Perpustakaan Desa Kuak

Perpustakaan Desa Kuak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perpustakaan Desa Kuak, Library, Mukim Durian Pipit, Lenggong.
(1)

Bangunan Perpustakaan siap dibina sepenuhnya pada tahun 1993

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:
- Pinjaman Buku
- Perkhidmatan Rujukan
- Perkhidmatan Gerakan Literasi dan Galak Guna
- Perkhidmatan Bacaan Majalah dan Akhbar

Perpustakaan Desa Kuak ingin mengucapkan ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ kepada seluruh umat Islam. Semoga A...
26/05/2026

Perpustakaan Desa Kuak ingin mengucapkan ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ kepada seluruh umat Islam. Semoga Aidiladha yang diraikan kali ini membawa seribu keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama keluarga serta masyarakat.

Bersempena sambutan hari yang penuh mulia ini, kami turut berkongsi beberapa amalan sunat Hari Raya Aidiladha sebagai panduan dan penghayatan bersama dalam menghidupkan syiar Islam serta menyemarakkan semangat pengorbanan dan keikhlasan.

Semoga Aidiladha kali ini menjadi medan untuk kita memperkukuhkan nilai kasih sayang, keinsafan dan kebersamaan dalam kehidupan seharian.

"Sesungguhnya pengorbanan yang ikhlas akan mendekatkan hati kepada Allah SWT".

Ikhlas daripada,
Perpustakaan Desa Kuak.





Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

Perpustakaan Desa Kuak telah menganjurkan aktiviti STEM On Wheels: Bina Kereta Lumba, sebuah program pembelajaran intera...
26/05/2026

Perpustakaan Desa Kuak telah menganjurkan aktiviti STEM On Wheels: Bina Kereta Lumba, sebuah program pembelajaran interaktif yang menggabungkan elemen sains, kreativiti dan inovasi melalui penghasilan kereta lumba daripada bahan kitar semula.

Aktiviti dimulakan dengan sesi demonstrasi pembinaan kereta menggunakan bahan terpakai seperti botol plastik, lidi dan straw. Peserta diberi pendedahan tentang konsep asas reka bentuk serta fungsi setiap komponen dalam menghasilkan sebuah kereta yang mampu bergerak dengan baik.

Berbekalkan kreativiti dan imaginasi, para peserta berjaya menghasilkan pelbagai rekaan kereta yang unik, menarik dan penuh warna-warni. Setiap hasil ciptaan mencerminkan idea serta keunikan tersendiri, sekali gus menyerlahkan bakat dan potensi peserta dalam bidang STEM.

Kemuncak program menyaksikan sesi perlumbaan kereta yang berlangsung dalam suasana penuh ceria dan semangat kesukanan. Peserta berpeluang menguji keberkesanan reka bentuk serta pengubahsuaian yang telah dilakukan pada kereta masing-masing, menjadikan aktiviti ini lebih mencabar dan menyeronokkan.

Penganjuran aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan pembelajaran STEM secara praktikal, malah turut memupuk kemahiran berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah, bekerjasama serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan semula bahan terpakai demi kelestarian alam sekitar.



Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

Perpustakaan Desa Kuak terus mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti yang bermanfaat menerusi penganjuran Cabaran ...
26/05/2026

Perpustakaan Desa Kuak terus mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti yang bermanfaat menerusi penganjuran Cabaran Menara Minda, sebuah permainan interaktif yang menguji tahap fokus, ketelitian, kesabaran dan kebijaksanaan peserta dalam membuat keputusan.

Dalam aktiviti ini, para peserta dicabar untuk membina serta mengekalkan kestabilan menara blok kayu tanpa menyebabkan ia runtuh. Setiap langkah yang diambil memerlukan pemerhatian yang teliti, perancangan yang strategik dan keyakinan yang tinggi bagi memastikan menara terus berdiri kukuh hingga ke penghujung permainan.

Suasana perpustakaan menjadi lebih meriah dengan gelak tawa, sorakan dan debaran yang mengiringi setiap giliran peserta. Semangat kerjasama, sikap saling menyokong serta persaingan sihat yang dipamerkan menjadikan aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah mampu mengeratkan hubungan sesama peserta.

Selain menjadi aktiviti santai yang menghiburkan, Cabaran Menara Minda turut berfungsi sebagai medium pembelajaran yang berkesan dalam merangsang pemikiran kritis, meningkatkan koordinasi mata dan tangan, mengukuhkan kemahiran menyelesaikan masalah serta membina keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Aktiviti ini membuktikan bahawa pembelajaran boleh diterapkan melalui pendekatan yang kreatif, interaktif dan menyeronokkan. Melalui aktiviti sebegini, peserta bukan sahaja memperoleh pengalaman baharu, malah turut mempelajari nilai penting seperti kesabaran, fokus, kerjasama dan ketekunan yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Pihak Perpustakaan Desa Kuak berharap agar aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan generasi muda yang lebih kreatif, berdaya saing, berkeyakinan serta sentiasa bersemangat untuk menimba ilmu dan mengembangkan potensi diri.



Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

SABTU, 23 Mei 2026 โ€“ Dalam usaha mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat dan berimpak positif, Perpust...
26/05/2026

SABTU, 23 Mei 2026 โ€“ Dalam usaha mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat dan berimpak positif, Perpustakaan Desa Kuak telah menganjurkan Kelas Asas Matematik & Matriks yang melibatkan penyertaan anak-anak Kampung Kuak dan kawasan sekitarnya.

Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih ceria dan kondusif, program dimulakan dengan aktiviti ice breaking yang interaktif dan menyeronokkan. Aktiviti ini bukan sahaja berjaya menghilangkan rasa mengantuk, malah meningkatkan fokus, keyakinan diri serta menggalakkan penglibatan aktif peserta sebelum sesi pembelajaran bermula.

Sesi perkongsian ilmu telah dikendalikan oleh Mohamad Asyraff Rustam bin Mohamad Afelus, pelajar Tingkatan 5 di Maahad Al-Maarif Al-Islamiah yang juga merupakan anak jati Kampung Pengkalan Ikan. Dengan penuh dedikasi dan semangat kesukarelawanan, beliau berkongsi pelbagai teknik penyelesaian soalan Matematik serta memperkenalkan konsep asas Matriks melalui pendekatan yang mudah difahami, menarik dan mesra pelajar.

Sepanjang program berlangsung, para peserta menunjukkan komitmen yang amat membanggakan melalui penglibatan aktif dalam sesi latihan, perbincangan dan soal jawab. Kesungguhan yang dipamerkan membuktikan bahawa minat terhadap pembelajaran dapat dipupuk apabila ilmu disampaikan dalam suasana yang santai, kreatif dan menyeronokkan.

Program ini turut membuktikan bahawa golongan remaja mampu menjadi pemangkin kecemerlangan komuniti dengan berkongsi ilmu, pengalaman dan inspirasi kepada generasi yang lebih muda. Usaha murni seperti ini bukan sahaja memperkukuhkan budaya ilmu, malah mengeratkan hubungan masyarakat melalui semangat saling membantu dan berkongsi pengetahuan.

Pihak Perpustakaan Desa Kuak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada adik Mohamad Asyraff Rustam bin Mohamad Afelus atas kesudian meluangkan masa serta berkongsi ilmu bersama komuniti setempat. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu, berfikiran kritis, berkeyakinan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

โ€œ๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ข๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐š๐ค๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐ , ๐›๐š๐ก๐ค๐š๐ง ๐š๐ค๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐  ๐๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ๐ข ๐ฆ๐š๐ง๐Ÿ๐š๐š๐ญ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฆ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ.โ€



Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

๐‘ป๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘ฒ๐‘ฏ-๐‘ป๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘ฒ๐‘ฏ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ท๐‘ผ๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต ๐’๐‘ผ๐‘ณ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ฑ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฏ 1447๐‘ฏ | 2026 ๐Ÿ•‹Perpustakaan Desa Kuak ingin berkongsi tarikh-tarikh pentin...
16/05/2026

๐‘ป๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘ฒ๐‘ฏ-๐‘ป๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘ฒ๐‘ฏ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ท๐‘ผ๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต ๐’๐‘ผ๐‘ณ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ฑ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฏ 1447๐‘ฏ | 2026 ๐Ÿ•‹

Perpustakaan Desa Kuak ingin berkongsi tarikh-tarikh penting puasa sunat di bulan Zulhijjah sebagai panduan bersama buat seluruh masyarakat.

Bulan Zulhijjah merupakan antara bulan yang penuh keberkatan dan amat digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Rebutlah peluang untuk melaksanakan puasa sunat Zulhijjah, khususnya pada Hari Tarwiyah dan Hari Arafah yang mempunyai kelebihan besar di sisi Allah SWT.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan menjadi peringatan buat kita semua dalam menghidupkan amalan sunnah.





Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

JUDUL : APA LAGI KURANGNYA AKU DI MATA MEREKA?PENULIS : LUQMAN MAHMUDPernah rasa tidak cukup, walaupun sudah memberikan ...
05/05/2026

JUDUL : APA LAGI KURANGNYA AKU DI MATA MEREKA?
PENULIS : LUQMAN MAHMUD

Pernah rasa tidak cukup, walaupun sudah memberikan segalanya? Bila rumah sendiri, dan hubungan dengan ibu bapa, menjadi tempat yang paling menyakitkan? Buku ini ditulis untuk mereka yang pernah mempersoalkan diri "Apa lagi kurangnya aku?" kerana sering dipersalahkan, dikawal, atau dilukai oleh insan yang sepatutnya menjadi pelindung.

Dr. Luqman Mahmud mengajak pembaca menyelami corak hubungan toksik dan narsisistik antara anak dan ibu bapa - sikap yang sering berselindung di sebalik kasih sayang dan tanggungjawab, namun dalam diam, perlahan-lahan menghakis keyakinan dan harga diri.





Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

๐Ÿ“šโœจ ๐Œ๐š๐ซ๐ข ๐Œ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ก๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ณ๐š๐ซ ๐๐ฎ๐ค๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”! โœจ๐Ÿ“šJangan lepaskan peluang untuk hadir ke Bazar Buku Perak 2026 yang akan berlan...
22/04/2026

๐Ÿ“šโœจ ๐Œ๐š๐ซ๐ข ๐Œ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ก๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ณ๐š๐ซ ๐๐ฎ๐ค๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”! โœจ๐Ÿ“š

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Bazar Buku Perak 2026 yang akan berlangsung di Stadium Indera Mulia dari 23 hingga 26 April 2026!

Pelbagai pilihan buku menarik menanti anda daripada novel, buku ilmiah, bahan kanak-kanak, sehinggalah ke buku motivasi dan keagamaan. Bukan itu sahaja, turut disediakan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi perkongsian ilmu, demonstrasi, dan banyak lagi!

๐Ÿ—“๏ธ ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ๐Ÿ” ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐€๐ก๐š๐)
๐Ÿ•˜ ๐Œ๐š๐ฌ๐š : ๐Ÿ—.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข - ๐Ÿ๐ŸŽ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฆ๐š๐ฅ๐š๐ฆ
๐Ÿ“๐‹๐จ๐ค๐š๐ฌ๐ข: ๐’๐ญ๐š๐๐ข๐ฎ๐ฆ ๐ˆ๐ง๐๐ž๐ซ๐š ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ข๐š, ๐ˆ๐ฉ๐จ๐ก

๐ŸŽ‰ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€!
๐Ÿ“ข Hebahan! Edaran risalah promosi juga telah dijalankan di sekitar Kuak, Lenggong bagi memaklumkan orang ramai tentang penganjuran bazar ini.

Jangan lupa bawa keluarga dan rakan-rakan, manfaatkan masa dengan ilmu dan dapatkan buku kegemaran anda dengan harga yang berbaloi!






Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

โ€œ๐‘ซ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ท๐’†๐’“๐’‘๐’–๐’”๐’•๐’‚๐’Œ๐’‚๐’‚๐’ ๐’Œ๐’† ๐‘ฐ๐’๐’”๐’‘๐’Š๐’“๐’‚๐’”๐’Š: ๐‘ช๐’†๐’“๐’Š๐’‚ ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐‘ฒ๐’–๐’Š๐’‰ ๐‘น๐’‚๐’š๐’‚ ๐‘ช๐’๐’“๐’๐’‡๐’๐’‚๐’Œ๐’†๐’” ๐‘ด๐’‚๐’…๐’–!โ€ Perpustakaan Desa Kuak telah berjaya menganju...
21/04/2026

โ€œ๐‘ซ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ท๐’†๐’“๐’‘๐’–๐’”๐’•๐’‚๐’Œ๐’‚๐’‚๐’ ๐’Œ๐’† ๐‘ฐ๐’๐’”๐’‘๐’Š๐’“๐’‚๐’”๐’Š: ๐‘ช๐’†๐’“๐’Š๐’‚ ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐‘ฒ๐’–๐’Š๐’‰ ๐‘น๐’‚๐’š๐’‚ ๐‘ช๐’๐’“๐’๐’‡๐’๐’‚๐’Œ๐’†๐’” ๐‘ด๐’‚๐’…๐’–!โ€

Perpustakaan Desa Kuak telah berjaya menganjurkan aktiviti Jom Membuat Kuih Raya Cornflakes Madu yang penuh keceriaan dan semangat kebersamaan melibatkan kanak-kanak dan remaja setempat.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari cara penyediaan kuih raya yang mudah dan menarik, malah turut memupuk kemahiran asas memasak serta kreativiti dalam menghias kuih. Dengan bimbingan yang santai dan interaktif, para peserta kelihatan begitu teruja menghasilkan cornflakes madu masing-masing yang dihias dengan taburan berwarna-warni.

Suasana program bertambah meriah dengan gelak tawa dan kerjasama antara peserta, menjadikan aktiviti ini bukan sekadar pembelajaran, tetapi juga satu pengalaman manis yang mengeratkan hubungan komuniti.

Semoga aktiviti seperti ini terus menyemarakkan minat kanak-kanak dan remaja untuk belajar kemahiran baharu serta menjadikan perpustakaan sebagai pusat komuniti yang aktif, ceria dan bermanfaat.





Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

Perpustakaan Desa Kuak telah menghidupkan kembali nostalgia melalui penganjuran aktiviti permainan tradisional yang suat...
21/04/2026

Perpustakaan Desa Kuak telah menghidupkan kembali nostalgia melalui penganjuran aktiviti permainan tradisional yang suatu ketika dahulu menjadi kegemaran ramai, sekali gus memperkenalkannya kepada generasi kanak-kanak masa kini.

Melalui permainan ini, para peserta diuji dengan cabaran berfikir pantas apabila perlu menyenaraikan jawapan bagi kategori seperti nama, negeri dan negara, benda atau objek, buah dan sayur serta haiwan berdasarkan huruf yang ditetapkan. Suasana menjadi lebih meriah dengan gelak tawa dan semangat bersaing secara sihat, menjadikan aktiviti ini bukan sahaja menghiburkan malah turut merangsang minda, memperkaya pengetahuan am serta mengeratkan hubungan sosial dalam kalangan peserta.

Program ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada kanak-kanak dan ibu bapa yang bersama-sama memeriahkan suasana. Diharapkan agar inisiatif sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memupuk budaya pembelajaran yang kreatif, santai dan menyeronokkan dalam komuniti.





Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

SABTU, 18 April 2026 โ€“ Bersempena dengan Program Jom Baca 10 Minit, Perpustakaan Desa Kuak telah menganjurkan aktiviti m...
21/04/2026

SABTU, 18 April 2026 โ€“ Bersempena dengan Program Jom Baca 10 Minit, Perpustakaan Desa Kuak telah menganjurkan aktiviti membaca bersama yang melibatkan penyertaan penduduk setempat Kuak.

Program ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan amalan membaca sebagai budaya harian. Para peserta terdiri daripada pelbagai peringkat umur, termasuk kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa, yang menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan program ini.

Sepanjang program berlangsung, suasana harmoni dan penuh semangat dapat dilihat apabila para peserta bersama-sama meluangkan masa untuk membaca dalam tempoh yang ditetapkan. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan tabiat membaca, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat.

Aktiviti ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Pihak perpustakaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang telah memberikan kerjasama dan sokongan.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh budaya membaca dalam komuniti setempat serta melahirkan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan.




Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

Address

Mukim Durian Pipit
Lenggong
33400

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 05:30
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 05:30
Saturday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kuak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category