Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Lenggong

Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Lenggong Menjalankan segala urusan berkaitan Jabatan Agama Islam Perak(JAIPK) di daerah Lenggong Government organisation

Program daurah ilmiah fiqh ibadah solat jama' dan qasar pegawai masjid daerah lenggong 12/5/2026 di Pejabat Pentadbiran ...
12/05/2026

Program daurah ilmiah fiqh ibadah solat jama' dan qasar pegawai masjid daerah lenggong 12/5/2026 di Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Lenggong

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRITarikh    : 17 April 2026Hari        : JumaatMasa     : 8.30 pagiT...
07/05/2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Tarikh : 17 April 2026
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Pentadbiran Agsma Islam Lenggong

Majlis ini dihadiri oleh semua kakitangan Pejabat Pentadbiran Agama Islam Lenggong. Dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dipimpin oleh al-Fadil Ustaz Abdul Zali bin Shafie, Ketua Unit Dakwah Pejabat Pentadbiran Agama Islam Lenggong. Setelah itu, diakhiri dengan doa selamat yang dipimpin oleh Pegawai Tadbir Agama Lenggong.

Manakala jamuan Hari Raya Aidilfitri p**a turut diserikan dengan kehadiran Guru Agama Dakwah serta petugas-petugas kebersihan dan keselamatan pejabat. Semoga dengan majlis yang sederhana ini dapat mengukuhkan ukhuwah silaturrahim dalam berorganisasi serta memupuk semangat mencintai dan mengamalkan pembacaan al-Quran dalam kehidupan seharian.

MESYUARAT AGUNG SKUAD AMEERAH MASJID-MASJID DAERAH LENGGONG DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2026Tarikh   : 16 Apri...
07/05/2026

MESYUARAT AGUNG SKUAD AMEERAH MASJID-MASJID DAERAH LENGGONG DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2026

Tarikh : 16 April 2026
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan Pejabat Pentadbiran Agama Islam Lenggong

Buat julung kalinya Mesyuarat Agung Skuad Ameerah diadakan bersekali dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Kehadiran ahli disertai bersama wakil-wakil dari Biro Muslimah dan Beliawanis dari Masjid-Masjid Daerah Lenggong.

Manakala jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Skuad Ameerah diserikan lagi dengan kehadiran oleh Yang Berbahagia Datin Seri Hajjah Hamisah binti Hussin, Timbalan Penaung PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri Malaysia selaku perasmi utama majlis berkenaan.

🌙 PROGRAM KULIAH SANTAI TAPI SAMPAIAnjuran Guru Agama Dakwah Lenggong🎙 Edisi Khas:“Nikmat Raya: Sejarah dan Sunnah”Ayuh ...
31/03/2026

🌙 PROGRAM KULIAH SANTAI TAPI SAMPAI
Anjuran Guru Agama Dakwah Lenggong
🎙 Edisi Khas:
“Nikmat Raya: Sejarah dan Sunnah”
Ayuh bersama kita menambah ilmu dan menghayati makna sebenar Aidilfitri dari sudut sejarah serta sunnah Rasulullah ﷺ, agar sambutan raya kita lebih bermakna dan diberkati.
👤 Panel:
Ustz Raja Mohamad Nur Islahul Khair Bin Raja Aspan
(Guru Agama Dakwah Taiping)
🎤 Moderator:
Ustaz Ahmad Badrul Al Hafiz Bin Ahmad Fauzi
(Guru Agama Dakwah Lenggong)
📅 Tarikh: 30 Mac 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 11.30 pagi – selesai
📍 Siaran Langsung: TikTok Guru Agama Dakwah Lenggong
🔗 https://tiktok.com/
📲 Jangan lupa ikuti, tonton dan kongsikan kepada sahabat serta keluarga agar lebih ramai mendapat manfaat.
“Ilmu disampaikan secara santai, namun mesejnya sampai ke hati.” 🤲

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ...
08/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita dapat berhimpun pada pagi yang penuh barakah ini sempena Program Nur Ramadan: Bicara Nuzul Al-Quran anjuran SMK Dato’ Ahmad Lenggong.
Program ini diadakan bertujuan untuk menghayati peristiwa agung Nuzul Al-Quran, iaitu saat turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk dan pedoman hidup bagi seluruh umat manusia.

Melalui program ini, diharapkan para pelajar dan warga sekolah dapat memahami kepentingan Al-Quran dalam kehidupan, seterusnya menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam setiap aspek kehidupan seharian.

Sehubungan itu, kita amat bertuah pada pagi ini kerana bersama kita seorang penceramah yang tidak asing lagi, iaitu Ustaz Badrul al-Hafiz bin Ahmad Fauzi, Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Lenggong, yang akan menyampaikan Bicara Nuzul Al-Quran kepada kita semua.

Semoga dengan perkongsian yang akan disampaikan nanti dapat memberi manfaat, menambahkan ilmu serta menyemarakkan lagi kecintaan kita terhadap Al-Quran.
Dengan itu, marilah kita bersama-sama mengikuti program ini dengan penuh perhatian dan penghayatan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ...
08/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita dapat berhimpun pada pagi yang penuh barakah ini sempena Program Nur Ramadan: Bicara Nuzul Al-Quran anjuran SMK Dato’ Ahmad Lenggong.
Program ini diadakan bertujuan untuk menghayati peristiwa agung Nuzul Al-Quran, iaitu saat turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk dan pedoman hidup bagi seluruh umat manusia.

Melalui program ini, diharapkan para pelajar dan warga sekolah dapat memahami kepentingan Al-Quran dalam kehidupan, seterusnya menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam setiap aspek kehidupan seharian.

Sehubungan itu, kita amat bertuah pada pagi ini kerana bersama kita seorang penceramah yang tidak asing lagi, iaitu Ustaz Badrul al-Hafiz bin Ahmad Fauzi, Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Lenggong, yang akan menyampaikan Bicara Nuzul Al-Quran kepada kita semua.

Semoga dengan perkongsian yang akan disampaikan nanti dapat memberi manfaat, menambahkan ilmu serta menyemarakkan lagi kecintaan kita terhadap Al-Quran.
Dengan itu, marilah kita bersama-sama mengikuti program ini dengan penuh perhatian dan penghayatan.

PROGRAM CHAPLAINCY DAN FIQH IBADAH PESAKIT DI HOSPITAL GERIKPada 3 Mac 2026, Guru Agama Dakwah Lenggong meneruskan progr...
04/03/2026

PROGRAM CHAPLAINCY DAN FIQH IBADAH PESAKIT DI HOSPITAL GERIK

Pada 3 Mac 2026, Guru Agama Dakwah Lenggong meneruskan program bulanan di Hospital Gerik. Program Chaplaincy dan Fiqh Ibadah Pesakit dilakukan dengan kerjasama dengan GAD Gerik dan Pengkalan Hulu.

28/02/2026
28/02/2026

IPOH, 28 Februari -Jabatan M***i Perak menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi awal, berhubung penetapan tarikh 1 Syawal 1447 Hijrah.RINGKASAN BERITA AI − Takwim hisab yang diedarkan adalah panduan perancangan, bukan penetapan rasmi. Penetapan 1 Syawal bergantung kepada ru...

TADARUS AL-QURAN SEPANJANG BULAN RAMADANSeluruh kakitangan Pejabat Pentadbiran Agama Islam Lenggong telah melibatkan dir...
23/02/2026

TADARUS AL-QURAN SEPANJANG BULAN RAMADAN

Seluruh kakitangan Pejabat Pentadbiran Agama Islam Lenggong telah melibatkan diri dalam sesi tadarus al-Quran pada setiap pagi.

Satu inisiatif dalam mendisiplinkan diri ke arah penghayatan bulan al-Quran kerana dalam bulan Ramadan juga terselit peristiwa agung iaitu penurunan al-Quran kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN GERAK KERJA DAKWAH NON-MUSLIM NEGERI PERAK 2026Bengkel Penyediaan Pelan Tindakan Gerak...
08/02/2026

BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN GERAK KERJA DAKWAH NON-MUSLIM NEGERI PERAK 2026

Bengkel Penyediaan Pelan Tindakan Gerak Kerja Dakwah Non-Muslim Negeri Perak Tahun 2026 telah berlangsung pada 4 hingga 6 Februari 2026 (Rabu–Jumaat) bertempat di H Elite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan.

Bengkel ini bertujuan sebagai platform penyelarasan, perbincangan strategik serta perkongsian pengalaman dalam memperkukuhkan gerak kerja dakwah non-Muslim secara lebih tersusun, berfokus dan berimpak selaras dengan hala tuju Jabatan Agama Islam Perak.

Sepanjang bengkel, para peserta telah mengikuti beberapa slot pembentangan melibatkan pelbagai agensi dan badan dakwah, antaranya Bahagian Dakwah JAIPk, MACMA Ipoh & Taiping, PRIM & MIRA, Hidayah Centre, PERKIM serta PIIN, di samping sesi Latihan Dalam Kump**an (LDK) bagi merumuskan pelan tindakan yang praktikal dan boleh dilaksanakan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. SF Tuan Hj Saiful Azizi bin Hj Abdul Manap, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, yang turut menyampaikan amanat dan penegasan berkaitan kepentingan pendekatan dakwah yang berhikmah, berstrategi serta berlandaskan realiti semasa masyarakat majmuk.

Diharapkan hasil bengkel ini dapat menjadi asas yang kukuh dalam merangka dan melaksanakan gerak kerja dakwah non-Muslim yang lebih berkesan, tersusun serta memberi manfaat kepada keharmonian masyarakat di Negeri Perak. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan bengkel ini......................
Unit Dakwah
Guru Agama Dakwah Lenggong




Address

Jalan Tuan Haji Bukhari
Lenggong
33400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6057677273

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Lenggong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Lenggong:

Share