Perpustakaan Desa Kampung Pangkal Meleret

Perpustakaan Desa Kampung Pangkal Meleret Menyediakan Prasarana Sumber Maklumat dan Ilmu Untuk Semua Lapisan Masyarakat

POTASSIUM: MINERAL KECIL, KESAN BESAR PADA JANTUNG DAN OTOTPotassium atau kalium ialah sejenis garam mineral yang dipero...
13/06/2026

POTASSIUM: MINERAL KECIL, KESAN BESAR PADA JANTUNG DAN OTOT

Potassium atau kalium ialah sejenis garam mineral yang diperoleh daripada makanan harian. Ia penting untuk fungsi otot, saraf dan rentak jantung.

Namun, paras potassium dalam darah tidak boleh terlalu rendah dan tidak boleh terlalu tinggi.

Apabila terlalu rendah, seseorang boleh mengalami rasa terlalu lesu, otot lemah atau kejang, loya, muntah dan rentak jantung tidak sekata.

Apabila terlalu tinggi p**a, risikonya juga serius, terutama kepada pesakit buah pinggang kronik dan pesakit dialisis.

Ini kerana buah pinggang berperanan mengawal paras potassium dalam badan. Jika fungsi buah pinggang merosot, potassium boleh terkumpul dalam darah dan menyebabkan komplikasi berbahaya.

Sebab itu, nasihat “makan banyak makanan tinggi potassium” tidak sesuai untuk semua orang.

Bagi individu sihat, makanan seperti sayur, buah, kekacang dan sumber makanan semula jadi lain boleh membantu melengkapkan keperluan potassium harian.

Tetapi bagi pesakit buah pinggang, pesakit dialisis atau mereka yang mengambil ubat tertentu, pengambilan makanan tinggi potassium perlu ikut nasihat doktor atau pakar diet.

Potassium penting. Tetapi keseimbangan lebih penting.

Sumber : Public Health Malaysia





📚 DAFTAR u-PUSTAKA HARI INI! 📚Tahukah anda? Dengan keahlian u-Pustaka, anda boleh mengakses pelbagai koleksi digital sep...
13/06/2026

📚 DAFTAR u-PUSTAKA HARI INI! 📚

Tahukah anda? Dengan keahlian u-Pustaka, anda boleh mengakses pelbagai koleksi digital seperti e-buku, e-majalah, bahan rujukan dan banyak lagi — semuanya di hujung jari, bila-bila masa dan di mana sahaja.

✅ Percuma untuk rakyat Malaysia
✅ Akses bahan digital 24/7
✅ Mudah didaftarkan secara dalam talian
✅ Sesuai untuk pelajar, penjawat awam, usahawan dan seluruh keluarga

Ikuti langkah mudah dalam poster ini untuk mendaftar dan mula menikmati dunia ilmu tanpa sempadan.

🌐 Daftar sekarang di: www.u-library.gov.my

“Utamakan Pengetahuan, Ingatlah u-Pustaka”

~ Info Keselamatan ~Ramai ibu bapa percaya anak mereka berada dalam keadaan selamat kerana sentiasa berada di sekeliling...
13/06/2026

~ Info Keselamatan ~
Ramai ibu bapa percaya anak mereka berada dalam keadaan selamat kerana sentiasa berada di sekeliling orang yang dikenali.

Tetapi hakikat yang menyakitkan...

Tidak semua ancaman datang daripada orang asing.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kes seorang datuk berusia 67 tahun yang didakwa merogol cucunya sendiri yang baru berusia 13 tahun.

Datuk.

Orang yang dipercayai.

Orang yang selama ini dianggap pelindung.

Kes seperti ini mengingatkan kita bahawa pemangsa seksual kanak-kanak tidak semestinya orang yang tidak dikenali.

Malah, kajian mendapati hampir 47% kes pencabulan kanak-kanak melibatkan individu yang dikenali mangsa sendiri.

Mereka adalah saudara mara.
Jiran yang rapat.
Pengasuh.
Kawan keluarga.
Atau seseorang yang anak kita jumpa hampir setiap hari.

Sebab itu ibu bapa tidak boleh mengambil sikap:

❌ "Dia dengan atuk je."
❌ "Dia dengan pak cik dia je."
❌ "Takkanlah orang yang kami kenal sanggup buat macam tu."

Kebanyakan pemangsa tidak kelihatan seperti pemangsa.

Mereka pandai mengambil hati kanak-kanak.
Mereka memberi hadiah.
Mereka melayan anak kita dengan baik.
Mereka membina kepercayaan terlebih dahulu.

Sebab itulah ibu bapa perlu peka dengan perubahan pada anak.

Jika anak menunjukkan tanda-tanda ini, jangan abaikan.

Jangan terlalu yakin hanya kerana anak bersama orang yang dikenali.

Dengar apabila mereka bercakap.
Percaya apabila mereka mengadu.

Dalam kebanyakan kes, bahaya datang daripada orang yang paling dipercayai.

Sumber : OH YA





11/06/2026

🤝 RAKAN KOLABORASI MINGGU PERPADUAN 2026 🤝

Kementerian Perpaduan Negara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan kolaborasi strategik yang bersama-sama menjayakan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan.

Sokongan padu daripada agensi kerajaan, syarikat korporat, badan berkanun, pertubuhan, media serta komuniti setempat membuktikan bahawa semangat perpaduan mampu digerakkan melalui kerjasama dan komitmen semua pihak.

Ayuh hadir memeriahkan pelbagai aktiviti menarik yang menghimpunkan kepelbagaian budaya, warisan dan nilai kebersamaan rakyat Malaysia.

Bersama Membina Negara Bangsa.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Jabatan Penerangan Malaysia
Malaysia MADANI
ERA Sabah
JPNIN Sabah





~ Aktiviti Maya ~10/06/2026 (Rabu)KUIZ KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN : 3 MINIT BERTINDAK (Siri 2)1. Apakah perkara pertama ...
10/06/2026

~ Aktiviti Maya ~
10/06/2026 (Rabu)

KUIZ KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN :
3 MINIT BERTINDAK (Siri 2)

1. Apakah perkara pertama yang perlu dilakukan sekiranya ternampak wayar elektrik yang terputus?

2. Apakah yang perlu dilakukan apabila berlakunya gempa bumi?

Selamat Mencuba 🤗🥰







~ Aktiviti Maya ~10/06/2026 (Rabu)KUIZ KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN : 3 MINIT BERTINDAK (Siri 1)1. Apakah perkara pertama ...
10/06/2026

~ Aktiviti Maya ~
10/06/2026 (Rabu)

KUIZ KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN :
3 MINIT BERTINDAK (Siri 1)

1. Apakah perkara pertama yang perlu dilakukan apabila melihat kebakaran kecil?

Selamat Mencuba 🤗🥰







📱❌ Anak susah lepas gajet?Ikuti tip mudah untuk bantu kurangkan ketagihan dan galakkan aktiviti lebih sihat. 💡Ibu bapa, ...
10/06/2026

📱❌ Anak susah lepas gajet?

Ikuti tip mudah untuk bantu kurangkan ketagihan dan galakkan aktiviti lebih sihat. 💡

Ibu bapa, jangan risau—ada cara untuk tangani. 👶🎨






Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia





~ Info Kesihatan ~Uban bukan sekadar tanda usia.Selama ini kita selalu nampak uban sebagai tanda makin tua. Tapi dari su...
10/06/2026

~ Info Kesihatan ~
Uban bukan sekadar tanda usia.

Selama ini kita selalu nampak uban sebagai tanda makin tua. Tapi dari sudut biologi, uban juga boleh dilihat sebagai salah satu cara tubuh “mengalahkan warna” untuk melindungi diri.

Rambut menjadi putih apabila sel pigmen rambut semakin berkurang atau tidak lagi aktif menghasilkan melanin. Menariknya, apabila sel pigmen ini mengalami tekanan, kerosakan DNA atau proses penuaan, tubuh boleh menghentikan fungsi sel tersebut supaya ia tidak terus membiak dalam keadaan rosak.

Dalam bahasa mudah, ada masa tubuh memilih untuk “hilangkan warna” berbanding membiarkan sel yang tidak sihat terus aktif. Sebab itu ada kajian mencadangkan uban mungkin sebahagian daripada mekanisme perlindungan semula jadi tubuh.

Ini bukan bermaksud uban mencegah kanser atau semua uban tanda badan sihat. Tetapi ia mengingatkan kita bahawa tubuh ini ada cara tersendiri untuk menjaga diri, walaupun caranya kadang-kadang muncul sebagai helaian putih di kepala.

Jadi jangan terlalu benci uban.
Ia mungkin bukan sekadar tanda anda semakin berusia.

Ia juga tanda tubuh pernah bertahan, memperbaiki diri, dan memilih jalan yang lebih selamat.

Kalau uban muncul terlalu awal, terlalu cepat, bersama rambut gugur teruk, cepat letih, pucat atau turun berat badan, barulah wajar buat pemeriksaan.

Uban bukan kegagalan untuk kekal muda.
Kadang-kadang, ia ialah parut kecil yang tubuh tinggalkan selepas banyak kali melindungi kita secara senyap.






Sumber : Public Health Malaysia





10/06/2026
09/06/2026

Lihat video Perpustakaan Negara Malaysia.

Address

Machang
18500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kampung Pangkal Meleret posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share