Klinik Pergigian Lenggeng

Klinik Pergigian Lenggeng Penjagaan kesihatan pergigian adalah tanggungjawab setiap insan�

Pernahkan anda terfikir tentang kebaikan minum air masak terhadap kesihatan gigi dan mulut anda ? 💧🦷https://www.facebook...
26/09/2025

Pernahkan anda terfikir tentang kebaikan minum air masak terhadap kesihatan gigi dan mulut anda ? 💧🦷

https://www.facebook.com/share/p/1JSiGi7ZHA/?mibextid=wwXIfr

💧 Air Masak – Kawan Baik Mulut Anda! 💧

Tahukah anda, minum air masak bukan sahaja baik untuk tubuh, malah sangat penting untuk kesihatan mulut? 😊

✅ Mengurangkan risiko karies gigi
✅ Mencegah mulut kering
✅ Menyegarkan nafas

Jom jadikan air masak pilihan utama setiap hari!
Sayangi gigi, segarkan nafas, sihatkan badan. 🌸✨

Awas! Pastikan anda berjumpa dengan doktor gigi yang betul.
24/07/2024

Awas! Pastikan anda berjumpa dengan doktor gigi yang betul.

Bertebaran pengamal pergigian tak bertauliah yang hanya belajar tentang pergigian melalui Youtube atau laman social media yang lain.

Pastikan anda tidak menjadi mangsa Fake Dentist yang hanya ingin mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan buruk kepada pengguna. Pastikan anda mendapatkan rawatan daripada Doktor Gigi bertauliah di klinik pergigian berdekatan anda.

Masih ragu-ragu takut terkena?

Ingat pesanan ini; Rawatan pergigian tidak boleh dilakukan di premis seperti rumah dan hotel. Semua rawatan perlu dilakukan di klinik pergigian.

Pastikan doktor ORI, baru pergi.

MPKP 2024 1,2,3 Senyum!!! Jaga Gigi Senyuman Abadi!
18/07/2024

MPKP 2024

1,2,3 Senyum!!! Jaga Gigi Senyuman Abadi!

09/04/2024

✨SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI✨

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia🙏🏻

Sila tontoni video sketsa raya kami ini daripada warga KP Lenggeng😉

Nak masuk tahun baru takkan nak biarkan nafas terus berbau?Boleh follow tips di bawah dan paling penting untuk lakukan p...
31/12/2023

Nak masuk tahun baru takkan nak biarkan nafas terus berbau?

Boleh follow tips di bawah dan paling penting untuk lakukan pemeriksaan di klinik pergigian terdekat bagi mengetahui punca masalah nafas berbau yang anda alami.

Semoga tahun baru 2024 memberi nafas baru yang lebih segar!

Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada Dr. Norliza binti Ismail, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) yan...
04/12/2023

Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada Dr. Norliza binti Ismail, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) yang baharu menggantikan Dr. Maryana binti Musa.

Selamat bertugas di Negeri Sembilan Darul Khusus. Semoga perkhidmatan kesihatan pergigian di Negeri Sembilan terus cemerlang di bawah pimpinan Dr. Norliza di masa hadapan.

Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada Dr. Norliza binti Ismail, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Sembilan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan. yang baharu menggantikan Dr. Maryana binti Musa.

Selamat bertugas di Negeri Sembilan Darul Khusus. Semoga perkhidmatan kesihatan pergigian di Negeri Sembilan terus cemerlang di bawah pimpinan Dr. Norliza di masa hadapan.

25 November 2023; Sabtu - Sebuah program Pameran Kesihatan dan Pemeriksaan Pergigian pada Hari Keusahawanan telah diadak...
26/11/2023

25 November 2023; Sabtu - Sebuah program Pameran Kesihatan dan Pemeriksaan Pergigian pada Hari Keusahawanan telah diadakan di SK Kampong Daching, Lenggeng.

Klinik Pergigian Lenggeng telah dijemput untuk mengadakan pameran dan pemeriksaan pergigian pada hari ini.

Kampong Daching juga merupakan salah satu Kampung Angkat Pergigian Klinik Pergigian Lenggeng.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pemeriksaan pergigian secara percuma, pameran pergigian dan juga permainan bagi menyampaikan info tentang kesihatan pergigian kepada para pengunjung.

Program ini mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat Kampong Daching. Diharapkan penduduk Kampong Daching dan kampung sekitarnya mendapat manfaat dari program ini.

Promosi Pergigian Seremban

Ramai yang masih belum cakna kesan penyakit Diabetes kepada masalah gusi. Pesakit Diabetes berhadapan dengan 3x risiko u...
19/11/2023

Ramai yang masih belum cakna kesan penyakit Diabetes kepada masalah gusi.

Pesakit Diabetes berhadapan dengan 3x risiko untuk menghidapi penyakit gusi berbanding orang yang sihat. Tetapi, jika kawalan gula baik walaupun anda pesakit Diabetes, risiko untuk penyakit gusi adalah sama seperti orang yang sihat.

Awasi kandungan gula dalam pemakanan seharian dan jangan lupa untuk dapatkan pemeriksaan pergigian berkala.


Ramai yang masih belum cakna kesan penyakit Diabetes kepada masalah gusi.

Pesakit Diabetes berhadapan dengan 3x risiko untuk menghidapi penyakit gusi berbanding orang yang sihat. Tetapi, jika kawalan gula baik walaupun anda pesakit Diabetes, risiko untuk penyakit gusi adalah sama seperti orang yang sihat.

Awasi kandungan gula dalam pemakanan seharian dan jangan lupa untuk dapatkan pemeriksaan pergigian berkala.

Happy Deepavali kepada semua yang menyambut..
12/11/2023

Happy Deepavali kepada semua yang menyambut..

Semoga perayaan Deepavali kali ini membawa sinar cahaya kegembiraan, kebahagiaan dan kesejahteraan buat anda sekeluarga.

Selamat bercuti & menyambut Hari Deepavali.

Ikhlas daripada seluruh warga Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Sembilan.

Lenggeng, 10 November 2023 : Sebuah program anjuran Klinik Kesihatan Lenggeng yang bertajuk ‘Kem Diabetes & Warga Emas’ ...
11/11/2023

Lenggeng, 10 November 2023 : Sebuah program anjuran Klinik Kesihatan Lenggeng yang bertajuk ‘Kem Diabetes & Warga Emas’ telah diadakan dengan jayanya di KK Lenggeng. Di samping itu juga, pihak pergigian daripada KP Lenggeng turut menyumbang sedikit sebanyak informasi tentang pergigian sewaktu program ini dijalankan.

Program ini telah memberi fokus kepada warga emas agar mereka dapat meningkatkan kualiti hidup dengan lebih sihat dan ceria. Antara aktiviti kesihatan pergigian yang telah kami jalankan adalah ceramah, pameran tentang karies gigi, kanser mulut dan penyakit gusi. Selain itu juga, terdapat demonstrasi ‘Pemeriksaan Mulut Sendiri’ yang ditunjuk oleh Pegawai Pergigian kepada para peserta sebagai langkah pencegahan awal kanser mulut.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Klinik Kesihatan Lenggeng atas kerjasama dan peluang yang diberi. Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat selari dengan slogan “Kesihatan Optimum, Hidup Berkualiti”.

Promosi Pergigian Seremban

10/11/2023

Projek Inovasi oleh kakitangan Pergigian di JKN Negeri Sembilan

22/10/2023

Hari Alam sekitar Negara 2023

Address

Lenggeng
71750

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60387660642

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Lenggeng posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Klinik Pergigian Lenggeng:

Share