Negeri Melaka Tahun 2024 yang diurusetia...
28/11/2024

Pihak Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Konvensyen Penilaian Pembangunan Negeri Melaka Tahun 2024 yang diurusetiakan oleh Seksyen Projek, Pemantauan, Pelaksanaan dan GIS Negeri Melaka (P3), Unit Perancang Ekonomi Negeri pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh: 03 Disember 2024 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Grand Ballroom, Level 3A, Swiss-Garden Hotel, Melaka
Perasmi: YB Dato' Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Konvensyen ini adalah satu inisiatif bagi memberi ruang kepada Jabatan dan Agensi untuk mengenengahkan projek/ program yang telah dilaksanakan yang cemerlang dari aspek pengurusan, reka bentuk dan pembinaan projek serta mencapai outcome yang disasarkan ke arah peningkatan kualiti perkhidmatan.

Konvensyen ini juga merupakan satu fasa penilaian akhir bagi 20 calon finalis bagi merebut gelaran juara di Majlis Anugerah Pembangunan Negeri Melaka yang bakal diadakan pada tahun hadapan.

Pihak Kerajaan Negeri Melaka ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Jabatan dan Agensi yang telah terpilih untuk ke pembentangan akhir ini.






YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat
Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐉𝐀𝐌𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐓𝐁 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐈𝐓 𝐀𝐀𝟏, 𝐌𝐄𝐑𝐋𝐈𝐌𝐀𝐔 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐒𝐈𝐍, 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀...
20/08/2024

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐉𝐀𝐌𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐓𝐁 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐈𝐓 𝐀𝐀𝟏, 𝐌𝐄𝐑𝐋𝐈𝐌𝐀𝐔 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐒𝐈𝐍, 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

𝟐𝟎 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚) - Seksyen P3, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah mengadakan lawatan projek ke Kerja-kerja Membina Jambatan MTB di Parit AA1, Merlimau serta kerja berkaitan di Daerah Jasin, Melaka bagi mendapatkan status semasa bagi pelaksanaan projek tersebut.

Sesi lawatan tapak ini telah diketuai oleh Puan Nor Azlina binti Kamis, Juruukur Bahan; Puan Norita binti Sulaiman, Penolong Jurutera serta wakil dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Melaka.

Diharapkan agar setiap Jabatan/ Agensi bersiap sedia untuk melaksanakan projek berdasarkan input-input yang dibincangkan semasa di tapak dan seterusnya memastikan projek dapat berjalan dengan lancar mengikut perancangan serta dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Melaka pada masa akan datang.







Kerajaan Negeri Melaka
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat
Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊-𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐑𝐉𝐀𝐌𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐑...
19/08/2024

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊-𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐑𝐉𝐀𝐌𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐑𝐉𝐀𝐌𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 (𝐊𝐏𝐊𝐌) 𝐁𝐈𝐋. 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒

𝟏𝟔 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭) - Seksyen P3, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) selaku seksyen pemantauan telah mengadakan Mesyuarat Pemantauan Projek-projek di bawah Program Keterjaminan Makanan bagi Peruntukan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Bil. 1/2024 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Ali.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) serta dihadiri oleh pegawai dari Seksyen P2 dan Seksyen P3, UPEN, wakil dari Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka, Jabatan Pertanian Negeri Melaka, Jabatan Perikanan Negeri Melaka, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Melaka dan Perbadanan Melaka (MCORP).

Kerajaan Negeri Melaka menerusi Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka telah menerima peruntukan dari pihak KPKM sebanyak RM21.3 juta bagi melaksanakan projek-projek di bawah Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan Tahun 2024: Mengoptimumkan Penggunaan Tanah Terbiar mengikut pecahan peruntukan kepada setiap Jabatan/ Agensi yang terlibat seperti berikut:-

𝐑𝐌𝟕.𝟓 𝐣𝐮𝐭𝐚 - 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐭𝐚𝐫𝐚𝐟 𝐊𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐔𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚;
𝐑𝐌𝟕 𝐣𝐮𝐭𝐚 - 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐒𝐞𝐤𝐮𝐫𝐢𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚;
𝐑𝐌𝟐.𝟓 𝐣𝐮𝐭𝐚 - 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐛𝐚𝐢 𝐀𝐠𝐫𝐨𝐭𝐨𝐮𝐫𝐢𝐬𝐦 𝐏𝐚𝐫𝐤 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐫𝐮𝐬𝐚;
𝐑𝐌𝟏.𝟓 𝐣𝐮𝐭𝐚 - 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐈𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐫 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝐅𝐨𝐨𝐝 𝐅𝐚𝐫𝐦 𝐁𝐫𝐢𝐬𝐮;
𝐑𝐌𝟐.𝟓 𝐣𝐮𝐭𝐚 - 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐭𝐚𝐫𝐚𝐟 𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧, 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐍𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐃𝐨𝐝𝐨𝐥 𝐝𝐢 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐮𝐭 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚; 𝐝𝐚𝐧
𝐑𝐌𝟑𝟎𝟎 𝐑𝐢𝐛𝐮 - 𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐍𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐣𝐚𝐦 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐍𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐧.

Diharapkan agar dengan pelaksanaan projek-projek di bawah inisiatif program KPKM ini dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Melaka pada masa akan datang.







Kerajaan Negeri Melaka
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat
Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐌𝐊) 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐀...
19/08/2024

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐌𝐊) 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐎𝐑 𝐆𝐀𝐉𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

𝟏𝟓 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬) - Seksyen P3, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah mengadakan lawatan tapak ke beberapa projek pembangunan di bawah Peruntukan Pembangunan Negeri Tahun 2024 (RMK) dan Projek di bawah Tabung Amanah Negeri Melaka Tahun 2024 di dalam Daerah Alor Gajah, Melaka bagi mendapatkan status semasa bagi pelaksanaan projek tersebut.

Antara projek-projek yang dilawati adalah seperti berikut:-

- 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚-𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐭𝐚𝐫𝐚𝐟 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐞𝐛𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐆𝐚𝐝𝐢𝐧𝐠-𝐊𝐞𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐚𝐣𝐚𝐤 (𝐌𝟎𝟐), 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐨𝐫 𝐆𝐚𝐣𝐚𝐡, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚;
- 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚-𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐒𝐚𝐭𝐮 (𝟏) 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐉𝐞𝐭𝐢 𝐍𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐭𝐮 (𝟏) 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐁𝐚𝐥𝐚𝐢 𝐍𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚-𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐛𝐢𝐧𝐠 𝐔𝐫𝐮𝐭, 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚; 𝐝𝐚𝐧
- 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚-𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐬𝐭𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐛𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐋𝐨𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐥𝐚𝐢𝐧-𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐨𝐫 𝐆𝐚𝐣𝐚𝐡, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚.

Sesi lawatan tapak ini telah diketuai oleh Puan Izzatul Amirah binti Amiruddin, Penolong Setiausaha Kerajaan (Seksyen P3), Puan Nor Azlina binti Kamis, Juruukur Bahan serta wakil dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Alor Gajah dan wakil dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Melaka.

Diharapkan agar setiap Jabatan/ Agensi bersiap sedia untuk melaksanakan projek berdasarkan input-input yang dibincangkan semasa di tapak dan seterusnya memastikan projek dapat berjalan dengan lancar mengikut perancangan serta dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Melaka pada masa akan datang.







Kerajaan Negeri Melaka
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat
Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐌𝐊)𝟏𝟒 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐚𝐛𝐮) - Seksyen...
19/08/2024

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐌𝐊)

𝟏𝟒 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐚𝐛𝐮) - Seksyen P3, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah mengadakan lawatan projek ke Kerja-kerja Menaiktaraf Tapak Semaian Selandar, Daerah Alor Gajah, Melaka bagi mendapatkan status semasa bagi pelaksanaan projek tersebut.

Sesi lawatan tapak ini telah diketuai oleh Puan Maznah binti Mahat, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Seksyen P3) serta dihadiri oleh wakil dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Alor Gajah dan wakil dari Jabatan Perhutanan Negeri Melaka.

Diharapkan agar setiap Jabatan/ Agensi bersiap sedia untuk melaksanakan projek berdasarkan input-input yang dibincangkan semasa di tapak dan seterusnya memastikan projek dapat berjalan dengan lancar mengikut perancangan serta dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Melaka pada masa akan datang.







Kerajaan Negeri Melaka
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat
Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐈𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐂𝐇𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐇, 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐒𝐈𝐍, 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀𝟏𝟑 𝐎𝐠𝐨𝐬 ...
19/08/2024

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐈𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐂𝐇𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐇, 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐒𝐈𝐍, 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

𝟏𝟑 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚) - Seksyen P3, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah dijemput ke Majlis Penyerahan Projek Membina dan Menyiapkan Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Chenderah, Daerah Jasin, Melaka.

Majlis penyerahan projek telah disempurnakan oleh YB Tuan Zahari Abd Kalil, Timbalan EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan serta turut dihadiri oleh YB Datuk Rahmad Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama dan YB Datuk Khaidiriah binti Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap ADUN Rim.

Projek tersebut berjaya dilaksanakan dengan sempurna oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka dengan nilai kos adalah sebanyak RM13,454,899.94 dimana projek telah dimulakan pada tahun 2021 dan siap sepenuhnya pada tahun 2024.

Semoga dengan pembinaan sekolah ini akan dapat memberi keselesaan kepada para guru dan para pelajar dalam mencurahkan ilmu serta menuntut ilmu.







Ab Rauf Yusoh
Kerajaan Negeri Melaka
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat
Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊-𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐌𝐊) 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑...
19/08/2024

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊-𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐌𝐊) 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

𝟏𝟑 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚) - Seksyen P3, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah mengadakan lawatan tapak ke beberapa projek pembangunan di bawah Peruntukan Pembangunan Negeri Tahun 2024 (RMK) dan Program Pemuliharaan dan Pemeliharaan Tapak Warisan Dunia Melaka Tahun 2024 di dalam Daerah Melaka Tengah, Melaka bagi mendapatkan status semasa bagi pelaksanaan projek tersebut.

Antara projek-projek yang dilawati adalah seperti berikut:-

- 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐭𝐚𝐫𝐚𝐟 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐦𝐩𝐮 𝐈𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐑&𝐑 𝐊𝐥𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥, 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚-𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐔𝐝𝐚𝐧𝐠
- 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐭𝐚𝐫𝐚𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐠. 𝐓𝐮𝐧 𝐑𝐚𝐳𝐚𝐤 𝐤𝐞 𝐓𝐞𝐡𝐞𝐥 (𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐒𝐊 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐓𝐮𝐧 𝐑𝐚𝐳𝐚𝐤), 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚; 𝐝𝐚𝐧
- 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚-𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐮𝐦𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐁𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐋𝐚𝐫𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐨𝐭𝐨𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧-𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧 𝟏𝟐 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐏𝐚𝐯𝐢𝐥𝐢𝐨𝐧 𝐊𝐫𝐚𝐟𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐳𝐢𝐮𝐦 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐤𝐬𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚, 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐇𝐢𝐥𝐢𝐫, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚.

Sesi lawatan tapak ini telah diketuai oleh Puan Maznah binti Mahat, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Seksyen P3), wakil dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Melaka Tengah dan wakil dari Perbadanan Melaka (MCORP).

Diharapkan agar setiap Jabatan/ Agensi bersiap sedia untuk melaksanakan projek berdasarkan input-input yang dibincangkan semasa di tapak dan seterusnya memastikan projek dapat berjalan dengan lancar mengikut perancangan serta dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Melaka pada masa akan datang.







Kerajaan Negeri Melaka
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat
Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka

08/08/2024
06/08/2024
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝟐𝟒 - 𝟐𝟔 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 - Bengkel Pengurusan Amalan...
28/05/2024

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

𝟐𝟒 - 𝟐𝟔 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 - Bengkel Pengurusan Amalan Projek Terbaik Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 telah dianjurkan oleh Seksyen Projek, Pelaksanaan, Pemantauan dan GIS Negeri Melaka (P3), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) pada 24 hingga 26 Mei 2024 bertempat di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru.

Penganjuran bengkel ini melibatkan sejumlah 27 Jabatan/ Agensi Kerajaan Negeri Melaka yang merangkumi 36 orang peserta. Bengkel ini bertujuan sebagai pendedahan kepada para peserta bagi amalan projek terbaik (best practices) dalam pelaksanaan program/ projek pembangunan negeri. Pihak Seksyen P3, UPEN juga telah menjemput beberapa penceramah dari Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga (CASKT) dan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur dan Bahagian Pendaftaran Kontraktor & Personel Binaan, Ibu Pejabat CIDB Malaysia bagi menyampaikan taklimat yang bermanfaat kepada para peserta bengkel.

Seterusnya pada hari terakhir sesi bengkel, sebuah lawatan kerja ke Projek RTS Link JB-Singapura telah diadakan yang diketuai oleh YBrs. Puan Wan Rafidah binti Awg Isa, Setiausaha Bahagian UPEN. Delegasi Kerajaan Negeri Melaka telah disambut mesra oleh barisan pegawai MRT Corp yang diketuai oleh Encik Redzelan Mohamad, Director of Authority, Liaison & Stakeholders, RTS Link JB-SG dengan kerjasama oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) yang diketuai oleh Encik Mohamad Nafis bin Abdul Razak, Penolong Setiausaha Kanan, Sektor Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, BPENJ. Pihak MRT Corp telah memberikan taklimat ringkas berkaitan projek tersebut.

Diharapkan setiap usaha yang diberikan ini dapat meningkatkan semangat dalam memajukan lagi negeri tercinta. Buat semua jabatan dan agensi, jom sertai pertandingan Anugerah Pengurusan Amalan Projek Terbaik Tahun 2024 dengan melengkapkan dan menghantar borang penyertaan sebelum atau pada 31 Mei 2024 (Jumaat) kepada pihak urus setia. Semoga usahasama ini akan menjadi pembakar semangat kepada semua jabatan dan agensi untuk terus memajukan Negeri Melaka yang tercinta.










Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka
MRT Corp

Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YBhg Datuk Md Azhan Bin Samat

20/05/2024

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

Sukacita dimaklumkan bahawa, Kerajaan Negeri Melaka melalui Seksyen Projek, Pemantauan, Pelaksanaan dan GIS (P3), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Ketua Menteri Melaka bakal mengadakan Majlis Anugerah Pembangunan Negeri Melaka pada Tahun 2025.

Tujuan Anugerah Pengurusan Amalan Projek Terbaik adalah bagi memangkin prestasi Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Melaka yang telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan fizikal dan bukan fizikal demi memastikan Negeri Melaka membangun mengikut keperluan semasa.

Sehubungan dengan itu, pentadbiran ini mengalu-alukan semua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Melaka untuk menyertai Anugerah Pengurusan Amalan Projek Terbaik Tahun 2024 dengan melengkapkan dan menghantar borang permohonan yang telah diedarkan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mei 2024 (Jumaat).
Semua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Melaka adalah dimohon untuk menghantar sebanyak enam (6) salinan hard copy projek/ program yang dicalonkan dalam bentuk satu (1) hard bound cover dan lima (5) comb binding di Pejabat Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri Melaka, No. 6, Bukit Peringgit, 75400 Peringgit, Melaka.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pihak YBhg. Datuk/ YBhg. Datin/ Tuan/ Puan boleh menghubungi pihak urus setia iaitu Pn. Izzatul Amirah binti Amiruddin di talian 06-281 5439 atau Cik Nur Ladyiana binti Raman di talian 06-281 4978.

Sekian, terima kasih.

Address

No. 6, Bukit Peringgit
Malacca City

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062815439

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 𝐒𝐞𝐤𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤, 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮𝐚𝐧, 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐈𝐒 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 - 𝐏𝟑,𝐔𝐏𝐄𝐍 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to 𝐒𝐞𝐤𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤, 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮𝐚𝐧, 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐈𝐒 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 - 𝐏𝟑,𝐔𝐏𝐄𝐍:

Share