19/08/2026
🦷✨ PROGRAM KAMPUNG ANGKAT PERGIGIAN DI KAMPUNG DALAM KERAWAT 2026 ✨🦷
Pada tarikh 19 Ogos 2026 telah berlangsungnya Program Kampung Angkat Pergigian di Kampung Dalam Kerawat anjuran Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Machang dengan kolaborasi Pondok Assobirin.
Melalui kesempatan ini, pihak Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Machang dan Pejabat Kesihatan Daerah Machang turut bersama-sama dalam program tersebut bagi menyampaikan promosi dan pendidikan kesihatan pergigian kepada komuniti setempat.
🦷 Antara aktiviti yang dijalankan termasuk:
🔹 Pemeriksaan kesihatan
🔹 Pemeriksaan dan rawatan pergigian
🔹 Ceramah, pendidikan dan promosi kesihatan pergigian
🔹 Pameran pergigian
Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pihak pengunjung.
Penglibatan pihak pergigian dalam program kemasyarakatan seperti ini merupakan salah satu usaha untuk mendekatkan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada masyarakat, di samping meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut dan gigi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pondok Assobirin atas peluang dan kerjasama yang diberikan, serta kepada Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Bachok atas sokongan melalui penyediaan Klinik Pergigian Bergerak Bachok bagi menjayakan aktiviti pemeriksaan pergigian dalam program ini.
Semoga jalinan kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat dan kesejahteraan komuniti. 🤝🏻
Gigi Sihat, Senyuman Hebat, Hidup Bermakna! ✨