Kesatuan Kakitangan Umum UiTM Cawangan Kelantan

Kesatuan Kakitangan Umum UiTM Cawangan Kelantan Facebook rasmi KKUUiTM Cawangan Kelantan. Sila hubungi AJK untuk sebarang pertanyaan.

“Gerak kerja bagi AGM Tritahunan KKUUiTM Cawangan Kelantan Kali Ke-31 sedang giat dilaksanakan bagi memastikan perjalana...
14/05/2026

“Gerak kerja bagi AGM Tritahunan KKUUiTM Cawangan Kelantan Kali Ke-31 sedang giat dilaksanakan bagi memastikan perjalanan majlis berlangsung dengan lancar dan teratur. Terima kasih kepada seluruh jawatankuasa serta warga kerja yang sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama terbaik.”






04/04/2026

MAKLUMAN TAKZIAH

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang ahli KKU UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu:

ALLAHYARHAM EN. ALWI ZAKARIA
(Kerani N1, Unit Pengurusan Akademik)

telah kembali ke rahmatullah pada malam tadi, jam 10.00 malam.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa-dosanya serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Pihak kami juga merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah

Ikhlas daripada,
MJK dan Ahli KKU UiTM Cawangan Kelantan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & Salam SejahteraYBhg. Datuk / Dato' / Datin / Profesor / Dr. / Tua...
31/03/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & Salam Sejahtera

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Profesor / Dr. / Tuan / Puan,

HEBAHAN PERMOHONAN TABUNG KEBAJIKAN (KECEMERLANGAN AKADEMIK) SPM 2025

Sempena pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM tahun 2025, Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi MARA (KKUUiTM) dengan sukacitanya menjemput ahli KKUUiTM yang berkelayakan untuk memohon Tabung Kebajikan (Kecemerlangan Akademik) bagi keputusan SPM 2025.

Permohonan ini dibuka kepada ahli KKUUiTM yang memenuhi syarat berikut:
* Telah menjadi ahli KKUUiTM sekurang-kurangnya 6 bulan
* Anak memperoleh keputusan minimum 7A dalam peperiksaan SPM 2025

Kaedah Permohonan:

Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 100 hari dari tarikh pengumuman keputusan SPM.

Sehubungan itu, ahli KKUUiTM yang memenuhi syarat adalah layak untuk mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pihak KKUUiTM melalui emel yang dinyatakan.

اوسها، تقوى، مليا

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Sekian, terima kasih

SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN KKUUiTM (MASUK WAD)PUAN NOOR HALIZA BINTI NORDINKesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM) telah...
17/03/2026

SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN KKUUiTM (MASUK WAD)
PUAN NOOR HALIZA BINTI NORDIN

Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM) telah menyampaikan sumbangan daripada Tabung Kebajikan kepada Puan Noor Haliza binti Nordin sebagai tanda keprihatinan dan sokongan.

Beliau telah selesai menerima rawatan di wad.

Semoga Puan Noor Haliza terus diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kekuatan yang berpanjangan.

“Prihatin, Bersatu, Berkebajikan”

Daripada
Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM)

15/03/2026

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa
Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM) Cawangan Kelantan

dengan penuh rasa syukur dan keinsafan mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Semoga sambutan Aidilfitri yang mulia ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan serta memperkukuhkan lagi silaturahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan seluruh warga UiTM Cawangan Kelantan.

Semoga segala amalan sepanjang bulan Ramadan yang lalu diterima oleh Allah SWT serta kita semua dikurniakan kesejahteraan, keberkatan dan kejayaan yang berterusan.

Ikhlas daripada
Majlis Tertinggi & Ahli Jawatankuasa
Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM)
Cawangan Kelantan

PROGRAM AGIHAN IFTAR KASIH UiTM CAWANGAN KELANTAN: REKTOR TURUN DAPUR 2026Machang, 11 Mac 2026 – Program Agihan Iftar Ka...
12/03/2026

PROGRAM AGIHAN IFTAR KASIH UiTM CAWANGAN KELANTAN: REKTOR TURUN DAPUR 2026

Machang, 11 Mac 2026 – Program Agihan Iftar Kasih UiTM Cawangan Kelantan: Rektor Turun Dapur 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat kebersamaan di Café Pentadbiran, UiTM Cawangan Kelantan. Program ini merupakan inisiatif kebajikan bersempena bulan Ramadan yang bertujuan menyemarakkan semangat gotong-royong serta menyantuni warga kampus melalui aktiviti memasak dan agihan bubur lambuk.

Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi ini melibatkan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk yang disertai oleh kakitangan UiTM serta ahli Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM) Cawangan Kelantan. Suasana meriah dapat dilihat apabila para peserta berganding bahu menyediakan hidangan bubur lambuk untuk diagihkan kepada warga universiti.

Pada jam 11.00 pagi, program ini turut diserikan dengan kehadiran Rektor UiTM Cawangan Kelantan yang turun padang menyertai aktiviti memasak melalui segmen “Rektor Turun Dapur”. Dalam ucapan aluan beliau, Rektor menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini serta menekankan kepentingan nilai kebersamaan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga UiTM.

Sebanyak dua sesi agihan bubur lambuk telah diadakan iaitu pada jam 2.00 petang kepada ahli jawatankuasa dan peserta gotong-royong, diikuti sesi kedua pada jam 4.00 petang kepada warga UiTM Cawangan Kelantan di Pintu Pos Masuk UiTMCK.

Program ini dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran serta KKUUiTM Cawangan Kelantan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform memperkukuh hubungan silaturahim dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga universiti.

TAHNIAHSUMBANGAN TABUNG KECEMERLANGAN AKADEMIK (UPKK) 2026Tahniah diucapkan kepadaEncik Hazman Mohd Rosmiatas kejayaan a...
12/03/2026

TAHNIAH
SUMBANGAN TABUNG KECEMERLANGAN AKADEMIK (UPKK) 2026

Tahniah diucapkan kepada

Encik Hazman Mohd Rosmi

atas kejayaan anakanda beliau yang telah memperoleh keputusan cemerlang

9A
dalam peperiksaan UPKK 2026.

Sumbangan daripada
Tabung Kecemerlangan Akademik
Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM)

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada anak-anak warga UiTM yang lain untuk terus mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

TAKZIAHKesatuan Kakitangan UmumUniversiti Teknologi MARA (KKUUiTM)merakamkan ucapan takziah kepadaAhli KKUUiTMEncik Bash...
12/03/2026

TAKZIAH

Kesatuan Kakitangan Umum
Universiti Teknologi MARA (KKUUiTM)

merakamkan ucapan takziah kepada

Ahli KKUUiTM
Encik Basharuddin Mohamad

atas pemergian isteri tercinta.

Sebagai tanda keprihatinan,
Tabung Kebajikan KKUUiTM
telah menyampaikan sumbangan berjumlah

RM300

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh
Allahyarhamah dan menempatkannya dalam kalangan
hamba-Nya yang beriman.

Al-Fatihah

📌 MESYUARAT PRA AGM KKUUiTMMajlis Tertinggi KKUUiTM Cawangan Kelantan (KKUUiTMCK) telah mengadakan Mesyuarat Pra AGM seb...
11/03/2026

📌 MESYUARAT PRA AGM KKUUiTM

Majlis Tertinggi KKUUiTM Cawangan Kelantan (KKUUiTMCK) telah mengadakan Mesyuarat Pra AGM sebagai persediaan awal bagi Mesyuarat Agung yang akan datang.

🗓 Tarikh Mesyuarat: 10 Mac 2026 (Selasa)
🕙 Masa: 10.00 pagi

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan gerak kerja serta perancangan awal bagi memastikan perjalanan Mesyuarat Agung KKUUiTMCK dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan lancar.

📅 Tarikh dijangka AGM KKUUiTMCK: 30 Jun 2026

Semoga segala perancangan yang diatur dipermudahkan dan memberi manfaat kepada seluruh ahli.




SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN  UNTUK BALU AHLI KKUUiTMAllahyarham Mohd Azman bin YunusSumbangan daripada Tabung Kebajikan  ...
10/03/2026

SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN
UNTUK BALU AHLI KKUUiTM

Allahyarham Mohd Azman bin Yunus

Sumbangan daripada Tabung Kebajikan
Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM)
berjumlah

RM500

telah disampaikan kepada balu Allahyarham
sebagai tanda sokongan dan keprihatinan
warga KKUUiTM.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan
hamba-Nya yang beriman serta dicucuri rahmat
oleh Allah SWT.

Amin.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak
dapat meringankan beban balu dan anak-anak
Allahyarham.

Ikhlas daripada

Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM)
Cawangan Kelantan

Serahan Sumbangan Tabung Kebajikan KKUUiTM(Kematian Ibu/Bapa)Tanda ingatan, doa dan keprihatinan bersama. 🤍Semoga roh Al...
06/01/2026

Serahan Sumbangan Tabung Kebajikan KKUUiTM
(Kematian Ibu/Bapa)

Tanda ingatan, doa dan keprihatinan bersama. 🤍

Semoga roh Allahyarham/Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah 🤲

Address

UiTM Cawangan
Machang
18500

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 15:00
Saturday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 16:30

Telephone

+6099762000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesatuan Kakitangan Umum UiTM Cawangan Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kesatuan Kakitangan Umum UiTM Cawangan Kelantan:

Share