18/05/2026
PROGRAM RHYTHM – RITMA KEHIDUPAN HARMONI: SUKARELAWAN BELIA DALAM PERKHIDMATAN KEBAJIKAN
Machang, 18 Mei 2026 – Program RHYTHM – Ritma Kehidupan Harmoni: Sukarelawan Belia Dalam Perkhidmatan Kebajikan anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Machang telah berlangsung dengan jayanya pada 17 mei 2026 bertempat di Taman Eko Rimba Bukit Bakar.
Program ini dianjurkan sebagai platform untuk memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penglibatan aktif golongan muda dalam aktiviti kebajikan dan khidmat masyarakat. Di samping itu, program ini turut bertujuan memperkukuhkan nilai kerjasama, tanggungjawab sosial serta semangat kebersamaan dalam membina masyarakat yang lebih prihatin dan harmoni.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Encik Che Samsuzuki bin Che Noh, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan. Turut hadir memeriahkan program ialah Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang yang turut memberikan sokongan terhadap usaha memperkasakan budaya kesukarelawanan dalam kalangan belia di daerah ini.
Penganjuran program seumpama ini diharap dapat terus menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan yang berkualiti serta memperluaskan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, komuniti dan golongan belia dalam usaha memperkukuhkan kesejahteraan masyarakat.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my