Dewan Ulamak PAS Kawasan Lenggong

Dewan Ulamak PAS Kawasan Lenggong Tarbiyah, Dakwah & Siyasah

24/10/2025

KENYATAAN MEDIA
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT (DUPP)

ISU HIDANGAN ARAK DALAM PESAWAT MAS:
CABARAN TERHADAP MARUAH ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) memandang serius kenyataan biadab Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng (DAP) yang menyindir cadangan PAS supaya Malaysia Airlines (MAS) menghentikan hidangan arak dengan kata-kata “kalau nak larang arak, buat sahaja PAS Airlines”. Kenyataan ini bukan sekadar penghinaan terhadap PAS, tetapi penghinaan terhadap Islam sebagai agama Persekutuan.

2. MAS dimiliki oleh Khazanah Nasional dan mewakili imej rasmi negara. Oleh itu, penyajian arak di bawah jenama milik kerajaan adalah bercanggah dengan prinsip Islam, serta tidak menghormati sensitiviti majoriti rakyat Muslim. Larangan arak bukan paksaan terhadap bukan Islam, tetapi dasar moral sejagat yang turut diiktiraf oleh semua agama besar dunia.

Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ… فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi itu adalah najis daripada perbuatan syaitan, maka jauhilah ia agar kamu berjaya.”
(Surah al-Mā’idah: 90)

3. DUPP juga menegaskan bahawa kru penerbangan Muslim mesti dibenarkan menutup aurat dengan sempurna sebagai hak beragama yang dijamin Perlembagaan. Jika kerajaan benar-benar mendukung gagasan “Malaysia Madani”, maka prinsip Islam sebagai agama Persekutuan mesti dijelmakan dalam dasar dan amalan, bukan sekadar slogan.

4. Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru:
1. Khazanah Nasional dan Kementerian Pengangkutan segera menghentikan hidangan arak dalam penerbangan MAS.
2. Kerajaan membenarkan kru penerbangan Muslim menutup aurat dengan sempurna.
3. Semua GLC menilai semula operasi agar selaras dengan prinsip Islam sebagai agama Persekutuan.

Sabda Rasulullah SAW:
“Arak itu ibu segala kejahatan.” (Riwayat al-Nasā’ī, no. 5667)

Menolak arak bererti mempertahankan akhlak, maruah dan peradaban bangsa.

YB USTAZ DATO' HAJI MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan,
Dewan Ulamak PAS Pusat.

24 Oktober 2025 Miladi bersamaan 2 Jamadilawwal 1447 Hijri

18/03/2025
25/01/2025

Address

Lenggong
33400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Ulamak PAS Kawasan Lenggong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share