Pemuda Amanah Lumut

Pemuda Amanah Lumut Pemuda Amanah Lumut adalah sayap pemuda bagi Amanah Kawasan Lumut

30/03/2026

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH PERAK

*INI CELAKA! KEJAHATAN YANG TIDAK BOLEH DIKOMPROMI: SAMPAI BILA LAGI NYAWA RAKYAT JADI KORBAN?*

Pemuda AMANAH Perak memandang serius insiden kemalangan maut di Klang yang melibatkan seorang penunggang motosikal yang menjadi mangsa kepada pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kehilangan yang amat menyedihkan ini. Semoga keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini. Dalam masa yang sama, kami berharap agar kerajaan dapat meneliti bentuk bantuan yang sewajarnya kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban yang ditanggung.

Kejadian seperti ini bukan lagi sesuatu yang terpencil, ia semakin kerap berlaku dan terus meragut nyawa rakyat yang tidak bersalah akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu.

Ini bukan sekadar kecuaian. Ini adalah satu bentuk kejahatan yang tidak boleh dikompromi.

Apa yang lebih mengecewakan, setiap kali tragedi berlaku, kita hanya mendengar janji untuk mengkaji, meneliti dan mempertimbangkan pindaan undang-undang, namun sehingga hari ini, kesannya masih belum cukup untuk benar-benar mengekang jenayah ini.

Sampai bila kita mahu terus “kaji”? Berapa banyak lagi nyawa perlu terkorban sebelum tindakan lebih tegas diambil?

Kes seperti ini jelas membuktikan bahawa undang-undang sedia ada masih belum cukup untuk memberi kesan pencegahan yang sebenar terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Pemuda AMANAH Perak mendesak agar kerajaan segera memperketatkan undang-undang, mempercepatkan pindaan berkaitan serta memperkukuh penguatkuasaan tanpa berlengah.

Sehubungan itu, kami turut menggesa agar isu ini dibawa secara serius dalam Sidang Parlimen akan datang melalui usul di bawah Aturan Mesyuarat bagi membincangkan keperluan mendesak untuk memperketatkan undang-undang serta hukuman terhadap kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Ini bukan lagi isu kecil. Ini soal nyawa rakyat.

Keutamaan mesti diberikan kepada keselamatan awam, dan tindakan tegas perlu dilaksanakan sekarang, bukan selepas lebih banyak tragedi berlaku.

*KHAIROL NAJIB HASHIM*
Ketua Pemuda AMANAH Perak

Sempena bulan Syawal yang mulia, saya mewakili pimpinan Pemuda Amanah Lumut ingin menitipkan ucapan salam, permohonan ke...
28/03/2026

Sempena bulan Syawal yang mulia, saya mewakili pimpinan Pemuda Amanah Lumut ingin menitipkan ucapan salam, permohonan kemaafan dan kebaikan doa untuk semua sahabat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026, semoga ukhuwwah berpanjangan dan ikatan silaturrahim mekar selamanya. ✨

Semakin hampir ke penghujung Ramadan…Bukan hanya amalan yang perlu diperbaiki,tetapi juga hati dan akhlak kita.Maafkan o...
18/03/2026

Semakin hampir ke penghujung Ramadan…

Bukan hanya amalan yang perlu diperbaiki,
tetapi juga hati dan akhlak kita.

Maafkan orang.
Minta maaf.
Pulangkan hak.

Kerana di akhirat nanti,
mata wang kita hanyalah pahala dan dosa.

Tahniah Ketua Pemuda Amanah Lumut atas perlantikan sebagai Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Manjung untuk sesi 2026-202...
17/03/2026

Tahniah Ketua Pemuda Amanah Lumut atas perlantikan sebagai Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Manjung untuk sesi 2026-2028.

Wear the crown, bear the burden.

Itulah PAS. Tak perlu undi golongan try hard macam ni. Semua parti salah, depa jer rasa betul 💯
14/03/2026

Itulah PAS. Tak perlu undi golongan try hard macam ni. Semua parti salah, depa jer rasa betul 💯

Hari ke-23 Ramadan 🌙Jika pintu syurga sudah dibuka,dan syaitan sudah dibelenggu…maka penghalang sebenar kepada kebaikanh...
13/03/2026

Hari ke-23 Ramadan 🌙

Jika pintu syurga sudah dibuka,
dan syaitan sudah dibelenggu…

maka penghalang sebenar kepada kebaikan
hanyalah diri kita sendiri.

Gunakan baki Ramadan ini untuk memperbaiki diri.

Ramadan mengajar kita tentang dua perkara besar:✨ Tanggungjawab kepada Allah✨ Tanggungjawab kepada keluargaBahkan selepa...
12/03/2026

Ramadan mengajar kita tentang dua perkara besar:

✨ Tanggungjawab kepada Allah
✨ Tanggungjawab kepada keluarga

Bahkan selepas seseorang meninggal dunia, keluarganya masih boleh membantu menyempurnakan kewajipan ibadahnya.

Semoga Ramadan ini menjadikan kita lebih bertanggungjawab dalam ibadah.

Hari ke-21 Ramadan 🌙Dalam panas yang terik,dalam perjalanan yang jauh,masih ada yang tetap berpuasa.Begitulah semangat g...
11/03/2026

Hari ke-21 Ramadan 🌙

Dalam panas yang terik,
dalam perjalanan yang jauh,
masih ada yang tetap berpuasa.

Begitulah semangat generasi sahabat.

Jika mereka mampu beribadah dalam kesusahan,
mengapa kita mudah menyerah dalam kesenangan?

Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan:✨ Kegembiraan ketika berbuka.✨ Kegembiraan ketika bertemu Allah.Kegembiraan...
10/03/2026

Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan:

✨ Kegembiraan ketika berbuka.
✨ Kegembiraan ketika bertemu Allah.

Kegembiraan pertama kita rasai setiap hari.
Kegembiraan kedua menanti di akhir perjalanan hidup.

Semoga puasa kita menjadi sebab kebahagiaan di dunia dan akhirat. 🤲

Dalam hadis qudsi, Allah berfirman:“Semua amalan anak Adam adalah untuk dirinya kecuali puasa.Puasa itu milik-Ku dan Aku...
09/03/2026

Dalam hadis qudsi, Allah berfirman:

“Semua amalan anak Adam adalah untuk dirinya kecuali puasa.
Puasa itu milik-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya.”

Puasa adalah ibadah yang paling tersembunyi.
Tiada siapa tahu keikhlasan kita selain Allah.

Teruskan istiqamah di hari-hari akhir Ramadan. 🤲

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.Puasa adalah ibadah hati.Rasulullah SAW bersabda:“Barangsiapa berpuasa di b...
06/03/2026

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
Puasa adalah ibadah hati.

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan kerana iman dan mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

Puasa dengan iman.
Puasa dengan harap kepada Allah.

Mudah-mudahan Ramadan ini menjadi sebab keampunan kita semua. 🤲

“Berpuasalah kamu kerana melihat anak bulan…”Islam bukan agama agak-agak.Ia agama disiplin, tertib dan kepatuhan.Ada kae...
03/03/2026

“Berpuasalah kamu kerana melihat anak bulan…”

Islam bukan agama agak-agak.
Ia agama disiplin, tertib dan kepatuhan.

Ada kaedah.
Ada aturan.
Ada hikmah.

Taatlah walaupun dalam perkara sekecil melihat hilal. 🌙

Address

Lumut

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Amanah Lumut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda Amanah Lumut:

Share