Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang

Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang

02/06/2026

๐€๐ž๐๐ž๐ฌ ๐ญ๐š๐ค ๐ฉ๐ข๐ฅ๐ข๐ก ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ. ๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ฃ๐ฎ๐ ๐š ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ฃ๐š๐๐ข ๐ฌ๐š๐ฌ๐š๐ซ๐š๐ง.

Tempat pembiakan Aedes boleh wujud di mana-mana sahaja jika ada air bertakung.

Jadikan pemeriksaan rumah sebagai rutin mingguan. Luangkan 10 minit sahaja untuk periksa dan pastikan tiada air bertakung di dalam serta kawasan sekitar rumah.

โœ… Periksa pasu bunga
โœ… Tutup bekas air
โœ… Buang air bertakung dalam tayar, longkang dan bekas terbiar
โœ… Pastikan kawasan rumah bersih dan bebas tempat pembiakan Aedes

10 minit hari ini boleh lindungi keluarga daripada denggi.

Jom cari dan musnah tempat pembiakan Aedes!



Kredit : Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM / MyHealthKKM

02/06/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran dan Selamat Bersara kepada Pn. Suraiya Syed Mohamed, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan.

Kami warga Promosi Kesihatan Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang menerajui Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

Selamat Bersara Puan Suraiya Syed Mohamad, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
02/06/2026

Selamat Bersara Puan Suraiya Syed Mohamad, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Seluruh Warga Bahagian Pendidikan Kesihatan mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran dan Selamat Bersara kepada Pn. Suraiya Syed Mohamed, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan.

Pasar malam penuh dengan warna,
Berbagai juadah menarik selera;
Kata-kata puan cukup bermakna,
Kami jadikan azimat sepanjang kerjaya

Tuai padi tinggal jerami,
Mega petang berteduh redup;
Dunia persaraan bakal di alami
Moga tenang nikmati hidup

Selamat Bersara Puan Suraiya Syed Mohamad, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKMSelamat bersara dan selamat melang...
01/06/2026

Selamat Bersara Puan Suraiya Syed Mohamad, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Selamat bersara dan selamat melangkah ke fasa kehidupan yang baru. Segala jasa, bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Terima kasih atas dedikasi, komitmen dan inspirasi yang telah diberikan. Semoga hari-hari persaraan dipenuhi dengan ketenangan, kebahagiaan, kesihatan yang baik, serta masa berkualiti bersama keluarga tercinta.

Walaupun tidak lagi berkhidmat, segala kenangan dan sumbangan akan terus menjadi sebahagian daripada legasi yang bermakna.

Selamat bersara. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. ๐ŸŒท



๐Ÿ“– EDISI BAHARU E-MAJALAH KINI TIBA! ๐Ÿ“–

Klik https://bit.ly/43OEsws untuk bacaan. Dapatkan panduan kesihatan fizikal, mental dan sosial yang terkini untuk anda dan keluarga. Antara perkongsian menarik bulan ini..

โœ… Persaraan Pn. Suraiya Syed Mohamad, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM merangkap Ketua Editor e-majalah MyHEALTH for Life
โœ… Inisiatif 'Sihat Itu Saya' & Sambutan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia.
โœ… Info Penyakit: Gout jejas kualiti hidup & kisah inspirasi Hidradenitis Suppurativa.
โœ… Tip harian :
1. Cara betul baca label makanan
2. Keselamatan makanan
3. Pelupusan ubat dengan selamat (MyMediSAFE).

Dirgahayu Tuanku
01/06/2026

Dirgahayu Tuanku

๐——๐—œ๐—ฅ๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang-Dipertuan Agong Sultan Ibrahim

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja Kementerian Kesihatan Malaysia.

Gawai diraikan dengan kegembiraan, bukan kemudaratan. Utamakan kesihatan, amalkan kesederhanaan, dan raikan dengan penuh...
31/05/2026

Gawai diraikan dengan kegembiraan, bukan kemudaratan. Utamakan kesihatan, amalkan kesederhanaan, dan raikan dengan penuh tanggungjawab.

Gayu Guru, Gerai Nyamai. Sihat Sentiasa, Gawai Ceria.

Kesihatan dan GawaiRaikan Gawai dengan penuh kegembiraan dan tanggungjawab.โœ… Makan secara sederhana dan seimbangโœ… Minum ...
31/05/2026

Kesihatan dan Gawai
Raikan Gawai dengan penuh kegembiraan dan tanggungjawab.

โœ… Makan secara sederhana dan seimbang
โœ… Minum air secukupnya
โœ… Hadkan atau elakkan pengambilan alkohol
โœ… Dapatkan rehat yang mencukupi
โœ… Utamakan keselamatan di jalan raya

Gayu Guru, Gerai Nyamai. Sihat Sentiasa, Gawai Ceria!

Raikan setiap detik kehidupan dengan pilihan yang bijak. Alkohol boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental, meningk...
31/05/2026

Raikan setiap detik kehidupan dengan pilihan yang bijak. Alkohol boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental, meningkatkan risiko kemalangan serta memberi kesan kepada keluarga dan masyarakat. Pilihlah gaya hidup sihat dengan mengutamakan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal dan hubungan yang positif bersama insan tersayang.

Sihat tanpa alkohol, hidup lebih selamat, produktif dan bermakna. Kesihatan adalah aset paling berharga โ€“ hargailah ia dengan membuat pilihan yang tepat.


Bagi anda yang merancang untuk ke luar negara atau baru sahaja pulang, KKM ingin mengingatkan semua agar sentiasa mengut...
31/05/2026

Bagi anda yang merancang untuk ke luar negara atau baru sahaja pulang, KKM ingin mengingatkan semua agar sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri sepanjang perjalanan.

Walaupun risiko jangkitan penyakit Ebola kepada orang awam di Malaysia ketika ini adalah rendah, mengambil langkah awal pencegahan itu amat penting!

Ikuti panduan sebelum perjalanan, semasa di negara terjejas dan selepas pulang ke Malaysia.

KKM sentiasa memantau situasi semasa dan memperkukuh kesiapsiagaan negara demi keselamatan kita semua.

Elak panik, kekal waspada. Terus amalkan kebersihan diri yang optimum walau di mana jua anda berada!



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

TEMPAT AEDES MEMBIAK LEBIH DEKAT DARIPADA YANG KITA SANGKA. Jangan hanya periksa kawasan luar rumah. Aedes juga boleh me...
31/05/2026

TEMPAT AEDES MEMBIAK LEBIH DEKAT DARIPADA YANG KITA SANGKA.

Jangan hanya periksa kawasan luar rumah. Aedes juga boleh membiak di tempat kecil dan tersembunyi seperti bekas tadahan penapis air, pelapik rak pinggan, baldi, kolah air, bekas bunga hiasan, bekas letak berus gigi dan mana-mana bekas kecil yang boleh menakung air.

Nampak air bertakung? Jangan biarkan.

Buang, bersihkan atau terus musnahkan sebelum menjadi tempat pembiakan Aedes.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Address

Limbang
98700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6085211046

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang:

Share