Melaka Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM

Melaka Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM Facebook rasmi Jabatan Ukur dan Pemetaan negeri Melaka

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGAJabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Melaka, Kementerian Sumber Asli dan Keles...
14/05/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Melaka, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), dengan sukacitanya mempelawa syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) serta masih sah tempoh pendaftaran di bawah Kod Bidang 221001 (Pembersihan Bangunan) dan 221002 (Membersih Kawasan) untuk menyertai tawaran sebut harga berikut:

No. Sebut Harga: QT260000000010392
Tajuk Sebut Harga: Perkhidmatan Mencuci serta Membersih Bangunan dan Kawasan di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Melaka.

Tarikh pelawaan sebut harga adalah pada 14 Mei 2026 (Khamis), jam 12.00 tengah hari. Satu sesi taklimat dan lawatan tapak akan diadakan pada 20 Mei 2026 (Rabu), jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat JUPEM Negeri Melaka. Tarikh tutup penghantaran dokumen tawaran adalah pada 27 Mei 2026 (Rabu), jam 12.00 tengah hari.

Syarikat yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang berkaitan adalah dipelawa untuk mengemukakan tawaran bagi menyediakan perkhidmatan pembersihan yang berkualiti, sistematik dan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan.

Penyertaan daripada syarikat yang komited, berintegriti dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik amat dialu-alukan bagi memastikan persekitaran kerja JUPEM Negeri Melaka sentiasa berada dalam keadaan bersih, selesa dan kondusif.

13/05/2026

โœจ Tapak EDM Ayer Keroh Berwajah Baharu

Majlis Penyerahan Projek Siap Tapak EDM Ayer Keroh telah diadakan pada Mei 2026 selepas selesai sepenuhnya kerja-kerja pengubahsuaian yang dilaksanakan oleh syarikat kontraktor yang dilantik oleh Lembaga Juruukur Tanah Malaysia (LJT).

Dalam majlis tersebut, Pengarah Ukur Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Negeri Melaka (JUPEM Melaka), LSr Nik Mohd Wafi bin Nik Mohamed Daud, telah menerima penyerahan projek sebagai wakil rasmi kepada Lembaga Juruukur Tanah Malaysia.

Majlis penyerahan ini menandakan bahawa kemudahan Tapak EDM Ayer Keroh telah siap dinaik taraf dan sedia untuk digunakan. Ia turut mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memastikan kemudahan ukur jabatan sentiasa berada pada tahap terbaik bagi menyokong pelaksanaan kerja-kerja ukur dan pemetaan yang tepat, berkualiti dan berintegriti.

Bagi pihak yang ingin memohon penggunaan Tapak EDM Ayer Keroh, permohonan boleh dikemukakan kepada JUPEM Melaka melalui saluran rasmi jabatan untuk tujuan semakan dan kelulusan. Semoga kemudahan ini terus memberi manfaat kepada semua pengguna dan menyokong penyampaian perkhidmatan ukur dan pemetaan yang cemerlang.








06/05/2026

Coming soon
UAS @ BOTANI PARKLAND JASIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga JUPEM Melaka.. bersempenabhari utk kita semua..*Kerana Kita, Garis Sempa...
01/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga JUPEM Melaka.. bersempenabhari utk kita semua..

*Kerana Kita, Garis Sempadan Menjadi Jelas!*
Selamat Hari Pekerja buat seluruh warga JUPEM Melaka yang saya banggakan.

"Di atas kertas ia nampak seperti garisan, namun di bumi nyata, ia adalah kedaulatan, hak milik, dan maruah yang kita pertahankan."
Titik peluh kalian dan keringatโ€”daripada *_unsung hero_* wira yang meredah belukar dan memanjat bukit di lapangan, hinggalah para teknokrat yang teliti mengolah data di meja pejabat. Tanpa ketepatan tangan dan mata kalian, pembangunan Negeri Melaka tidak akan berdiri teguh, dan hak rakyat tidak akan menemui noktah yang adil.
Jadikan setiap koordinat yang kita tanda sebagai saksi amanah kita kepada agama, bangsa, dan negara. Teruskan berbakti dengan penuh integriti, kerana JUPEM adalah tunjang kepada kestabilan tanah air.

Selamat berehat sebentar daripada penat lelah duniawi. Selamat Hari Pekerja buat rakan seperjuangan semua!

*"UKUR TEPAT, RAKYAT BERDAULAT"*

Melaka Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia.





FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) & MESYUARAT JAWATANKUASA BERSAMA TEKNIKAL (JBT) PERSEMPADANAN NEGERI JOHOR                 ...
18/04/2026

FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) & MESYUARAT JAWATANKUASA BERSAMA TEKNIKAL (JBT) PERSEMPADANAN NEGERI JOHOR

AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015JABATAN UKUR DAN PEMETAAN NEGERI MELAKAAudit Dalaman Sistem Peng...
09/04/2026

AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN NEGERI MELAKA

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka telah dilaksanakan dengan jayanya sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan pematuhan terhadap piawaian kualiti yang ditetapkan serta memperkukuh kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan jabatan.

Audit ini telah berlangsung selama dua (2) hari bermula dari 7 hingga 8 April 2026, melibatkan dua lokasi utama iaitu di Ibu Pejabat JUPEM Melaka serta JUPEM Daerah (JUD) Melaka yang beroperasi di Menara Persekutuan. Pelaksanaan audit merangkumi semakan menyeluruh terhadap pelaksanaan prosedur kerja, keberkesanan sistem dokumentasi serta tahap pematuhan terhadap keperluan standard MS ISO 9001:2015.

Pasukan auditor yang telah dipertanggungjawabkan dalam menjayakan audit dalaman ini terdiri daripada Sr. Faizal Bin Mat Radzi dan En Mohd Haisyam Bin Zulkifeli, yang telah melaksanakan penilaian secara profesional, telus dan berintegriti selaras dengan garis panduan audit yang ditetapkan.

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan audit di setiap lokasi, pegawai-pegawai bertanggungjawab telah dilantik sebagai penyelaras utama. Di Ibu Pejabat JUPEM Melaka, audit telah diselaraskan oleh Pn. Nor Ainizar Binti Ismail bersama Pn. Norazizah Binti Mohd. Zin. Manakala di JUPEM Daerah (JUD) Melaka, penyelarasan audit telah dikendalikan oleh En. Mohd Nasir Bin Mohamed.

Komitmen serta kerjasama padu yang ditunjukkan oleh seluruh warga JUPEM Melaka dalam menjayakan audit ini jelas mencerminkan kesungguhan jabatan dalam mengekalkan kecemerlangan organisasi, memperkukuh tadbir urus serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti tinggi, berintegriti dan memenuhi kehendak pelanggan serta pihak berkepentingan selaras dengan aspirasi MS ISO 9001:2015.

06/04/2026

๐—œ๐—ก๐—™๐—ข ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐Ÿฏ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
TAJUK: ETIKA PEMAKAIAN DAN PENAMPILAN PEGAWAI AWAM

MESYUARAT PENGURUSAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN NEGERI MELAKA02 April 2026(Khamis) Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan...
02/04/2026

MESYUARAT PENGURUSAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN NEGERI MELAKA

02 April 2026(Khamis) Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka yang menghimpunkan barisan kepimpinan dan pegawai-pegawai kanan jabatan dalam usaha memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta membincangkan hala tuju strategik jabatan selaras dengan keperluan semasa.

Mesyuarat ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Lsr Nik Mohd Wafi bin Nik Mohamed Daud, Pengarah JUPEM Negeri Melaka, bersama Yang Berusaha Lsr Zamri bin Rani, Timbalan Pengarah JUPEM Negeri Melaka. Turut hadir ialah Penolong-Penolong Pengarah Ukur, Jurukur Daerah Melaka serta Ketua-Ketua Seksyen yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi dan pelaksanaan dasar jabatan.

Sepanjang mesyuarat, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk pemantapan sistem penyampaian perkhidmatan, pengurusan sumber manusia, pelaksanaan projek-projek semasa serta inisiatif penambahbaikan berterusan ke arah mencapai kecemerlangan organisasi. Perbincangan yang konstruktif ini diharap dapat memperkukuhkan lagi sinergi antara semua bahagian dan seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan JUPEM kepada pelanggan serta pemegang taruh.

Adalah diharapkan agar segala keputusan dan resolusi yang dicapai dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan komitmen tinggi oleh seluruh warga jabatan demi memastikan JUPEM Negeri Melaka terus relevan, berdaya saing dan unggul dalam bidang ukur dan pemetaan.

โ€œBersama Melakar Ketepatan, Memacu Kecemerlanganโ€

TAKLIMAT PEMANTAPAN DAN PERKONGSIAN ILMU SPK MS ISO 9001:2015 TAHUN 202601 April 2026(Rabu) Jabatan Ukur dan Pemetaan Ne...
01/04/2026

TAKLIMAT PEMANTAPAN DAN PERKONGSIAN ILMU SPK MS ISO 9001:2015 TAHUN 2026

01 April 2026(Rabu) Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka (JUPEM Melaka) telah mengadakan Taklimat Pemantapan dan Perkongsian Ilmu Pelaksanaan Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 bagi Tahun 2026 sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh kecekapan tadbir urus serta meningkatkan tahap pematuhan terhadap piawaian kualiti yang ditetapkan.

Taklimat ini telah diselaras dengan penuh komitmen oleh LSr Zamri bin Rani, serta turut dihadiri oleh barisan pegawai kanan jabatan termasuk Penolong Pengarah Ukur, Sr Mohd Amiruddin, Juruukur Daerah Melaka, Sr Fazili Anuar, serta ketua-ketua seksyen yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di peringkat jabatan.

Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman warga kerja terhadap keperluan audit dalaman, di samping menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik dalam memastikan pematuhan kepada standard MS ISO 9001:2015 sentiasa berada pada tahap optimum. Selain itu, ia juga memberi penekanan terhadap penambahbaikan berterusan (continuous improvement) dalam setiap proses kerja, selaras dengan aspirasi jabatan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan dan pihak berkepentingan.

Adalah diharapkan agar melalui taklimat ini, seluruh warga JUPEM Melaka dapat terus mempertingkatkan kecekapan, integriti serta profesionalisme dalam melaksanakan tanggungjawab, seterusnya mengukuhkan lagi reputasi jabatan sebagai sebuah organisasi yang berdaya saing dan cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan.

UCAPAN TAHNIAH SEMPENA 3 TAHUN PENTADBIRAN NEGERI MELAKASetinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepadaYAB Datu...
30/03/2026

UCAPAN TAHNIAH SEMPENA 3 TAHUN PENTADBIRAN NEGERI MELAKA

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, sempena genap tiga (3) tahun pentadbiran Negeri Melaka.

Sepanjang tempoh kepimpinan YAB Datuk Seri Utama, Negeri Melaka telah menunjukkan pelbagai pencapaian yang membanggakan, khususnya dalam aspek pembangunan fizikal, pengurusan tanah, pemodenan pentadbiran serta kesejahteraan rakyat. Kepimpinan yang berwawasan, dinamik dan berteraskan integriti ini telah berjaya memacu Melaka ke arah sebuah negeri yang lebih maju, berdaya saing dan inklusif.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka (JUPEM Melaka) amat menghargai komitmen serta sokongan padu YAB Datuk Seri Utama dalam memperkasakan sektor pengukuran, pemetaan dan geospatial negeri. Usaha berterusan dalam mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam serta penggunaan teknologi terkini jelas memberi impak besar dalam memastikan pembangunan negeri berjalan dengan lebih tersusun dan berimpak tinggi.

Sesungguhnya, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil daripada kepimpinan yang berwibawa serta kerjasama erat antara kerajaan negeri dan seluruh agensi pelaksana. JUPEM Melaka komited untuk terus menyokong aspirasi dan agenda pembangunan negeri demi kemajuan serta kemakmuran rakyat Melaka.

Semoga YAB Datuk Seri Utama terus diberikan kekuatan, kesihatan yang baik dan kebijaksanaan dalam menerajui kepimpinan Negeri Melaka ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Ikhlas daripada
Pengarah serta seluruh warga kerja
Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka (JUPEM Melaka)

Address

Malacca City
75400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Melaka Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share