Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang Mari bersama kami. Berfikir, merancang dan bertindak untuk masa depan bersama Islam yang gemilang !

KENYATAAN MEDIADEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MACHANGINSIDEN TAMPAR MAHASISWA CEMARKAN MARTABAT UNIVERSITI, KPT HARUS BERTANGG...
02/06/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MACHANG

INSIDEN TAMPAR MAHASISWA CEMARKAN MARTABAT UNIVERSITI, KPT HARUS BERTANGGUNGJAWAB

1. Pemuda PAS Machang memandang serius laporan polis yang dibuat oleh Saudara Nik Alif Aiman bin Abdul Ariffahmi yang juga merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Machang berhubung insiden yang didakwa berlaku pada 20 Mei 2026 semasa Program Pemerkasaan Bangsa 2.0 di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik, Bentong, Pahang.

2. Pemuda PAS Machang menegaskan bahawa sebarang bentuk kekerasan fizikal terhadap mana-mana individu, khususnya mahasiswa yang hadir dalam program ilmiah dan kepimpinan, adalah sesuatu yang tidak wajar dan bertentangan dengan nilai adab, akhlak serta budaya ilmu yang sepatutnya dijunjung tinggi oleh semua pihak.

3. Kami turut menzahirkan solidariti dan sokongan moral kepada Saudara Nik Alif Aiman serta keluarga beliau yang didakwa terkesan dengan insiden tersebut. Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan tokoh ulama dan negarawan yang dihormati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Justeru, sebarang tindakan yang cuba mencalar maruah waris dan keluarga beliau sewajarnya dipandang serius.

4. Namun demikian, Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang ingin menegaskan bahawa pendirian kami dalam isu ini bukan semata-mata kerana individu yang terlibat merupakan waris kepada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Prinsip yang kami pertahankan adalah prinsip keadilan yang diajar oleh Islam. Tidak kira sama ada seseorang itu anak kepada seorang ulama, anak raja, anak pemimpin negara mahupun anak petani dan rakyat biasa sekalipun, tiada siapa yang berhak dizalimi, dihina atau diperlakukan dengan kekerasan. Setiap insan mempunyai maruah yang wajib dihormati dan hak yang wajib dipelihara.

5. Universiti merupakan medan pembinaan ilmu, akhlak dan kepimpinan yang berperanan melahirkan mahasiswa berfikiran matang serta masyarakat yang bertamadun. Institusi pendidikan tinggi seharusnya menjadi contoh terbaik dalam menyuburkan budaya dialog, penghormatan terhadap perbezaan pandangan serta penyelesaian konflik secara berhemah dan beradab. Justeru, kejadian ini merupakan satu perkara yang amat mendukacitakan kerana bukan sahaja menjejaskan maruah seorang mahasiswa, bahkan turut mencalarkan kemuliaan dan martabat institusi universiti itu sendiri.

6. Lebih membimbangkan, insiden seperti ini didakwa melibatkan seorang individu yang memegang kedudukan tinggi dan sepatutnya berperanan sebagai penjaga (guardian) kepada kewibawaan, integriti dan budaya ilmu dalam institusi pendidikan tinggi. Kepimpinan universiti sewajarnya menjadi contoh terbaik kepada mahasiswa dalam mempamerkan kematangan, kebijaksanaan, kesabaran dan akhlak yang tinggi ketika berhadapan dengan perbezaan pandangan. Mahasiswa belajar bukan sahaja daripada kuliah dan buku, tetapi juga daripada teladan yang ditunjukkan oleh pemimpin dan pentadbir institusi mereka.

7. Sehubungan itu, Pemuda PAS Machang menggesa pihak berautoriti menjalankan siasatan secara bebas, profesional dan menyeluruh dengan mengambil keterangan daripada semua pihak yang terlibat serta saksi-saksi yang berada di lokasi kejadian.

8. Pada masa yang sama, sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap tadbir urus institusi pengajian tinggi negara, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak boleh berdiam diri terhadap isu yang telah menarik perhatian masyarakat ini. KPT perlu memastikan siasatan dalaman dijalankan secara telus serta mengambil langkah sewajarnya bagi memelihara integriti, kewibawaan dan keyakinan rakyat terhadap institusi pendidikan tinggi negara. Kegagalan menangani isu ini dengan baik berisiko menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap sistem pendidikan tinggi yang selama ini menjadi kebanggaan negara.

9. Pemuda PAS Machang berharap semua pihak dapat mengambil iktibar bahawa perbezaan pandangan politik tidak sewajarnya membawa kepada tindakan yang melampaui batas adab dan akhlak. Budaya berhujah dengan ilmu, berbeza pendapat dengan hikmah serta saling menghormati merupakan asas kepada kematangan sesebuah masyarakat demokratik dan bertamadun.

10. Pemuda PAS Machang akan terus mengikuti perkembangan kes ini dan berharap kebenaran dapat ditegakkan demi memelihara prinsip keadilan, maruah insan, kedaulatan undang-undang serta keharmonian masyarakat.

اِنَّ اللّٰهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْاِحْسَانِ وَاِيْتَاۤئِ ذِى الْقُرْبٰى وَيَنْهٰى عَنِ الْفَحْشَاۤءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ ۝٩٠

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya."

“Islam Memimpin”

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MACHANG

3 Jun 2026

02/06/2026
Salam AidilAdha10 Zulhijjah 1447H | 27 Mei 2026MDikesempatan Hari Raya AidilAdha yang penuh keberkatan ini, kami daripad...
27/05/2026

Salam AidilAdha
10 Zulhijjah 1447H | 27 Mei 2026M

Dikesempatan Hari Raya AidilAdha yang penuh keberkatan ini, kami daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada seluruh umat Islam.

Semoga pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S menjadi pedoman buat kita dalam memperkukuhkan iman, ukhuwwah serta perjuangan Islam.

“Semoga Amal Ibadah Kita Diterima Oleh Allah SWT”

Ikhlas daripada
Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang

✨ AYUH MEMBESARKAN SYIAR ISLAM DI BUMI MACHANG! ✨🌙 Sambutan Penghayatan Hari Wukuf Parlimen Machang 2026 kembali menghim...
25/05/2026

✨ AYUH MEMBESARKAN SYIAR ISLAM DI BUMI MACHANG! ✨

🌙 Sambutan Penghayatan Hari Wukuf Parlimen Machang 2026 kembali menghimpunkan seluruh masyarakat dalam suasana penuh keinsafan, ukhuwah dan penghayatan menuju Hari Arafah.

🕌 Marilah bersama-sama hadir memeriahkan program yang penuh keberkatan ini:

📅 26 Mei 2026 | Selasa
🕗 8.00 Pagi
📍 Dataran Kenanga, Bandar Machang

🎙 Menampilkan pengkuliah jemputan istimewa:
Profesor Emeritus Dato’ Dr Johari Bin Mat
(Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru - IPTG)

🌿 Antara pengisian yang bakal menyentuh hati:
✅ Penghayatan makna Hari Wukuf
✅ Tausiyah dan peringatan menuju Aidiladha
✅ Himpunan ummah dalam suasana penuh mahabbah

📌 Digalakkan:
🤍 Berpakaian putih
🕌 Membawa sejadah & kelengkapan solat
🌙 Berpuasa sunat Hari Arafah

✨ Jangan lepaskan peluang merebut keberkatan hari yang sangat mulia ini.
“Sehari di Arafah, sejuta makna buat jiwa.”

📣 SEMUA DIJEMPUT HADIR!

Pemuda PAS Machang lulus usul: Kerusi Parlimen Machang mesti diserah kembali ditandingi oleh PAS.
24/05/2026

Pemuda PAS Machang lulus usul: Kerusi Parlimen Machang mesti diserah kembali ditandingi oleh PAS.

Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang Kali Ke-58 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini.Majli...
23/05/2026

Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang Kali Ke-58 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Machang, YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Hassan (ADN Temangan), Timbalan Yang Dipertuan PAS Kawasan, YB Ustaz Azhar bin Salleh (ADN Pulai Chondong), serta Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, YB Ahmad Zakhran bin Mat Noor (ADN Kemuning) YB Wan Ahmad Fayhsal (Ahli Parlimen Machang), Wakil Pemuda Negeri Kelantan, Saudara Marwan, hadir sama AJK PAS Kawasan, AJK Dewan-Dewan, para perwakilan serta pemerhati.

Kehadiran yang begitu memberangsangkan daripada anak muda sekitar Parlimen Machang jelas membuktikan bahawa PAS terus dekat di hati golongan muda serta kekal relevan sebagai wadah perjuangan ummah.

Semoga momentum ini terus diperkukuhkan dengan kesatuan fikrah, kekuatan organisasi dan istiqamah dalam perjuangan, agar gerak kerja dakwah dan politik Islam di Machang terus subur serta diberkati Allah SWT.




Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh penerima anugerah sempena Mesyuarat A...
23/05/2026

Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh penerima anugerah sempena Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang atas segala jasa, pengorbanan, komitmen serta kecemerlangan yang telah ditunjukkan.

Semoga segala pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus istiqamah dalam perjuangan, pendidikan, tarbiah, khidmat masyarakat serta pembangunan ummah.

Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan keberkatan, kekuatan dan keikhlasan kepada semua penerima anugerah untuk terus menyumbang demi Islam.

Khusus buat penerima Anugerah Istiqomah, semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya bersama golongan para solihin.

🤲 “Ya Allah, kurniakanlah kepada kami hati yang ikhlas dalam perjuangan, kekuatan dalam berkhidmat serta kesatuan yang membawa rahmat dan kemenangan buat Islam.”

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah.

Semoga terus cemerlang, memimpin dan menjadi inspirasi kepada generasi pemuda akan datang.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam, Kekal Memimpin dan Terus Memimpin.”

SENARAI PENERIMA ANUGERAH
Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang

ANUGERAH CAWANGAN PALING AKTIF DUN

DUN Pulai Chondong — Cawangan Alor Melaka
DUN Kemuning — Kampung Pek
DUN Temangan — Kampung Raja

ANUGERAH IKON USAHAWAN MUDA

Mohd Norhisyam bin Mohd Mokhtar

ANUGERAH KHAS DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MACHANG

Mohammad Haikal Musyrif bin Mohd Sanusi
Fakhrul bin Che Ramli

ANUGERAH PELAJAR PASTI

Wan Nurjannah Assyfa binti Wan Mohd Faruq
(PASTI Darul Qarar Batu 23 Labok)

ANUGERAH GURU CEMERLANG PASTI NEGERI KELANTAN

Cikgu Rosmini binti Yusop

ANUGERAH PELAJAR SRITI

Muhammad Harraz Zafriel bin Muhammad Kamil

ANUGERAH ISTIQOMAH

Allahyarham Muhammad Khairul bin Che Khalid

Address

Machang

Telephone

0139213832

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share