23/09/2025
*Mohon penjelasan daripada pihak berkaitan. Apakah implikasinya sekiranya seseorang melakukan perjalanan jauh, contohnya dari Ipoh ke Johor Bahru (UTM) untuk berjumpa anak, tetapi cip pada kad pengenalan menghadapi masalah dan tidak dapat digunakan? Perjalanan tersebut berlaku pada hujung minggu dan diikuti cuti panjang seperti pada 13/09 hingga 16/09 yang lalu. Sepanjang perjalanan, dianggarkan sebanyak 150 liter minyak diperlukan dan kos mengikut harga pasaran sekitar RM90 perlu ditanggung kerana tidak dapat menggunakan kad pengenalan tersebut.
Selain itu, bagaimana p**a dengan pekerja yang berulang-alik setiap hari dari Taiping ke Ipoh, Taiping ke Butterworth, Rawang ke Kuala Lumpur, serta Seremban ke Kuala Lumpur? Adakah sebarang kajian telah dijalankan untuk mengakomodasi golongan pekerja B40 dan M40 ini yang menanggung kos perjalanan harian yang tinggi?