14/06/2026
DUN TELOK MAS
12hb Jun 2026
26hb Zulhijjah 1447H.
Jam:03:30 Petang
Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka.
Menziarahi dan menyampaikan sumbangan ziarah aduan rakyat yang telah diluluskan oleh YB Khoo Poay Tiong (邱培栋) kepada dua buah keluarga.
Keluarga pertama Melati Kasim di Kampung Alai menghidap sakit kencing manis sebelah kakinya terpaksa dipotong jangkitan kuman beliau juga menghidap sakit stroke terlantar,
beliau hidup sebatang kara tidak mempunyai anak.
Beliau sebelum ini kami ziarah di wad Hospital Besar Melaka.
Beliau memohon dimasukkan ke Pusat Jagaan kerana tiada yang dapat membantunya.
Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka telah memaklumkan kepada Pegawai MAIM dan dimaklumkan pegawai MAIM telah datang menziarahi dan akan menyusun untuk penghantaran ke Pusat Jagaan.
Serahan sumbangan kedua kepada Puan Aslinda Jaafar juga di Kampung Alai.
Beliau menghidap sakit jantung sewaktu kami ziarah beliau memohon sedikit sumbangan bagi kos pengangkutan beliau mendapatkan rawatan di IJN.
Kerana beliau tidak bekerja dan mempunyai dua orang anak masih bersekolah.
Manakala suaminya hanya bekerja Kampung tiada pendapatan tetap.
Sewaktu kami ziarah sebelum ini kami telah membekalkan borang permohonan bantuan bulanan dari JKM untuk beliau penuhi dan membuat permohonan.
PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KOTA MELAKA.
DEMOKRATIK ADIL PEDULI
PAKATAN HARAPAN NEGERI MELAKA.
.