Penjara Dusun Dato’ Murad

Penjara Dusun Dato’ Murad Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad berkeluasan 38.85 ekar yang merangkumi kawasan ladang, bangunan kediaman, tempat rekreasi dan Pejabat Pentadbiran.

Kedudukan institusi ini adalah lebih kurang 12 km.

26/05/2026

PELUANG WARIS LEPAS RINDU

Perayaan seperti Hari Raya Aidiladha, Hari Keamatan, dan Hari Gawai yang akan disambut tidak lama lagi adalah detik untuk mengeratkan kembali kasih sayang yang mungkin pernah renggang.

Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga di dalam tahanan, Jabatan Penjara Malaysia kini membuka peluang keemasan melalui Lawatan Khas Perayaan untuk membawa sinar harapan dan semangat baru kepada para penghuni.

Bagi memastikan urusan lawatan berjalan lancar, berikut adalah perkara penting yang perlu anda ketahui:

Siapa yang Layak Melawat?
Pintu penjara dibuka khusus untuk waris terdekat yang telah berdaftar, merangkumi:
- Ibu, bapa, suami, isteri, dan anak-anak (termasuk anak tiri/angkat).
- Datuk, nenek, serta bapa dan ibu mertua.
- Adik-beradik (termasuk tiri dan angkat) serta keluarga angkat.
- Rakan-rakan rapat juga dibenarkan, dengan syarat mereka telah berdaftar dalam Sistem Maklumat Pengurusan Pesalah (SMPP).
- Bagi warga asing yang tiada waris, rakan senegara atau majikan yang berdaftar dalam SMPP sahaja yang dibenarkan

Persediaan Sebelum Tiba
Sebelum bertolak, pastikan anda menyediakan perkara berikut:
- Dokumen Wajib: Anda mesti membawa kad pengenalan (IC) atau Pasport asal untuk pengesahan diri.
- Etika Berpakaian: Pelawat wajib berpakaian sopan sebagai menghormati institusi premis kerajaan.

Larangan dan Amaran Penting
Demi keselamatan dan ketenteraman, pihak penjara menetapkan syarat ketat:
- Tiada Makanan Luar: Pelawat dilarang sama sekali membawa masuk makanan dari luar.
- Waspada Scam: Berhati-hati dengan sebarang tawaran yang meminta bayaran untuk urusan lawatan. Jabatan Penjara tidak mengenakan sebarang caj dan memberi amaran keras terhadap penipuan atau scam bayaran.

Setiap pertemuan adalah sangat berharga. Harap maklum bahawa setiap sesi lawatan dihadkan kepada tempoh tidak lebih daripada 45 minit sahaja. Gunakan masa ini sebaik mungkin untuk bertanya khabar dan memberi sokongan moral kepada ahli keluarga anda.

Semoga lawatan ini menjadi jambatan untuk membina semula hubungan kekeluargaan yang lebih kukuh. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, Hari Keamatan, dan Hari Gawai buat semua yang meraikan.

Bahagian Korektif,
Seksyen Rawatan & Layanan,
Jabatan Penjara Malaysia




26/05/2026
[PROGRAM MESEJ DARI PENJARA BERSAMA RUMAH KASIH TUN ABDUL AZIZ]23 Mei 2026 (Sabtu) : Rumah Kasih Tun Abdul Aziz Melaka d...
23/05/2026

[PROGRAM MESEJ DARI PENJARA BERSAMA RUMAH KASIH TUN ABDUL AZIZ]

23 Mei 2026 (Sabtu) : Rumah Kasih Tun Abdul Aziz Melaka di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka telah mengadakan lawatan ke Penjara Dusun Dato' Murad dengan seramai 25 kanak-kanak bersama 12 orang pengiring. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan sesi taklimat keselamatan yang perlu dipatuhi dan kemudiannya lawatan di sekitar tempat kerja Orang Diselia (ODS) di kawasan agro.

Explorasi di agro telah memberikan satu pendedahan kepada kanak-kanak tersebut tentang alam sekitar, tanaman dan ternakan. Satu aktiviti Latihan Dalam Kump**an (LDK) dijalankan oleh pihak Rumah Kasih Tun Abdul Aziz dengan kerjsama Agensi AVC Mortgage. Seterusnya ialah sesi Mesej Psikologi Kaunseling ODS oleh Encik William Ung Han Seng selaku Pegawai Psikologi Penjara Dusun Dato' Murad bersama dengan perkongsian daripada 3 ODS.

Program ini dilaksanakan bagi memberikan kesedaran sivik serta rohani kepada kanak-kanak Rumah Kasih Tun Abdul Aziz agar tidak terjebak dalam apa-apa kesalahan yang boleh menjejaskan masa depan mereka. Program ini berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

Sekian.

[PELAKSANAAN SESI PENGESAHAN NILAI PLATFORM MARKETPLACE (PROOF OF VALUE  - POV) KE ATAS ORANG DISELIA (ODS) BAGI MEMPERK...
21/05/2026

[PELAKSANAAN SESI PENGESAHAN NILAI PLATFORM MARKETPLACE (PROOF OF VALUE - POV) KE ATAS ORANG DISELIA (ODS) BAGI MEMPERKUKUH PEMULIHAN DAN INTEGRASI SEMULA ODS DENGAN KERJASAMA BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT IPPM DAN TM ONE DI PENJARA DUSUN DATO' MURAD]

Pada 21 Mei 2026 (Khamis) : Bertempat di Bilik Mesyuarat Taming Sari, buat pertama kalinya Penjara Dusun Dato' Murad telah terpilih untuk Sesi Pengesahan Nilai Platform Marketplace (Proof Of Value - POV) temuduga secara Artificial Intelligence (AI). Program ini melibatkan seramai (15) ODS iaitu sebagai persediaan ke arah integrasi semula ke dalam pasaran pekerjaan setelah tamat menjalani program pemulihan di Penjara Dusun Dato' Murad dengan menggunakan data temuduga secara Maya AI.

Sesi ini bermatlamat menyediakan data analitik berimpak tinggi untuk penggubalan dasar masa hadapan berkenaan kebolehpasaran bekas ODS untuk diberikan peluang pekerjaan dan meningkatkan keyakinan majikan terhadap pengambilan bekas ODS melalui dapatan profile temuduga secara AI.

Hadir semasa sesi ini dijalankan ialah Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat IPPM PKK Helmi Bin Abd Zamani bersama Pegawai Kanan IPPM dan (4) orang wakil TM One. Turut hadir ialah Pengarah Penjara Dusun Dato' Murad, PKP Wan Huzaiman Bin Wan Husain, Timbalan Pengarah TPP Mohd Syazwan Bin Esmail dan Penyelia Pegawai Penempatan Semula Bandun KIP Mohd Bob Halil Bin Mustapa.

Sekian.

[LAWATAN BAGI TUJUAN PERBINCANGAN DUA HALA & KOLABORASI ANTARA POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN BER...
20/05/2026

[LAWATAN BAGI TUJUAN PERBINCANGAN DUA HALA & KOLABORASI ANTARA POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN BERSAMA PENJARA DUSUN DATO' MURAD]

20 Mei 2026 (Rabu) : Penjara Dusun Dato' Murad telah menerima lawatan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka Tengah. Lawatan bertujuan untuk perbincangan dua hala dan juga kolaborasi yang strategik serta libat urus yang boleh dibangunkan terutamanya berkaitan dengan pencegahan penyalahgunaan dadah. Ketibaan Pegawai Kanan PDRM dan AADK itu telah disambut oleh PKP Wan Huzaiman bin Wan Hussain Pengarah Penjara Dusun Dato' Murad.

IPK Melaka telah diwakili oleh :

* Supt. Mohd Nazri bin Ismail (Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka)
* DSP Ahmad Fauzi Bin Ibrahim (Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka)
* ASP Mohd Adzim Fairuz Bin Ramli (Pegawai Turus Risikan/Operasi/Tahanan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka)
* Insp Mohd Shafiq bin Abdul Rahman (Pegawai Turus Peguatkuasaan / Pencegahan / Kepolisan Am Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka).

Manakala AADK Melaka Tengah p**a diwakili oleh Puan Nurjanah binti Nudin. Turut hadir ialah PP Norul Hisyam bin Ismail Ketua Bahagian Parol & Perkhidmatan Komuniti PPN Melaka mewakili Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka.

Aturcara lawatan dimulakan dengan sesi taklimat dan perbincangan dua hala di Bilik Mesyuarat Taming Sari. Setelah itu, Pegawai Kanan Polis IPK Melaka dan Pegawai AADK Melaka Tengah telah dibawa melawat ke bengkel, blok penempatan dan juga ke dapur ODS. Akhir sekali, dibawa melawat ke kawasan agro untuk melihat tempat ODS bekerja iaitu di Ternakan Lebah Kelulut, Ternakan Ikan Keli, Ternakan Ayam Kampung, Ternakan Kambing dan Kebun Tanaman Sayur.

Sekian.

[DIALOG BULANAN BAGI BULAN MEI 2026 PENJARA DUSUN DATO' MURAD]19 Mei 2026 (Selasa) : Penjara Dusun Dato' Murad telah men...
19/05/2026

[DIALOG BULANAN BAGI BULAN MEI 2026 PENJARA DUSUN DATO' MURAD]

19 Mei 2026 (Selasa) : Penjara Dusun Dato' Murad telah mengadakan Dialog Bulanan Bagi Bulan Mei 2026 bertempat di Dewan Terapung. Sebelum sesi dialog bermula, telah diadakan taklimat berkenaan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Ramli bin Mohd Talib iaitu Perunding Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA).

Aturcara dialog bulanan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Bakti Setia. Seterusnya bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz SM Mukhtar bin Daud iaitu Pembantu Guru Agama Penjara Dusun Dato' Murad.

Seterusnya, sesi ucapan dan amanat yang disampaikan oleh PKP Wan Huzaiman bin Wan Hussain Pengarah Penjara Dusun Dato' Murad. Selesai ucapan, sesi dialog dibuka untuk anggota serta kakitangan menyuarakan pertanyaan, pandangan dan juga pendapat. Sesi dialog berakhir pada jam 4.30 petang.

Sekian.

[LAWATAN ANGGOTA LEMBAGA HAKIM PELAWAT (LHP) BAGI PENJARA NEGERI MELAKA KE PENJARA DUSUN DATO' MURAD]14 Mei 2026 (Khamis...
14/05/2026

[LAWATAN ANGGOTA LEMBAGA HAKIM PELAWAT (LHP) BAGI PENJARA NEGERI MELAKA KE PENJARA DUSUN DATO' MURAD]

14 Mei 2026 (Khamis) : Penjara Dusun Dato' Murad telah menerima lawatan daripada anggota Lembaga Hakim Pelawat (LHP). Lawatan tersebut telah diketuai oleh YBhg. SS Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil iaitu M***i Negeri Melaka bersama 5 anggota yang lain. Turut hadir pada sesi lawatan ini ialah YA Puan Sivashangari A/P Nagalingam iaitu Majistret Negeri Melaka.

Ketibaan anggota Lembaga Hakim Pelawat itu telah disambut oleh PKP Wan Huzaiman bin Wan Hussain Pengarah Penjara Dusun Dato' Murad. Anggota Lembaga Hakim Pelawat itu telah di bawa melawat ke Pejabat Pendaftar, Bengkel Kimpalan & Mekanik dan Kebun Sayur. Seterusya, melawat ke kawasan agro untuk melihat tempat Orang Diselia (ODS) bekerja iaitu kawasan ternakan ayam kampung dan juga lalat jenis Black Soldier Fly.

Sesudah itu, anggota Lembaga Hakim Pelawat di bawa ke Bilik Mesyuarat Taming Sari untuk sesi taklimat ringkas dan rumusan daripada hasil lawatan tersebut. Lawatan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

Sekian.

[KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA DI PENJARA DUSUN DATO' MURAD]12 Me...
13/05/2026

[KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA DI PENJARA DUSUN DATO' MURAD]

12 Mei 2026 (Selasa) : Lembaga Perumahan Melaka (LPM) telah mengadakan Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti & Antirasuah kepada kakitangan Kump**an Pengurusan dan Profesional di Penjara Dusun Dato' Murad. Seramai 55 kakitangan telah menghadiri kursus tersebut yang bermula pada jam 9.00 pagi. Dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan dan peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang kursus berlangsung. Seterusnya, para peserta kursus dibawa melawat di sekitar kawasan agro iaitu di tempat kerja Orang Diselia (ODS).

Diteruskan dengan sesi ceramah berkaitan kepenjaraan yang telah disampaikan oleh Inspektor Penjara Nik Mohd Fitrie bin Nik Abdullah. Program. Selesai ceramah, program yang berikutnya ialah sesi pengkongsian Mesej Psikologi Kaunseling ODS dan persembahan berbentuk Terapi Muzik oleh Kump**an Dusun Buskers yang dianggotai oleh ODS. Sesi ini dikendalikan oleh Encik William Ung Han Seng selaku Pegawai Psikologi Penjara Dusun Dato' Murad.

Kursus ini dilaksanakan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada kakitangan Lembaga Perumahan Melaka (LPM) supaya mengutamakan konsep integriti semasa menjalankan tugas harian. Sesi penutupan kursus telah disempurnakan oleh YBhg Datuk TPr Haji Murad bin Haji Husin iaitu Pengarah Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dan PKP Wan Huzaiman bin Wan Hussain iaitu Pengarah Penjara Dusun Dato' Murad. Kursus ini tamat dengan jayanya pada jam 1.00 tengah hari.

Sekian.

[PROGRAM PROFILING KE ATAS ORANG DISELIA (ODS) BAGI PROGRAM KARNIVAL LINDUNG KERJAYA MY FUTURE JOBS DENGAN KERJASAMA PEJ...
13/05/2026

[PROGRAM PROFILING KE ATAS ORANG DISELIA (ODS) BAGI PROGRAM KARNIVAL LINDUNG KERJAYA MY FUTURE JOBS DENGAN KERJASAMA PEJABAT PENGARAH PENJARA NEGERI MELAKA DAN PERKESO MELAKA]

Pada 13 Mei 2026 (Rabu) : Bertempat di Dewan Kelab Sukan & Kebajikan Penjara Dusun Dato' Murad, telah diadakan sesi Pelaksanaan Profiling ke atas Orang Diselia (ODS) di bawah Program My Future Jobs. Program ini melibatkan seramai (11) ODS sebagai persediaan ke arah integrasi semula ke dalam pasaran pekerjaan setelah tamat menjalani program pemulihan. Program ini bermatlamat untuk memberikan inisatif Peluang Kedua (Second Chance) kepada ODS. Seramai (4) Pegawai PERKESO Melaka telah hadir yang diketuai oleh Puan Alia binti Mohd Azlan Selvarajah iaitu Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan.

Turut hadir bagi memberi sokongan kepada program ini ialah PKP Wan Huzaiman Bin Wan Hussain iatu Pengarah Penjara Dusun Dato' Murad, KIP Mohd Mohd Bob Halil bin Mustapa (Pegawai Penyelia Program Penempatan Semula Banduan) dan Sarjan Penjara Sahrizan Bin Mohd Salleh (Pegawai Program Penempatan Semula Banduan). KIP Mohd Fadhli Rahman bin Omar turut hadir sebagai wakil dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka untuk melaksanakan pemantauan program.

Pengarah Penjara Dusun Dato' Murad merakamkan penghargaan kepada Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dan PERKESO Melaka kerana membantu membuka peluang pekerjaan kepada ODS. Penghargaan juga diberikan kepada seluruh warga kerja Penjara Dusun Dato' Murad kerana sentiasa menjalinkan kerjasama dengan agensi berkaitan bagi memperkasakan program pemulihan dan kemahiran kepada ODS.

Sekian.

[BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH BAGI ORANG DISELIA (ODS) PENJARA DUSUN DATO' MURAD]12 Mei 2026 (Selasa) : Unit Agama dengan ...
13/05/2026

[BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH BAGI ORANG DISELIA (ODS) PENJARA DUSUN DATO' MURAD]

12 Mei 2026 (Selasa) : Unit Agama dengan kerjasama Unit PPI Penjara Dusun Dato' Murad telah mengadakan Bengkel Pengurusan Jenazah Bagi ODS Pada Tahun 2026. Bengkel tersebut telah diadakan di Surau At Tawwabin bermula pada jam 9.00 pagi dengan sesi ceramah teori yang dikendalikan oleh Al Fadhil Ustaz Al - Maududi Hisbullah bin Haji Sarif iaitu penceramah jemputan dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Sesi seterusnya bermula pada jam 11.00 tengah hari iaitu praktikal amali pengurusan jenazah. Ianya merangkumi pemandian jenazah, mengkafankan, solat jenazah dan pengkebumian. Bengkel tamat pada jam 1.00 tengah hari dengan sesi penutup dan penyampaian cenderahati oleh KIP Muhammad Hafizin bin Ab Kadir yang mewakili Pengarah Penjara Dusun Dato' Murad.

Diharapkan dengan penganjuran bengkel ini, dapat menyuntik semangat dikalangan ODS untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan berkaitan Fardhu Kifayah ini. Ianya sangat penting dan perlu dikuasai dengan baik untuk diamalkan dalam kehidupan seorang mukmin.

Sekian.

[KEM KEPIMPINAN DAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2026 BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TUN MUTAHIR MELAKA DI PENJAR...
11/05/2026

[KEM KEPIMPINAN DAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2026 BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TUN MUTAHIR MELAKA DI PENJARA DUSUN DATO' MURAD]

08-09 Mei 2026 (Jumaat & Sabtu) : SMK Tun Mutahir Melaka telah mengadakan Program Kem Kepimpinan dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah di Penjara Dusun Dato' Murad. Seramai 68 pelajar dan 8 Guru pengiring telah tiba di Dataran Penjara Agro pada jam 11.30 tengah hari. Taklimat telah disampaikan oleh Inspektor Penjara Nik Mohd Fitrie bin Nik Abdullah selaku Pegawai Unit Latihan Institusi (ULIN) berkaitan keselamatan dan peraturan semasa berkursus.

Kursus ini dimulakan dengan slot yang dipimpin oleh Encik William Ung Hang Seng Pegawai Psikologi Penjara Dusun Dato' Murad iaitu explorace, sesi "ice breaking" dan Latiham Dalam Kump**an (LDK). Penilaian setiap pelajar dikira berdasarkan kerjasama dalam kump**an, cara mereka memimpin dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Seterusnya, sesi "Mesej Dari Penjara : Heart To Heart" dan kisah disebalik tirai besi yang disampaikan oleh Inspektor Peniara Nik Mohd Fitrie bin Nik Abdullah. Sesi dalam program ini memberikan impak besar kepada peserta untuk menilai dan membuat keputusan agar tidak tersalah langkah. Kisah disebalik tirai besi ini dan luahan hati ke hati memberikan kesan kepada peserta apabila mendengar sendiri perkongsian pengalaman Orang Diselia (ODS).

Majlis penutup Kem Kepimpinan dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas ini telah dirasmikan oleh PKP Wan Huzaiman bin Wan Hussain Pengarah Penjara Dusun Dato' Murad. Program berakhir jam 1.00 tengah hari.

Sekian

Address

Penjara Dusun Dato’ Murad
Malacca City
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penjara Dusun Dato’ Murad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Penjara Dusun Dato’ Murad:

Share