10/09/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ โค๏ธ
Bukit Baru, Melaka | 9 September 2026
Pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital Melaka terus memperkukuhkan usaha mendekati komuniti melalui pelaksanaan program bersama Aura Home Care Centre, Bukit Baru, Melaka pada 9 September 2026.
Bertemakan โ๐ช๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ ๐๐บ๐ฎ๐ ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ๐ถ, ๐๐ผ๐บ๐๐ป๐ถ๐๐ถ ๐๐ถ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ถโ, program ini memberi peluang kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan untuk mendekati dan menyantuni golongan warga emas yang ditempatkan di pusat jagaan, selain mengeratkan hubungan kerjasama dengan pihak pengurusan pusat jagaan warga emas di sekitar Melaka.
Sepanjang program berlangsung, para penghuni turut mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti santai yang disesuaikan dengan keupayaan mereka. Antaranya ialah senaman ringan yang dapat menggalakkan pergerakan fizikal dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan.
Aktiviti nyanyian lagu lagu bertemakan kemerdekaan turut diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan penghuni. Suasana yang santai dan penuh kemesraan menjadikan program ini satu pengalaman yang bermakna buat semua yang terlibat.
Dalam kesempatan yang sama, Pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital Melaka turut menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada pihak Aura Home Care Centre. Sumbangan tersebut merangkumi barangan makanan kering seperti beras, minyak masak dan tepung, selain Nestum, kopi serta lampin pakai buang.
Program seperti ini bukan sahaja memberi ruang untuk menyantuni warga emas, malah menjadi wadah dalam membina hubungan yang lebih erat antara Hospital Melaka dengan komuniti serta pihak pusat jagaan.
Semoga usaha yang dilaksanakan ini terus memberi manfaat dan menjadi sebahagian daripada usaha bersama dalam memastikan golongan warga emas sentiasa diberi perhatian, dihargai dan disayangi.
๐ช๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ ๐๐บ๐ฎ๐ ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ๐ถ, ๐๐ผ๐บ๐๐ป๐ถ๐๐ถ ๐๐ถ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ถ. โค๏ธ
Unit Komunikasi Korporat
Hospital Melaka