Rakan Segari

Rakan Segari Rakan Segari (Friends of Segari) is an action coalition for NGO’s, Organization and Individual to ensure sustainability of Nature Space in Segari, Manjung

Currently the coalition focusing on several Forest Reserve, Permanent Forest Reserve, Virgin Jungle Reserve and Pristine Beaches that scattered along the coastal rainforest such as Segari Melintang, Tanjung Hantu, Tanjung Burung, Teluk Kopiah, Batu Undan, Kota Siam, Gunung Tunggal, Talang Island and Pasir Panjang Recreational Forest. Apart from the nature space sustainability program we also focus on conservation of turtle species where Segari coastal line become their hatchery ground and endemic tree species of Shorea Lumutensis (The White Balau). For social responsibility program the coalition assisting the Teluk Senangin Community in empower their economic sustainability by advising on eco tourism industry surrounding Segari Nature Space and this correlated with our final objective in pushing the state government to gazette the remaining nature space into state park. Currently the active coalition members are:

1. KUASA – Persatuan Aktivis Sahabat Alam
2. PEKA – Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia
3. SAM – Sahabat Alam Malaysia
4. MNeP - Macaca Nemestrina Project
5. Malaysian Primate Society
6. School of Biological Science, Universiti Sains Malaysia
7. PERASAP - Persatuan Eksplorasi Alam Sekitar Perak
8. Greenpeace Malaysia
9. GRASS - Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia
10. Sahabat Ekologi Perak
11. MyKP – Teluk Senangin
12 JARING - Persatuan Pendidikan Dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia
dan NGO
13. GEONAT
14. PKKKD - Persatuan Kelip-Kelip Kampung Dew
15 BUMI HIJAU - Pertubuhan Bumi Hijau
16. NOAS - Nature Oceanograpphy Advocate Society
17. Masoorat Heritage Park
18. Laman Karya Lumut
19. Persatuan Penggiat Alam Segari

Alasan-dan kenyataan diberikan oleh agensi dan exco agak memalukan. Kami orang awam bukan duduk di bawah tempurung, buka...
03/09/2026

Alasan-dan kenyataan diberikan oleh agensi dan exco agak memalukan. Kami orang awam bukan duduk di bawah tempurung, bukan dungu. Usahlah anggap penduduk sekitar tidak tahu apa sedangkan kami ini yang secara harian tinggal berdekatan dengan kilang-kilang ini. Kami juga yang menanggung kesan dari pencemaran dan pelepasan sisa setiap kali ia berlaku.

Mereka yang bersalah hendaklah dihukum sewajarnya namun jika ianya tidak berlaku nampaknya jiwa-jiwa yang memikul amanah ini semuanya dah gelap dan menunggu masa dibakar kelak di neraka jahanam

Sampel air dari tiga lokasi di Sungai Sitiawan telah diambil Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi menentukan punca pencemaran yang menyebabkan kematian ikan di sungai berkenaan pada Ahad lalu.

Barangsiapa yang terlibat dan bersekongkol dalam membunuh hidupan akuatik di Sg Sitiawan ini WAJIB dibawa ke muka pengad...
01/09/2026

Barangsiapa yang terlibat dan bersekongkol dalam membunuh hidupan akuatik di Sg Sitiawan ini WAJIB dibawa ke muka pengadilan dan dihukum sekeras-kerasnya. HAK orang awam untuk hidup dalam suasana yang aman, selamat dan bebas daripada ancaman sebegini telah dirampas.

Begitu juga nasib nelayan sungai, para pemancing, pengusaha bot memancing, pengusaha chalet, kedai makan, kedai ikan, orang kampung dan orang awam lain yang mencari rezeki berdasarkan alam sekitar dan hidupan di dalam sungai ini.

Premis yang dipercayai membebaskan sisa ini turut dilaporkan oleh orang awam pernah bertindak sedemikian sebelum ini. Kita mengharapkan tiada layanan istimewa untuk pelaku sebegini.

Ayuh kita raikan Hari Paya Bakau Sedunia di Changkat Keruing, Perak.
15/07/2026

Ayuh kita raikan Hari Paya Bakau Sedunia di Changkat Keruing, Perak.

🌿💚 𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐘𝐀 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐔 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔! 🌱🛶

Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung dan JKKK Kampung Changkat Keruing menjemput seluruh masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗛𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗮𝘆𝗮 𝗕𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗦𝗲𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮.

📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟐𝟔 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐀𝐡𝐚𝐝)
📍 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭: Kg. Changkat Keruing
📌 Lokasi: https://maps.app.goo.gl/dzx833yCSrogtwLbA?g_st=

Bersempena sambutan Hari Hutan Paya Bakau Sedunia 2026, program ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem hutan paya bakau yang menjadi khazanah alam semula jadi serta benteng penting dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Antara aktiviti menarik yang menanti anda:
🌳 Lawatan sambil belajar menaiki bot ke hutan paya bakau Changkat Keruing
🪴 Semaian anak benih bakau
🎍 Penjualan anak pokok bakau
🪾 Aktiviti penanaman anak pokok bakau
🚣🏻‍♂️ Aktiviti berkayak
🎨 Pertandingan mewarna
🍀 Pameran kesedaran alam sekitar

Program ini bukan sahaja memberi peluang untuk mendekati alam semula jadi, malah dapat meningkatkan pengetahuan tentang peranan penting hutan paya bakau dalam melindungi biodiversiti, mengurangkan hakisan pantai serta menjamin kelestarian alam untuk generasi akan datang. 💚

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
* Siti: +60 12-299 1450

🌿 Ayuh bersama-sama menjadi pencinta alam dan menyokong usaha memelihara khazanah hutan paya bakau negara!

𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗗𝗜 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗨 𝗦𝗘𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗗𝗜 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚 𝗖𝗛𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗥𝗨𝗜𝗡𝗚! 🙌💚






Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/mpmanjung
Instagram: https://www.instagram.com/majlisperbandaranmanjung/
X: https://twitter.com/MPManjung
Laman Web: https://www.mpm.gov.my
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Youtube: https://www.youtube.com/

Dr Selamatkan Teluk Rubiah Manjung : Teluk Rubiah dan sejarahnya telah terkubur. Bahkah kubur batu nisan lama orang asal...
08/07/2026

Dr Selamatkan Teluk Rubiah Manjung :

Teluk Rubiah dan sejarahnya telah terkubur. Bahkah kubur batu nisan lama orang asal dipindahkan atas nama sebuah pembangunan yang tidak lagi lestari alamnya.

Dari status Tanah Rizab Melayu dibangunkan menjadi Zon Pelancongan (Teluk Rubiah Resort & Royal Golf ) berubah kepada Zon Industri (Vale SA). Dari sebuah lautan zon penangkapan nelayan pesisir pantai kepada sebuah jeti dermaga berkilometer bagi kapal-kapal bijih terbesar dunia melabuh. Dari kawasan pesisir dan hijau kategori sensitif tahap 2 (KSAS 2- RFN) hancur berderai menjadi tapak/hub bijih-bjih besi.

Maka, ketahuilah generasi hari ini, maafkan kami tiada daya mengekalkannya untuk generasi kini menikmatinya sepertimana orang orang terdahulu menikmati flora dan fauna yang Tuhan anugerahkan secara semulajadi. Nikmat yang didustakan kini.

Rasanya, sudah tiba masanya nama Teluk Rubiah dipadam daripada papan tanda kerana Teluk Rubiah sudah tidak lagi wujud, kerana ia telah dijual kepada Syarikat dari Brazil, iaitu Vale

rujuk ruangan komen

Address

Lumut

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rakan Segari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rakan Segari:

Shortcuts

Share