Skuadron Semboyan Briged Kesepuluh Infantri Para

Skuadron Semboyan Briged Kesepuluh Infantri Para Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Skuadron Semboyan Briged Kesepuluh Infantri Para, Government Organization, Skuadron Semboyan Briged Kesepuluh Infantri (Para), Kem Terendak, Malacca City.
(1)

PENUTUP KURSUS ASAS COMBAT NET RADIO (DEC) PERINGKAT 10 BRIGED (PARA) SIRI 1/2026MELAKA, 10 April 2026 - Seramai 33 angg...
13/04/2026

PENUTUP KURSUS ASAS COMBAT NET RADIO (DEC) PERINGKAT 10 BRIGED (PARA) SIRI 1/2026

MELAKA, 10 April 2026 - Seramai 33 anggota terdiri daripada pasukan-pasukan di bawah naungan 10 Bgd (Para) serta 2 anggota HANDAU TUDM telah berjaya menamatkan kursus yang telah dilaksanakan bermula 30 Mac hingga 12 April 2026. Upacara penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Kol Syed Suhairi bin Syed Hussin, KS Am MK 10 Bgd (Para) bertempat di Bilik Kuliah 10 SSB (Para).

Kursus yang dilaksanakan selama 2 minggu ini dilaksanakan bagi membolehkan anggota-anggota memahami dan menguasai aspek asas sebagai seorang jururadio pasukan melibatkan kemahiran menggunakan prosedur suara, Keselamatan Komunikasi (KESKOM), pengendalian radio CNR dan senggaraan asas peralatan radio.

Kursus yang berasaskan Rancangan Pengurusan Latihan (RPL) khusus yang diiktiraf Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MPLDTD) ini telah dilaksanakan di bawah penilaian terus Bahagian Peperiksaan dan Kurikulum IKED.

Kpl U Muhamad Uzair bin Zulkornain daripada Skn 213 HANDAU, PU Kuantan telah dianugerahkan sebagai Penuntut Akademik Terbaik, manakala Kpl Syakirin bin Ab Aziz dari Komp PANDURA (Para) telah dianugerahkan sebagai Penuntut Terbaik Keseluruhan.

Dalam ucapan perasmian penutup kursus, KS Am MK 10 Bgd (Para) telah menegaskan kepentingan semua warga untuk menguasai ilmu, berlatih dan bersedia untuk diaturgerakkan pada sebilang masa. Selain itu, kelangsungan hidup dan relevansi formasi ini harus dibuktikan dengan anggota-anggotanya yang terlatih, peka terhadap persekitaran serta sentiasa berusaha untuk memastikan keupayaan untuk mengekalkan operasi dijamin termasuk aspek komunikasi yang amatlah penting.

Upacara penutup kursus ini diakhiri dengan sesi bergambar di Padang Kawad 10 SSB (Para).

PEMERIKSAAN AUDIT LUARAN MASt PENGURUSAN KELUAR MASUK KEM SIRI 2/2026Melaka, 7 April 2026 - Bahagian Inspektorat Tentera...
07/04/2026

PEMERIKSAAN AUDIT LUARAN MASt PENGURUSAN KELUAR MASUK KEM SIRI 2/2026

Melaka, 7 April 2026 - Bahagian Inspektorat Tentera Darat (BITD) telah melaksanakan Audit Luaran MASt Pengurusan Keluar Masuk Kem Siri 2/2026 kepada pasukan 10 SSB (Para) bagi memeriksa peraturan, dasar, polisi, direktif dan arahan-arahan semasa pengurusan TD dipatuhi seperti yang disenaraikan di dalam Manual Kualiti MASt.

Sesi audit ini telah dimulakan dengan Opening Conference dan taklimat ringkas daripada pasukan yang disampaikan oleh Mej Ahmad Hayatta bin Razali selaku Pegawai MASt pasukan. Turut dilaksanakan pemeriksaan dokumentasi dan fizikal di Balai Pengawal pasukan bagi memastikan pengurusan keluar masuk kem diuruskan mengikut prosedur serta mengikut piawaian.

Pemeriksaan diakhiri dengan Exit Conference iaitu pembentangan maklumbalas segala penemuan oleh Tim BITD kepada pasukan. Maklumbalas ini amat penting kepada pasukan bagi memastikan kualiti MASt Pengurusan Keluar Masuk Kem pasukan mampu ditambahbaik seterusnya dikekalkan.

PEMERIKSAAN PAKAR SEMBOYAN PASUKAN 10 SSB (PARA) BAGI KITARAN TAHUN 2025-2026Melaka, 13 Mac 2026 - Tim Pemeriksaan Pakar...
13/03/2026

PEMERIKSAAN PAKAR SEMBOYAN PASUKAN 10 SSB (PARA) BAGI KITARAN TAHUN 2025-2026

Melaka, 13 Mac 2026 - Tim Pemeriksaan Pakar Semboyan (PPS) dari Jab RSD telah melaksanakan Pemeriksaan Pakar Semboyan bagi pasukan 10 SSB (Para) mulai 10 hingga 13 Mac 26 yang terdiri daripada 1 Pegawai dan 5 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej (PTT) Mohd Haridzan bin Lup Rapayi.

Objektif pemeriksaan yang dilaksanakan bagi kitaran 24 bulan ini adalah untuk membantu pasukan mempertingkatkan mutu dan kualiti pengurusan stor dan peralatan komunikasi semboyan di pasukan.

Melalui pemeriksaan yang telah dilaksanakan, pasukan dapat mengetahui tahap kesiagaan semasa terhadap peralatan semboyan serta mengenalpasti beberapa kelemahan untuk penambahbaikan.

Exit Conference telah dilaksanakan pada hari terakhir pemeriksaan oleh Ketua Tim Pemeriksa kepada Ketua Skuadron 10 SSB (Para) berkenaan hasil pemeriksaan yang meliputi kriteria Pengurusan Stor Radio, Pengurusan Teknikal dan Pengurusan Aset. Sesi ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Ketua Skuadron kepada Tim Pemeriksa.

Sumber: 10 SSB (Para)

PERBARISAN KETUA SKUADRON SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRIMelaka, 13 Mac 2026 - Seramai 3 pegawai dan 64 anggota La...
13/03/2026

PERBARISAN KETUA SKUADRON SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI

Melaka, 13 Mac 2026 - Seramai 3 pegawai dan 64 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam perbarisan yang telah diadakan di Padang Kawad Pasukan. Perbarisan yang diketuai oleh Kapt Syafiq bin Smail Kassim, Ketua Seksyen Komunikasi 10 SSB (Para) ini diadakan untuk penyampaian amanat, peringatan dan pesanan oleh Ketua Skuadron kepada semua warga pasukan sempena perayaan yang bakal tiba.

Dalam ucapan Ketua Skuadron, beliau mengingatkan kepada semua warga pasukan agar sentiasa mengamalkan prosedur keselamatan dan merancang perjalanan yang jauh. Beliau juga menasihati untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga, menjaga disiplin dan tingkah laku semasa bercuti.

Turut dilaksanakan adalah pemakaian pangkat kepada anggota 10 SSB (Para) iaitu 1184630 Kpl Nadzrul Hakimi bin Abdul Aziz yang dinaikkan ke pangkat Pemangku Sarjan.

Bagi memastikan keselamatan warga pasukan di tahap yang terbaik, Ketua Skuadron turut berkesempatan untuk melaksanakan pemeriksaan kenderaan anggota pasukan yang diadakan di hadapan Garaj Kenderaan.

Sumber: 10 SSB (Para)

MAJLIS PEMBUKAAN AKTIVITI BAKAT 10 SSB (PARA)Melaka, 11 Mac 2026 - Majlis Pembukaan Aktiviti BAKAT 10 SSB (Para) Tahun 2...
11/03/2026

MAJLIS PEMBUKAAN AKTIVITI BAKAT 10 SSB (PARA)

Melaka, 11 Mac 2026 - Majlis Pembukaan Aktiviti BAKAT 10 SSB (Para) Tahun 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di garaj pasukan 10 SSB (Para). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi BAKAT 10 SSB (Para), Puan Nur Raihan binti Zainal Abidin. Majlis diadakan berkonsepkan memasak kuih pilihan bersama ahli-ahli BAKAT pasukan yang hadir.

Pengerusi BAKAT pasukan merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dan berharap penglibatan yang optimum dalam menyokong aktiviti BAKAT Tahun 2026. Dalam majlis yang sama turut dilaksanakan agihan hasil masakan kuih pilihan kepada semua ahli BAKAT yang hadir. Majlis diakhiri dengan acara bergambar.

Sumber: 10 SSB (Para)

IFTAR BERSAMA, KEAKRABAN TERCIPTAMelaka, 9 Mac 2026 – Seramai 4 Pegawai dan 56 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah men...
09/03/2026

IFTAR BERSAMA, KEAKRABAN TERCIPTA

Melaka, 9 Mac 2026 – Seramai 4 Pegawai dan 56 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah menghadiri Majlis Iftar bersama Ketua Skuadron 10 SSB (Para) yang diadakan dengan penuh kesederhanaan di Gelanggang Bola Tampar pasukan.

Majlis ini dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekitaan serta memperkukuhkan kesepaduan dalam kalangan warga pasukan. Majlis dimulakan dengan berbuka puasa bersama seluruh warga 10 SSB (Para) dan disusuli dengan Solat Maghrib secara berjemaah.

Mengakhiri majlis tersebut, dalam ucapannya Ketua Skuadron mengambil kesempatan dengan menyampaikan beberapa pesanan berkenaan keselamatan di jalanraya dan pengukuhan disiplin anggota.

Sumber: 10 SSB (Para)

PERBARISAN PEGAWAI TADBIR 10 SSB (PARA)Melaka, 23 Feb 26 – Seramai 51 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah menyertai Pe...
05/03/2026

PERBARISAN PEGAWAI TADBIR 10 SSB (PARA)

Melaka, 23 Feb 26 – Seramai 51 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah menyertai Perbarisan Pegawai Tadbir yang dilaksanakan di Padang Kawad 10 SSB (Para).

Perbarisan dimulai dengan nyanyian lagu kor Rejimen Semboyan Diraja, seterusnya diteruskan dengan pemeriksaan barisan sebagai simbol pemantapan disiplin dan kepatuhan terhadap Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR).

Dalam ucapan Pegawai Tadbir, beliau menekankan kepentingan pengurusan dokumentasi yang sistematik, terkawal dan sentiasa dikemaskini bagi memastikan ketepatan rekod selaras dengan keperluan perkhidmatan serta arahan semasa. Beliau turut mengingatkan bahawa kelemahan dalam pengurusan dokumen boleh memberi implikasi langsung terhadap kesiagaan dan keberkesanan pentadbiran pasukan.

Pegawai Tadbir turut menyeru agar semangat kesatuan dan kerjasama terus diperkukuh, disamping mengekalkan tahap kecergasan jasmani yang tinggi serta pematuhan Indeks J***m Badan (BMI) sebagai asas utama kesiagaan operasi pasukan. Perbarisan diakhiri dengan sesi bergambar.

PERBARISAN SARJAN MEJAR SKUADRON (SMS) 10 SSB (PARA)Melaka, 16 Feb 26 – Seramai 47 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah...
05/03/2026

PERBARISAN SARJAN MEJAR SKUADRON (SMS) 10 SSB (PARA)

Melaka, 16 Feb 26 – Seramai 47 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam Perbarisan Sarjan Mejar Skuadron (SMS) yang disempurnakan dan diketuai oleh PW II Hamzah bin Abu Bakar, SMS 10 SSB (Para) bertempat di padang kawad 10 SSB (Para).

Perbarisan dimulakan dengan Panggilan Tanda dan diteruskan dengan Perbarisan Masuk Padang serta pemeriksaan barisan. Perbarisan ini bertujuan untuk mengekalkan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) selaras hasrat pucuk pimpinan TD.

Sarjan Mejar Skuadron (SMS) menegaskan dalam ucapannya tentang kepentingan penghayatan jiwa ketenteraan, berdisiplin tinggi, berketerampilan serta menjaga kesetiaan kepada Pegawai Pemerintah. Beliau turut menyeru anggota mengekalkan semangat juang serta melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab. Perbarisan diakhiri dengan sesi bergambar.

PERBARISAN ULUNG KETUA SKUADRON 10 SSB (PARA)Melaka, 6 Feb 26: Seramai 2 pegawai dan 71 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ...
17/02/2026

PERBARISAN ULUNG KETUA SKUADRON 10 SSB (PARA)

Melaka, 6 Feb 26: Seramai 2 pegawai dan 71 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Ulung Ketua Skuadron 10 SSB (Para) bertempat di padang kawad pasukan. Perbarisan telah diketuai oleh Kapt Syafiq bin Smail Kassim, Ketua Seksyen Komunikasi 10 SSB (Para). Perbarisan dimulai dengan upacara Perbarisan Masuk Padang, Tabik Hormat dan nyanyian lagu Rejimen Semboyan Diraja. Acara diteruskan dengan pemeriksaan barisan.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan upacara pemakaian pangkat iaitu dari Lans Koperal ke Pangkuan Koperal seramai enam anggota LLP serta dari Signalman ke Lans Koperal seramai dua anggota LLP. Tutut dilaksanakan upacara pemakaian beret kepada anggota baharu yang telah menamatkan latihan rekrut seramai empat anggota LLP.

Dalam ucapan Ketua Skuadron, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemakai pangkat. Beliau menasihati bahawa pangkat yang dianugerahkan datang bersama tanggungjawab serta amanah yang perlu dipikul sepanjang tempoh berkhidmat. Dalam ucapan beliau juga menyeru kepada seluruh warga untuk terus berusaha meningkatkan keupayaan diri dari segi ilmu pengetahuan, sikap dan berketrampilan sesuai dengan pangkat yang disandang.

Ketua Skuadron 10 SSB (Para) juga memperingati amanat yang telah disampaikan oleh Panglima Tentera Darat Ke-31 iaitu mengekalkan identiti sebagai seorang tentera, mendalami etos kepahlawanan yang terdapat dalam ikrar kesatria serta hidup berprinsip bagi mengekalkan professionalisme seperti mengutamakan kepentingan perkhidmatan di atas kepentingan diri sendiri.

Diharapkan kepimpinan Lt Kol Mohamad Faizal bin Abdullah selaku Ketua Skuadron 10 SSB (Para) Ke-19 akan sentiasa cemerlang, berdaya saing serta kekal relevan dalam mendukung peranan strategik demi memartabatkan maruah pasukan, bangsa, agama dan negara. Majlis diakhiri dengan acara bergambar.

SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI BAKAT 10 SKUADRON SEMBOYAN BRIGED (PARA)Melaka, 29 Jan 26 - Majlis Serah Terima Tugas Penge...
02/02/2026

SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI BAKAT 10 SKUADRON SEMBOYAN BRIGED (PARA)

Melaka, 29 Jan 26 - Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) 10 Skuadron Semboyan Briged (Para) telah dilaksanakan di Bilik Gerakan Pasukan 10 SSB (Para).

Puan Hidjirah binti Chek Ani telah menyerahkan tugas kepada Puan Nur Raihan binti Zainal Abidin sebagai Pengerusi BAKAT 10 SSB (Para) yang baharu dan telah disaksikan oleh Pegawai Kerja BAKAT 10 SSB (Para), Lt Mohd Shafiq bin Mohd Tajudin.

Turut dilaksanakan acara penyampaian cenderahati kepada mantan pengerusi BAKAT 10 SSB (Para) sebagai tanda kenang-kenangan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.

Tahniah YBhg Datuk atas perlantikan sebagai Panglima Angkatan Tentera ke 24
31/01/2026

Tahniah YBhg Datuk atas perlantikan sebagai Panglima Angkatan Tentera ke 24

Army Western Field Commander Lieutenant-General Datuk Malek Razak Sulaiman has been appointed as the new Chief of the Defence Force, effective tomorrow (Feb 1).



Address

Skuadron Semboyan Briged Kesepuluh Infantri (Para), Kem Terendak
Malacca City
76200

Telephone

+6063318742

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skuadron Semboyan Briged Kesepuluh Infantri Para posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share