14/05/2026
TIADA HARI TANPA PENGUATKUASAAN
14 Mei 2026, Khamis- SWCorp Cawangan Alor Gajah telah melaksanakan Ops Cegah di sekitar kawasan Alor Gajah. Ini adalah sebagai langkah penguatkuasaan terhadap kesalahan pembuangan sampah kecil di tempat awam.
Operasi ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Sepanjang operasi dijalankan, beberapa Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) telah dikeluarkan kepada individu yang didapati membuang sampah kecil di kawasan awam.
Pihak SWCorp Cawangan Alor Gajah akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan sejahtera untuk semua.