Keadilan Hang Tuah Jaya

Keadilan Hang Tuah Jaya Laman Rasmi KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya 2025-2028

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesejahteraan, keafiatan dan keberkatan kepada Kebawah Duli Tuanku dalam memayungi rakyat serta memimpin negara ke arah kemajuan dan kemakmuran negara.



Salam Aidiladha 1447HAidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang sebenar. Sirah pengo...
27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H

Aidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang sebenar. Sirah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S bukan sekadar kisah ibadah, tetapi lambang keyakinan penuh kepada perintah Allah SWT walaupun diuji dengan perkara yang paling dicintai.

Dalam kehidupan hari ini, semangat pengorbanan itu perlu diterjemahkan melalui sikap saling membantu, memperkukuhkan perpaduan dan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan diri. Nilai inilah yang selari dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan ihsan, hormat, kesejahteraan dan kebersamaan dalam membina sebuah negara yang lebih baik untuk semua.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, mengeratkan silaturrahim dan menyemai rasa syukur dalam setiap keluarga. Kepada para jemaah haji, kami mendoakan agar dipermudahkan segala urusan ibadah dan dikurniakan haji yang mabrur.

Salam Aidiladha daripada seluruh Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat Cabang Hang Tuah Jaya.

Ikhlas bersama rakyat.

Anwar Ibrahim

Semarak Aidiladha MADANI Hang Tuah Jaya 2026KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya bersama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin...
26/05/2026

Semarak Aidiladha MADANI Hang Tuah Jaya 2026

KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya bersama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin akan melaksanakan Program Agihan Daging Korban melibatkan 6 ekor lembu di kawasan DUN Pengkalan Batu dan DUN Ayer Molek pada:

27 Mei 2026 (Rabu)

Jadual Pergerakan YBHG Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin

9:30 pagi — PERINGGIT
2 Ekor Lembu
7543-C, Rumah Awam Pantai Peringgit, Peringgit

10:00 pagi — BACHANG DARAT
1 Ekor Lembu
No. 46, Lorong Borah Jalil, Batu 3 1/4, Pasir Putih Bachang, 75350 Melaka

10:30 pagi — PENGKALAN BATU
1 Ekor Lembu
No. 133-2, Batu 3 1/2, Pengkalan Batu, 75150 Melaka

11:00 pagi — MUSAI
1 Ekor Lembu
10.5 Batu 2 1/2, Kampung Musai, Bukit Baru, 75150 Melaka

12:00 tengah hari — AYER MOLEK
1 Ekor Lembu
Asrul Motorsport, KM19, Kg Seri Mawar, Paya Redan, 75460 Melaka

1:00 petang — AGIHAN DAGING KORBAN BERSAMA DS DI PERINGGIT
7543-C, Rumah Awam Pantai Peringgit, Peringgit

2:00 petang — MAJLIS MAKAN TENGAH HARI
No. 46, Lorong Borah Jalil, Batu 3 1/4, Pasir Putih Bachang, 75350 Melaka

2:30 petang — AGIHAN DAGING KORBAN & 20 KIT MAKANAN BERSAMA DS DI BACHANG DARAT

MAJLIS MAKAN MALAM

8:00 malam — PERINGGIT
7543-C, Rumah Awam Pantai Peringgit, Peringgit

9:00 malam — AYER MOLEK
Kampung Bukit Nibong, Paya Dalam

Semoga program ini menjadi medan memperkukuh semangat kebersamaan, keprihatinan dan nilai ihsan dalam menyantuni masyarakat setempat sempena Aidiladha.





*MAJLIS KORBAN PERDANA KASIH MADANI PARLIMEN HANG TUAH JAYA*TARIKH : 28 MEI 2026 (KHAMIS)MASA : 8.00 PagiTEMPAT : RUMAH ...
26/05/2026

*MAJLIS KORBAN PERDANA KASIH MADANI PARLIMEN HANG TUAH JAYA*

TARIKH : 28 MEI 2026 (KHAMIS)
MASA : 8.00 Pagi
TEMPAT : RUMAH AWAM PERINGGIT
https://maps.app.goo.gl/y4npvRYYYXcC3QH26

Kehadiran dan doa daripada semua amat kami alu-alukan bagi menyeri dan memberkati majlis ini. Semoga ibadah kita semua diterima oleh Allah SWT.
​Terima kasih.

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Anwar Ibrahim

Seluruh Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat Cabang Hang Tuah Jaya mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada selur...
24/05/2026

Seluruh Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat Cabang Hang Tuah Jaya mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada seluruh jemaah haji Malaysia khususnya dari Parlimen Hang Tuah Jaya.

Semoga dipermudahkan segala urusan Masyair yang akan bermula esok 8 Zulhijjah 1447H serta dikurniakan kesihatan, keselamatan dan haji yang mabrur. 🤲












Shamsul Iskandar Mohd Akin

Anwar Ibrahim

18/05/2026

Perjuangan ini tidak lahir semalam.
Ia dibina dengan air mata, pengorbanan, tekanan, fitnah dan keyakinan yang tidak pernah mati.

Dari jalanan rakyat…
hingga ke detik bersejarah angkat sumpah Perdana Menteri Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dipenjara sebagai banduan politik. Dihina, dijatuhkan dan cuba dipadamkan dari sejarah. Tetapi perjuangan yang lahir daripada denyut nadi rakyat tidak mudah dikuburkan.

Hari ini, semangat itu diteruskan bersama kekuatan gabungan Pakatan Harapan.
Bukan perjuangan seorang individu.
Tetapi perjuangan seluruh rakyat yang mahu Malaysia lebih adil, stabil dan bermaruah.

Kita mungkin tidak sempurna.
Tetapi kita tidak pernah berhenti berjuang.

Perjuangan belum selesai.
Ayuh rapatkan saf.
Pertahankan harapan.
Pertahankan masa depan Malaysia.



Parti Keadilan Rakyat

Pakatan Harapan

Shamsul Iskandar Mohd Akin

17/05/2026

PMX mungkin tidak sempurna.
Tetapi di saat ramai hanya tahu mengkritik, beliau memilih untuk bekerja siang dan malam demi rakyat dan negara.

Perjuangan ini bukan tentang taksub kepada individu.
Ini tentang mempertahankan kestabilan, masa depan dan harapan buat Malaysia.

Langkah perjuangan tidak akan berhenti.
Kita terus mara. Kita terus pertahan.

17/05/2026

KONVENSYEN HARAPAN 2026

Selamat Hari Guru buat seluruh pendidik yang tidak pernah jemu menyalakan harapan dalam jiwa anak bangsa.Di sebalik seti...
16/05/2026

Selamat Hari Guru buat seluruh pendidik yang tidak pernah jemu menyalakan harapan dalam jiwa anak bangsa.

Di sebalik setiap kejayaan, pasti ada seorang guru yang pernah sabar membimbing, mendidik dan percaya pada potensi seorang insan.

Terima kasih cikgu…
Kerana bukan sekadar mengajar mengenal huruf dan angka, tetapi membentuk nilai, akhlak dan masa depan negara.

“Guru Bitara, Nadi Negara”

Ikhlas daripada seluruh Jawatankuasa Cabang KEADILAN Hang Tuah Jaya.

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Anwar Ibrahim

Address

Malacca City
75250

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:15
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Hang Tuah Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Keadilan Hang Tuah Jaya:

Share