SK Taman Skudai Baru 2 Johor Bahru

SK Taman Skudai Baru 2 Johor Bahru JALAN HANG KASTURI 21, TAMAN SKUDAI BARU, 81300 JOHOR BAHRU

🏆 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-19 SKUBA2 2026 🏆Perbarisan KOT19 SKUBA2 tahun ini tampil unik dan meriah dengan tem...
23/05/2026

🏆 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-19 SKUBA2 2026 🏆

Perbarisan KOT19 SKUBA2 tahun ini tampil unik dan meriah dengan tema buah-buahan yang menyerlahkan kreativiti, warna-warni serta semangat luar biasa daripada setiap rumah sukan dan unit yang bertanding.

✨ Keputusan Perbarisan ✨
🥇 Johan — Rumah Delta 🫐🫐
🥈 Naib Johan — Rumah Gamma 🍓🍓
🥉 Ketiga — Rumah Alpha 🥝🥝
🏅 Keempat — Rumah Beta 🍍🍍
🌟 Kelima — PPKI 🍇🍇
🌟 Keenam — Prasekolah 💖

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada para guru serta ibu bapa yang telah bertungkus-lumus memberi komitmen, masa dan tenaga dalam memastikan setiap persembahan perbarisan berjalan dengan lancar dan penuh meriah.

Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih kepada semua murid atas usaha, semangat dan disiplin yang luar biasa sepanjang persiapan dan persembahan perbarisan. Semangat kalian benar-benar menceriakan kejohanan pada tahun ini 💪✨

🏆 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-19 SKUBA2 2026 🏆KOT19 SKUBA2 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya pada...
23/05/2026

🏆 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-19 SKUBA2 2026 🏆

KOT19 SKUBA2 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya pada 21 Mei 2026 di Padang SKUBA2. Acara ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan murid, malah turut mengeratkan semangat kerjasama seluruh warga sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada perasmi majlis,
Lim Soon Hai (Ahli Majlis Iskandar Puteri Zon 18)
atas kesudian hadir dan merasmikan kejohanan pada tahun ini.

🎖️ Ketua Kontinjen - Prince Jaya Aviram Ruben a/l Suresh
🎖️ Pembawa Bendera Kejohanan - Syed Mohsein Jeffrey bin Syed Mohamed Redza

✨ Tahniah kepada para pemenang ✨

🥇 Johan Keseluruhan — Rumah Alpha 💚
🥁 Johan Perbarisan — Rumah Delta 💙
🏅 Johan Sukantara — Rumah Alpha 💚

👟 Olahragawan
Muhammad Zafran Amsyar bin Fauzul Azim (Alpha)

👟 Olahragawati
Nur Qaseh Qalesya binti Abdul Hafiz (Delta)

⭐ Olahragawan Harapan
Syed Mohsein Jeffrey bin Syed Mohamed Redza (Gamma)

⭐ Olahragawati Harapan
Nur Dauliya Puteri binti Mohamed Hussain (Gamma)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet, guru, ibu bapa serta warga SKUBA2 yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini.

Ucapan terima kasih juga buat 15 orang sukarelawan daripada Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru yang sudi meluangkan masa, tenaga dan komitmen sepanjang kejohanan berlangsung. Kehadiran dan bantuan yang diberikan amat dihargai.

Semoga semangat juang, disiplin dan kesukanan terus subur dalam diri setiap murid. 💪🏻



📸 ALBUM KOT19 -
https://photos.app.goo.gl/9TfYojw5XwQvu4Ne8

🌟 PERTANDINGAN BERCERITA & PIDATO ZON ISKANDAR PUTERI 📆 20 MEI 2026 | RabuTahniah diucapkan kepada peserta yang telah me...
20/05/2026

🌟 PERTANDINGAN BERCERITA & PIDATO ZON ISKANDAR PUTERI

📆 20 MEI 2026 | Rabu

Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah mengharumkan nama sekolah!

🏆 Bercerita
🥉 Nina Quraisya binti Khamarul Sany(6 Zamrud) — Tempat Ketiga
Guru pembimbing - Cikgu Normala Kahar

🏆 Pidato
🎖️ Muhammad Aiman Taqiyyuddin bin Mohd Zuhrie(6 Zamrud) — Tempat Keempat
Guru Pembimbing - Cikgu Maizun Md Saidi

Syabas dan tahniah atas keberanian, usaha serta persembahan yang membanggakan. 👏✨

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada guru-guru pembimbing yang bertungkus-lumus melatih dan membimbing mereka sehingga berjaya. ❤️

Teruskan melakar kejayaan dan terbang lebih tinggi ke arah kecemerlangan SKUBA2!

Selamat Hari Guru 2026 buat seluruh warga pendidik SK Taman Skudai Baru 2. ✨“Guru Bitara, Nadi Negara” menjadi lambang d...
18/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 buat seluruh warga pendidik SK Taman Skudai Baru 2. ✨
“Guru Bitara, Nadi Negara” menjadi lambang dedikasi dan pengorbanan insan hebat yang tidak pernah jemu mendidik serta membentuk generasi masa depan.

Terima kasih kepada PIBG SKUBA2 atas penganjuran majlis yang penuh warna dan meriah dengan tema pakaian color block yang menceriakan suasana sambutan tahun ini. 🌈

Jutaan terima kasih juga kepada murid-murid serta ibu bapa atas segala ucapan, doa dan hadiah yang diberikan kepada guru-guru tersayang. Setiap penghargaan yang diberi amat bermakna dan menjadi pembakar semangat untuk terus menabur bakti. 💐





16/05/2026

🫰

SELAMAT HARI GURU 📚🍎Terima kasih kerana mendidik dengan hati dan membimbing dengan kasih.Di sebalik setiap kejayaan muri...
15/05/2026

SELAMAT HARI GURU 📚🍎

Terima kasih kerana mendidik dengan hati dan membimbing dengan kasih.

Di sebalik setiap kejayaan murid, ada doa, usaha dan kasih seorang guru yang sentiasa ingin melihat anak didiknya berjaya.

Kami tidak sempurna, namun kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk setiap anak didik yang diamanahkan kepada kami.

Terima kasih juga kepada semua murid dan ibu bapa atas sokongan, penghargaan dan kepercayaan yang diberikan sepanjang perjalanan ini.

Selamat Hari Guru daripada seluruh warga SKUBA2 🌷

15/05/2026

💰 Bantuan Bilik Guru Johor 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar Johor atas sumbangan Bantuan Bilik Guru Johor 2026 yang diberikan.

Sumbangan ini amat bermakna dalam membantu meningkatkan keselesaan dan kebajikan warga pendidik demi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

Terima kasih daripada seluruh warga SKUBA2. 💪🏻

✨ Jamuan Nuansa: Simfoni Apresiasi Guru Majlis penuh bermakna sempena Sambutan Hari Guru serta sambutan hari lahir guru-...
15/05/2026

✨ Jamuan Nuansa: Simfoni Apresiasi Guru

Majlis penuh bermakna sempena Sambutan Hari Guru serta sambutan hari lahir guru-guru bagi bulan Januari hingga Mei yang khas dianjurkan oleh Kebirus. 🎂💐

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ingatan, penghormatan serta usaha meraikan warga pendidik SK Taman Skudai Baru 2. Semoga kemesraan dan ukhuwah yang terjalin terus mekar dalam suasana penuh harmoni dan ceria. 💙🏫

Selamat Hari Guru dan selamat menyambut hari lahir kepada semua guru yang diraikan! 🎉

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS ZON ISKANDAR 2026 - BALAPAN📅 13 Mei 2026 (Rabu)📍Educity Sports ComplexTahniah kepada para pemenan...
13/05/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS ZON ISKANDAR 2026 - BALAPAN
📅 13 Mei 2026 (Rabu)
📍Educity Sports Complex

Tahniah kepada para pemenang:

🥈SYED MOHSEIN JEFFREY BIN SYED MOHAMED REDZA (5 ZAMRUD)
Pingat Perak - 100m B11 – 14:40s

🥉 PRINCE JAYA AVIRAM RUBEN A/L SURESH (6 NILAM)
Pingat Gangsa - 80m Lari Berpagar B12 – 15:06s

✨ Senarai Peserta MSSZ (Balapan) SKUBA2
1. Prince Jaya Aviram a/l Suresh (6Z)
2. ⁠Tharvesh Naidu a/l Krishnamurthy Naidu (6N)
3. ⁠Danish bin Rosmizie (6Z)
4. ⁠Thalhah Ubaidillah bin Mohd Faisal (6Z)
5. ⁠Muhammad Firman Dhani bin Md Nor Azlin (6Z)
6. ⁠Nur Qaseh Qalesya binti Abdul Hafiz (6Z)
7. ⁠Muhammad Irfan A***n bin Kamaruddin (6N)
8. ⁠Vithiyashini (6N)
9. ⁠Syed Mohsein Jeffrey bin Syed Mohamed Redza (5Z)
10. ⁠Saravanesh a/l Siva (5N)
11. ⁠Antonio Carlos Nyelang Anak Gerina (5N)
12. ⁠A’ansha Aurora Nuriman binti Mohd Fuzaimie Faizan (5N)
13. ⁠Kiviinesh a/l Guna (4N)
14. ⁠Muhammad Aliff Haqimi bin Nor Asmadi (4N)
15. ⁠Nur Qaseh Qafita binti Muhammad Fikrie (4D)
16. ⁠Muhammad Haziq Irfan bin Mohd Hafiz (4D)

Tahniah dan syabas kepada para atlet SKUBA2 atas pencapaian dan penglibatan yang amat membanggakan!

Terus melangkah ke arah kecemerlangan SKUBA2! 💪🏻🔥

Address

Lima Kedai

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Taman Skudai Baru 2 Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share